Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wednesday, March 18

yusuff

Urm...semalam aku tertengok la satu citer nie(mcm tersengaja tengok plak kan)ehe...lepas aku tengok citer cINTA UNTUK AIN,tersasar plak gi tengok MR.MAMA.niat tue memang la ada nak pegi tido..tapi mata nie tak mengantuk lak lagi,cemana lak nak keja sok kan..uhu...lps abis ctr tue,kononnya la aku nak tido dah,tub2 tergerak lak ati nak tengok ctr YUSUFF nie...huh!best la ctr nie(baru 1st tym tgk yusuff)..lakonan yang "HIDUP" dari asyraff muslim nie..huh!best2...dah la niyang rapik pon lakonan dier mantap n power.(siyukk la bha urang bilang)aku pikir asyraff nie cuma angkat watak2 yang ala2 macho jerk,orang yg sombong...tapi lps aku tengok citer dier kat niyang rapik,aku saluttt la kat dier...dier memng xda mslh kalo nak angkat pelbagai watak,memg gue respek kat dier..jom kita ushar2 skett ctr nie...uhuw!

Sinopsis Drama Yusoff

Drama menarik ini mengisahkan tentang Yusuff yang telah terpisah dengan ibu bapanya kerana perasaan hasad dengki ibu dan adik beradik tirinya. Yusuff dicampakkan di dalam telaga oleh saudara tirinya tanpa pengetahuan ibu dan bapa kandungnya, Suhana dan Yaacob yang menyangka Yusuff telah hilang. Yusuff berjaya diselamatkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz. Semenjak itu, bermulalah episod baru di dalam hidup Yusuff.

Antara pelakon-pelakon utama drama menarik ini ialah Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali, Intan Sarafina, Jamaludin Kadir, Betty Banafe, Adam Anuar, Rahim Kadol, Puteri Fateen, Zed Zaidi dan ramai lagi dalam sesi ramah mesra bersama mereka. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan dari penyanyi lagu tema drama Yusuff iaitu Imran Ajmain.







sumber : internet

Monday, March 16

cATCH uP AcTorS n ActRess 4 One MinUte...



Rempit vs Impak Maksima




IQram Dinzly

Zeyna Ibrahim


Zed Zaidi


Dina



Puteri Fatin Nasuha



K.A.M.I POSE










AWAN DANIA POSE













HISTERIA POSE










sumber : internet.

Awan Dania


~TERBANG KE AWAN~
OST awan dania the series

Hari-hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari siapakah diri ini

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang, Bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku Inilah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Tiada lagi resah untuk mu
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu Apa yang ku tahu
Hanya untuk mencari diri ku
Oh...siapakah diri ini

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang Bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku Inilah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Wednesday, March 4

Jawab, jangan tak jawab!: Saya digugurkan?'

IQRAM mahu mendapatkan kepastian daripada pihak produksi mengenai kedudukannya sebagai pengacara program Chopp!.

SEJAK kebelakangan ini, nama pelakon Iqram Dinzly cukup hangat dengan pelbagai cerita sensasi. Belum surut kisah cinta 'cover line' bersama pelakon Fouziah Gous, muncul pula gosip yang menyatakan Iqram kini sering buat perangai sejak wajah dan namanya semakin popular di media cetak mahupun elektronik.

Desas desus mengatakan disebabkan sikapnya yang tidak berdisiplin, Iqram bakal digugurkan dari mengacarakan program Chopp! di TV9. Bukan saja sikapnya yang semakin berubah sejak meniti kemanisan populariti, tetapi Iqram juga didakwa menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk berbuat apa saja termasuk tidak mahu membayar selepas berhibur bersama-sama rakan di sebuah pusat karaoke.

Bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak ini tetapi di kalangan teman media, Iqram sudah tidak seperti pada awal kemunculannya. Apakah benar percikan glamor dan hubungan baiknya dengan ‘orang kuat’ stesen TV membuatkan Iqram semakin lupa asal usul?

Pun begitu, adalah tidak adil andai perkara ini tidak ditanyakan kepada empunya diri. Ketika dihubungi Hip, Isnin lalu, Iqram akui agak terkejut dengan dakwaan terbaru itu. Dia menafikan dirinya berubah akibat populariti atas alasan perkataan popular itu sebenarnya masih lagi jauh untuk dicapai.

Hip: Betulkah Iqram akan digugurkan dari menjadi pengacara program Chopp! angkara masalah disiplin?

Iqram: (terkejut) Setakat ini, memang saya tak ada dengar pun cerita yang kononnya saya akan digugurkan dari mengacarakan program Chopp! Apatah lagi dakwaan saya digugurkan kerana masalah disiplin. Apa yang saya tahu, sepanjang mengacarakan program itu sejak Januari lalu, saya memberikan komitmen yang jitu untuk program itu. Cuma saya tak nafikan yang saya pernah lambat hadir ke lokasi penggambaran. Itu pun kerana saya terbabit dengan penggambaran drama lain. Waktu itu, saya akui menang terkejar-kejar dari Ampang ke Bandar Utama. Tapi tak boleh salahkan saya sepenuhnya kerana sebagai pelakon, ada kalanya saya berdepan dengan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, jadual lakonan walaupun sudah ditetapkan tetapi kita tak tahu masalah lain yang mungkin boleh berlaku. Kadang-kadang jadual lakonan lari kerana masalah teknikal dan sebagainya. Berbalik kepada isu digugurkan, terus terang saya memang tidak dimaklumkan mengenai hal itu.

Hip: Apakah Iqram akan bertemu dengan pihak produksi untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini?

Iqram: Sebenarnya saya sendiri keliru dengan perkara ini kerana apa saja cerita buruk mengenai saya, pasti saya akan dengar dari mulut orang lain. Apabila berdepan, mereka tidak pernah membangkitkan apa-apa isu mengenai saya. Lagi pun, macam mana nak kata saya digugurkan sedangkan saya tidak pernah menandatangani sebarang kontrak dengan mereka. Bukan mereka tak sediakan kontrak tetapi ada beberapa perkara yang saya tak puas hati dan meminta mereka untuk mengkaji semula isi kandung kontrak itu. Beginilah, saya sebenarnya tahu apa yang berlaku di sebalik cerita yang ditimbulkan ini cuma saya tak mahu menuding jari kerana itu bukan cara saya. Biarlah mereka hendak kata apa saja asalkan saya tahu cerita sebenar di sebalik peristiwa itu. Buat masa ini, biarlah saya letakkan segala kesalahan itu di bahu saya.

Hip: Apakah ini bermakna Iqram menjadi mangsa keadaan atau disabotaj oleh pihak tertentu?

Iqram: Saya ini lebih suka perhatikan kelemahan sendiri daripada hendak meletakkan kesalahan itu pada orang lain. Dalam hal ini saya tak mahu menyalahkan sesiapa dan kalau boleh, biarlah saya bertanyakan dulu kepada pihak produksi kebenaran perkara ini. Saya tidak mahu tersalah memberi komen bimbang ia berlanjutan. Kalau mungkin ada masalah, biarlah perkara itu diselesaikan secara dalaman tanpa membabitkan pihak luar.

Hip: Ada suara nakal yang menyatakan Iqram bertindak begini kerana mempunyai hubungan rapat dengan pihak tertentu.

Iqram: Terus terang, kejayaan yang saya capai hari ini semuanya adalah atas usaha saya sendiri dan bukannya kerana saya baik dengan orang itu dan ini. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang ini, saya lebih senang mengamalkan sikap mempunyai hubungan sama rata dengan semua pihak. Saya tak pernah pilih kasih dan menghormati semua pihak seadanya. Jadi bila ada orang kata, saya gunakan keistimewaan mempunyai hubungan baik dengan orang tertentu untuk bersikap demanding, itu adalah satu andaian yang silap.

Hip: Bagaimana pula dengan gosip yang mengatakan Iqram berhibur di pusat karaoke tapi tak mahu bayar?

Iqram: Itu memang melucukan. Sepanjang yang saya ingat, kalau saya berhibur di mana-mana pusat karaoke, saya akan bayar. Saya tak pernah guna status selebriti ini untuk kepentingan diri sendiri. Status selebriti, pada saya bukanlah satu tiket untuk berbuat apa saja yang kita suka. Lagipun, saya bukanlah ‘sengkek’ sangat sampai tahap seperti itu. Pada saya gosip itu memang kelakar dan tidak benar sama sekali.

Hip: Wajah Iqram sebelum ini banyak keluar dalam majalah, surat khabar dan lakonan pun kerap disiarkan di kaca televisyen. Namun persoalannya, Iqram gagal menembusi pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Boleh komen sikit?

Iqram: Popular ke saya? Sebagai orang baru, saya tidak melihat diri saya begitu popular seperti yang dikatakan. Perjalanan saya masih jauh lagi. Mungkin rezeki saya bukan untuk tahun ini, tetapi untuk yang akan datang. Siapa tahukan? Pun begitu, saya bersyukur kerana banyak muka baru yang dapat masuk senarai Top 5 kali ini, dan sebagai pelakon generasi baru, saya bangga dengan situasi itu. Bagi saya, setakat orang kenal dan tahu kewujudan saya, itu sudah memadai. Dan lebih menggembirakan, sejak menceburkan diri dalam bidang ini dan mengecap nikmat populariti, hubungan saya dengan rakan sekolah yang terpisah kembali terjalin.

Sumber : Berita Harian

Tuesday, March 3

Dengarnya... Iqram oh! Iqram

iQram DinZly


KEBELAKANGAN ini, Cik Normah asyik dengar perkara yang kurang manis mengenai pelakon yang sering dikaitkan bercinta dengan Fouziah Gous. Siapa lagi, kalau bukan Iqram Dinzly. Biasalah, baik Fouziah dan Iqram kalau ditanya fasal hubungan mereka, mana nak mengaku sedang hangat bercinta. Mesti mereka akan cakap kawan-kawan saja. Tak kisahlah tu.

Cuma, Cik Normah harap kalau Iqram ada terbaca ruangan ini, janganlah sentap atau emosional. Sebelum ini, Cik Normah ada menonton sebuah program hiburan sensasi di sebuah stesen TV dengan wartawannya menemu bual Iqram kononnya dia tidak membayar selepas menyanyi di sebuah pusat karaoke.

Dalam nada yang agak emosi, Iqram memberikan jawapan secara sinis sambil mengeluarkan dompetnya membuktikan dia ada wang sekali gus menafikan gosip itu. Terbaru selepas Cik Normah pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan saudara mara di Perak, ada seorang kawan menyampaikan satu lagu cerita yang tidak sedap didengar. Hasil perbualan kami, Cik Normah dengar-dengar, Iqram akan digugurkan daripada mengacarakan program Chopp! di TV9.


Biar betul, takkan sampai macam itu sekali. Kasihan pula Cik Normah kepada Iqram, kalaulah betul perkara itu terjadi. Apa tidaknya, Iqram dikatakan menjadi kesayangan stesen TV terbabit.

Khabar yang tidak sedap itu adalah mendakwa kononnya Iqram sudah naik tocang menggunakan pengaruh ‘orang kuat’ stesen TV yang dikenalinya untuk datang lewat atau sesuka hati saja dan menimbulkan banyak masalah sewaktu berada di set program secara langsung itu.

Entahlah, Cik Normah pun tak mengerti kenapa perlu timbul cerita ini. Takkanlah Iqram sanggup buat macam itu sebab setahu Cik Normah pelakon berasal dari Ipoh, Perak ini baik orangnya. Tapi tak tahulah sejak semakin popular dan merata-rata muncul di kaca TV, mula lupa diri. Cerita orang lupa diri bila sudah popular ini memang sudah biasa Cik Normah temui pun. Tapi tak apa, lepas ini, kawan sepejabat Cik Normah, Farihad Shalla akan cuba dapatkan Iqram untuk menceritakan perkara sebenar.

Sumber : Berita Harian

P/s:> Actualy aku x kesah pon...yg penting aku minat tgk iQram Nie hah!...aku tetap SokoNg iQram!!!!

Monday, February 23

Keajaiban DOHA

GAMBAR atas. Illustrasi pelukis mengenai cadangan pembinaan bandar raya masa depan Doha. Gambar bawah, premis perniagaan di Souk Waqif. Gambar kiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Pusat perniagaan Souk Waqif yang menjual pelbagai barangan tempatan terkenal dengan kecantikan seni bina warisan Qatar

DOHA atau nama Arabnya Ad-dawha bermaksud pokok besar adalah ibu negara Qatar, yang kini makmur di bawah pemerintahan Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Qatar bergantung sepenuhnya kepada hasil perikanan dan mutiara. Oleh itu, tidak hairan apabila Doha mempunyai 350 bot mencari mutiara.

Bagaimanapun, apabila Jepun memperkenalkan pembiakan mutiara secara komersial pada 1930 menyebabkan seluruh rantau itu termasuk Qatar mengalami kemelesetan ekonomi sehingga menjadi sebuah negara miskin serta mundur.

Kesengsaraan rakyat Qatar tidak lama apabila pada 1930an, negara itu dianugerah Tuhan dengan penemuan hasil minyak yang kini boleh mengeluarkan 800,000 tong sehari.

Sejak itu Qatar terus makmur dan pemerintahnya, Sheikh Hamad terus tekun membangunkan negara yang kini menjadi anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Antara rekabentuk bangunan Souk Waqif.

Sheikh Hamad yang mementingkan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dengan membuka Universiti Qatar pada 1973, menjadikan istana pemerintahan Qatar sebagai Muzium Negara, membina Bandaraya Pendidikan serta melancarkan saluran berita televisyen satelit Arab Al Jazeera pada 1996 yang berpusat di Doha.

Mereka yang pertama kali menjejak kaki ke bumi Qatar terutama Doha akan terkejut melihat kepesatan ekonomi bandar raya itu. Ia kini di sekeliling dengan pembinaan bangunan mencakar langit.

Difahamkan lebih 80 bangunan membabitkan pangsapuri, pejabat dan kompleks beli-belah sedang dibangunkan serentak bagi memenuhi keperluan pasaran.

Kiri dan kanan jalan, penulis dapat saksikan kerja pembangunan giat dijalankan, seolah-olah berada di satu penempatan baru dibuka seperti taman perumahan di Malaysia.

Bagaimanapun, sebelum boleh memasuki pintu masuk negara itu, penulis terpaksa berdepan dengan pegawai imigresen wanita yang memakai jubah serta hijab serba hitam yang agak kedekut dengan senyuman serta serius melaksanakan tugasnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Sambutan yang agak dingin itu tidak mematikan keinginan penulis meninjau kecantikan serta keajaiban Doha terutama Souk Waqif yang terkenal dengan sejarah pembinaannya.

Souk Waqif yang dibina semula mempunyai tiga jenis ruang perniagaan, iaitu pasar besar atau dikenali sebagai Amayer yang menempatkan peniaga borong dan runcit.

Kedua, kedai hasil kraftangan, jahitan, tenunan serta pertukangan serta ketiga, gerai terbuka untuk peniaga tempatan.

Sebaik saja memijak kaki di Souk Waqif, anda akan terpegun dengan kecantikan hasil seni bina warisan Qatar.

Di setiap lorong terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan tempatan dan diimport dari serata dunia bagi memberi kepuasan kepada pengunjung membeli di Souk yang menjadi kebanggaan penduduk Doha.

Peniaga daripada pelbagai keturunan seperti India, Pakistan, Iran dan negara Timur Tengah akan menyambut tetamu dengan bahasa Arab dan Inggeris malah jangan terkejut jika ada antara mereka yang fasih berbahasa Melayu. Kebanyakan mereka begitu mesra apabila mengetahui penulis datang dari Malaysia dan mereka tidak lupa untuk menyebut nama pemimpin negara.

Di celah lorong Souk Waqif ini dipenuhi kedai menjual pelbagai kekacang seperti gajus, badam, kismis besar dan kecil, anggur kering serta pistacio tiga rasa, iaitu lemon, masin dan safaron pada harga yang agak murah. Malah ada kedai menjual pelbagai manisan yang menjadi kegemaran penduduk di Doha.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan jubah lelaki dan wanita, mereka boleh membuat pelbagai pilihan dengan harga berpatutan. Malah, ada kedai yang menyediakan perkhidmatan tempah dan pakai. Tidak ketinggalan, kain ela sutera dari Itali, China, dan Korea Selatan serta kapas dari Itali dan Jepun yang dijual antara RM15 hingga RM30 semeter.

Sebelum berhajat ke Souk Waqif, pastikan anda tidak ke sana antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang kerana premis perniagaan kecuali restoran mewah dibiarkan tanpa penghuni bagi membolehkan peniaga berehat sebelum meneruskan perniagaan hingga larut malam.

Sehari berada di Souk Waqif memang tidak cukup untuk meninjau setiap kedai di situ. Oleh itu, tidak hairan mereka akan datang semula untuk melepaskan rindu menikmati wangian rempah ratus yang dijual di souk berkenaan.

Pengalaman singkat di Doha terutama Souk Waqif membuka mata penulis betapa penting kita menjaga warisan negara serta bangga menghasilkan kraftangan sendiri tanpa mengimport dari China, Korea Selatan, Taiwan serta Indonesia, dan diletakkan tanda Made in Malaysia atau Buatan Malaysia.

FAKTA:

  • Mengikut sejarah Souk Waqif atau Pasar Berdiri, mendapat nama itu kerana ia berkait rapat dengan kewujudan Doha yang berasal daripada dua perkampungan kecil nelayan yang terbahagi dua oleh Wadi Mishireb.

  • Pada musim sejuk, air sungai akan mengalir deras serta melimpah ke tebing dan melalui lembah berkenaan. Penduduk Doha yang dipisahkan wadi berkenaan akan berkumpul di tebing untuk urusan jual beli barangan mereka.

  • Berikutan air mengalir di kawasan berkenaan menyebabkan mereka yang berdagang terpaksa berdiri sepanjang hari menjalankan urus niaga mereka.

  • Mereka tidak berpeluang langsung untuk duduk di tebing wadi berkenaan, dari situlah nama Souk Waqif atau Pasar Berdiri diperolehi.

Orang ramai membeli-belah di kedai kasut di Souk Waqif.



Sumber : Berita Harian Online