Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, June 3

Si penduduk kampong

Lepas satu
Satu.
Lepas satu
Satu.
Lepas tu jadi banyak.
Bertimbun-timbun.
Serumpun.
Malah berkampong.
Aku
Bila-bila masa saja akan jatuh
Tersembam ke bumi
Sambil yang lain tertawa
Si penduduk kampong.

Monday, June 2

Ini bukan puisi

Aku.
Menulis sebab mahu.
Meski
Tiada ilmu yang di bekal kan.
Tiada bacaan yang aku rujuk.
Tiada dewan bahasa dan pustaka untuk mencari bahan.
Aku
Cuma ada telefon bimbit.
Yang aku bawa ke sana ke mari.
Bila aku nak membuah akal kan fikiran, aku buka mobile data
Aku google dan log in
Blogspot.
Cuma untuk aku.
Bukan untuk kamu.
Cuma untuk rasa berkongsi dalam laman sendiri.
Aku.
Semakin jauh dari asal ku.
Aku.
Semakin hilang.

Jangan tunjuk ke arah ku

Bila kau dah tahu
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah nampak
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah fahami
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah menyesal
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah rela
Ini bukan salah aku.

Main jauh-jauh
Kerana bukan aku yang pelawa kau dulu

Main jauh-jauh
Kerana bukan aku yang menyerumu

Main jauh-jauh
Kerana rasa ini semakin tawar.

Aku

Aku. Yang ada cuma tubuh.
Bahasa tubuh yang aku lenggokkan
Buat kamu mengerti
Tapi tak pernah peduli.

Aku. Yang ada cuma tubuh.
Beri kamu segalanya
Sampai aku hilang harga diri
Buat kamu mengerti
Tapi tak kamu fahami.

Aku juga ada hati kecil
Yang perlu di jaga
Kerana ia mudah terasa
Sampai esoknya mungkin
Takkan kau rasai.

Aku tak pernah ambil peduli
Siapa kau dengan aku
Siapa dia dengan kau
Sehingga aku lupa
Wujudmu tak di sini.

Aku juga semakin hilang
Bila diri tak lagi aku temui
Di sini ataupun di sana
Tetap hilang dan terus hilang
Buat aku jadi lupa
Siapa aku sebenarnya.

Friday, May 9

Arjuna.

Dia datang lagi. bila di cuit. sang arjuna berkuda putih. gagah perkasa..tapi..kudanya jatuh. maka arjuna terjatuh cinta... soalnya merapu.

Burung Hinggap.

Burung hinggap. memang tak menjanjikan apa-apa. tetapi memberikan aku harapan. sedikit pada hati yang tulus. Burung hinggap tidak pernah kejam. Meski dia di kecam oleh mereka kerana melukakan satu hati itu. Burung hinggap. Kau harapan pada satu hati yang menanti. di sini. Meski kau sudah melupakan. tapi.. hati ini tidak pernah mati untukmu. Kembalilah. aku masih di sini.

Sunyi.

Sunyi. aku rindu perasaan itu. Bila aku fikir bali. aku kehilangan rasa itu. lama. terasing. merajuklah ia padaku. mahu saja aku bunuh rasa ini. kerana ia sakit. mencucuk-cucuk di dada. kerana mungkin ia terpendam. sunyi. kerana aku sudah terlalu lama tidak berada dalam zon itu. rindu. semakin menerjahku. mungkin aku terlalu biasa dalam keadaan yang stabil-senang. hasil dari apa yang aku usaha. meski aku merangkak dengan usaha yang aku perbuat dahulu. biar kecil. biar tak di nampak. biar tak di mengerti. buat kamu. buat mereka. dan buat dia. tapi.... semakin ada yang kosong. ntah apa yang aku cari. tak pernah aku jumpa. semakin hilang. tak mengapalah,akan aku usahakan lagi. sunyi. jangan kau merajuk lagi, aku datang menjengukmu. pada tiap malam ku.

Otak

Otak. Sikit-sikit dia jadi blank. Sereblumnya keluar di ajak bersama serebelum nya beriringan. Maka aku kosong. Dengan akal yang tak berakal. Maka aku mati. Matilah aku. Tubuhku.

Friday, February 17

Kekejaman Malam


Kalau sudah terbiasa dengan jalan cerita yang bosan tetap begitu bosan setiap kali ia terasa seperti ada setan yang bertopeng manusia cuba membunuhnya apabila dia leka di sebalik kebosanan itu.

Maka olehnya terperangkap dalam dunia gelap adalah satu kesilapan yang tak mungkin akan diulanginya lagi meski dia jauh sekali ingin meninggalkan kegelapan itu..

Persoalannya akankah dunia terang itu akan menyambutnya dengan ramah atau bagaimana?

Seringkali ia berfikir kejauhan ini membuatkannya resah untuk bercinta antara berada dalam kegelapan mahupun berada dalam terang.

Suaranya tersekat
Dalam ruang yang sempit dia
Ingin melolong di sebalik
Rembulan yang tersisih
Di malam ini
Lantas melempar ke arah yang
Tiada tuju
Terhempas dek tembok kewarasan malam
Yang dihujani sisa sisi hidup mimpi
Bagaikan ilusi suatu
Kemungkinan ia bukanlah
Suatu kekejaman malam.

Mimpi Laila a.k.a Ml


Part II

Dalam kesamaran yang di pinta untuk memilih suatu yang tak pasti adalah jawapan bagi seorang yang merancang untuk kegagalan sebaliknya bukanlah gagal untuk merancang. Samalah ertinya jika kita tak memilih dan kita was terhadap pilihan itu. Ia juga adalah kegagalan.

Apa ertinya kita di berikan peluang padahal kita tidak gunakan peluang itu dengan sewajarnya..ini bukan lagi zaman yang 10tahun lalu,tapi kalau di pusing kembali kita pasti tidak ingin perkara hari ini akan berlaku. Itu adalah penyebab kekeluhan orang masa kini.

Ini bukan penyudah kepada suatu kehidupan..kerana kehidupan akan berterusan dan akan terus menerus kehadapan bukan ke belakang..

Cuma bagaimana kita merancang dan membuat keputusan dengan betul. Itu adalah jawapan.

Semalam membangkit dewasa
Yang kini lelah dalam nafas
Kedewasaan ummah.
Sedang ia ditindas dalam
Satu perjudian hidup
Minta diberikan perlindungan
Yang entah sampai bila
Jika keinginan tidak di utamakan
Maka matilah suatu hasrat
Dalam kemelut yang tiada sudah!

Pemberontakan dalam jiwa a.k.a PDJ

Friday, May 20

Matikan suatu bicara a.k.a Juvana


Kau dengar dalam sedar
Pembicaraan tanpa telus
Yang saksi menjadi benci
Yang bukti menjadi musuh
Yang benar di persoalkan
Dalam satu kandang kezaliman.

Kau dihukum tanpa rela
Erti kesinambungan sebuah cerita
Tanpa keadilan diri menjadi mangsa
Terbuang jauh dalam kerajaan mereka
Membungkam isi hati terpedaya
Antara rela mahupun tidak.

Di sini,
Mereka hambur segala kata
Keji dan jijik,hina dan dina
pukulan demi pukulan tanpa belas kasihan
bagaikan neraka masih merekah
menelan segala sisa-sisa manusia
yang dizalimi tetap barai
derai tawa si pemerintah kuku besi
meludah pada anak rakyat jelata.

Yang ada,ihsan seorang insan berhati murni
Ingin memberi bakti untuk mengubah dunia
Sistem demokrasi menjadi nyata
Meski tiada yang menyokong dia tidak pernah hampa
Menjadi perdebatan suatu pembelaan
Atas sebuah permulaan kehidupan penuh makna.

Dia sumber inspirasi
Pada pembelaan yang terbengkalai
Kebenaran pasti terungkap
Dan keadilan pasti di bela
Biar mata mereka memandang
Biar telinga mereka mendengar
Yang ‘aku tidak bersalah!’

Ini kisah aku abadikan
Di lembaran jumatera siap tergantung
Biar mereka menilai
Antara kebenaran dan kesilapan
Antara kelalaian jiwa manusia.

Saturday, April 23

Secelakanya Hidup

Bila keadaan memaksa kita melakukan satu hal yang tak mungkin bisa, terpaksa memungkinkan suatu keadaan menjadi kenyataan.

Dan mungkin suatu kejadian itu memang sudah tertulis dan sebagai seorang si pejalan menuju Tuhan terpaksa akur pada suatu ketentuan.

Terpaksa. Makna kata dari suara yang tak redha.

Berfikir sejenak.

Apa mungkin Tuhan itu mahu kamu kembali pada ketentuan hidup asalmu.

Tuesday, April 19

Suatu rasa yang mati

Hari itu ku wartakan sepucuk surat berbentuk hati.
Dalamnya menceritakan tentang suatu perasaan yang pasrah,amukan dan serba salah.

Dendam yang tidak berbalas,mati dan tersadai
Terpinga-pinga untuk membiarkan semuanya di bawa ombak tsunami.
Hilang.lenyap

Tapi memungkinkan keadaan itu, aku biarkan ia berlalu.
Aku matikan suatu rasa yang selama ini mengganggu.
Aku matikan sebuah rasa yang menggamit dukaku
Aku matikan.
Hingga aku pun mati barangkali.

Kadangkala bila kita membuat suatu kenyataan,kenyataan itu bisa membunuh.
Tapi harus aku ingatkan,kenyatan itu jugalah yang ikhlas dari hati
Maka kenyataan tidak harus di persalahkan
Cuma bagaimana kita belajar untuk tidak mengikut
Perasaan dalam membuat suatu kenyataan
Kerana kenyataan itu harus jujur,
Perasaan jangan dilebihkan
Kerana ia bisa mengundang masalah
Kerana ia juga bisa memutuskan suatu pertalian.

Berbalik pada situasi bagaimana mulanya kita lalui
Hingga tercetusnya rasa itu
Hingga matinya rasa itu
Ini bukan suatu penerimaan yang adil jika keduanya tidak berada dalam satu arah yang sama. Maka dari situ aku mula sedar akan hal yang selama ini membuat
Kita berada dalam “masalah”.

Bilamana hati kita was-was untuk melakukannya,
Maka di situlah lahirnya syubah
Dan di dalam syubah itu ada yang ke-tiga.
Ke-tiga itu adalah si setan yang bisa melaknatkan kita.

Maka dengan tanpa rasa was-was aku memberanikan diri
Untuk membuat suatu kenyataan
Entah di terima,entah tidak,aku redha.
Kerana bagi aku semuanya ada penyelesaian yang benar untuk
Persoalan bagi sesuatu perhubungan yang terbengkalai ini.

Maka dari itu,
Atau sebelum itu lagi
Aku rela akan melepaskan rasa itu.
Hanyut.
Tersadai.
Mati.

Satu yang masih tertinggal.

Ada kala bila semua benda yang kita mahukan itu tercapai,ada satu lagi benda yang masih lagi tertunggu. Berabad,lapuk dan tertinggal. Semua yang diingini di capai tapi tinggal satu. Dan kala satu itu menyebabkan hidup tidak selengkap yang di cari. Seperti dia dan mereka.

Satu itu juga kadangkala bikin hati jadi rawan tatkata satu itu betul-betul diperlukan dalam keadaan yang genting. Tapi satu itu tiada. Mati dan terbengkalai. Malahan tersadai

Monday, March 14

Pilihan di tanganmu.

Kamu berdepan situasi antara dua pilihan. Meski kamu tidak dapat memilih kedua-dua pilihan menjadi muktamad,kamu mahukannya,kamu mengeluh akannya, kamu buntu memilikinya.

Sekarang pilihan itu di tanganmu. Sama ada kamu raba,kamu sentuh,kamu pandang,eloknya kamu dengar pendapat dari kawanmu. Terdekat. Tapi kamu masih juga tidak dapat memilih. Maka kamu lopong pandang pada satu arah kiblat yang akan memberi tahu makna dari kedua-dua pilihan tersebut. Meski bicaramu tidak bersambut seperti yang kau inginkan. Kosong. Kamu mengeluh lagi. Maka bukakan mata hati kamu,usah berdalih dan merungut teruskan memandang dengan hati yang terbuka.

Sungguhpun begitu,kamu masih dapat memilih. Lihat di sana. Siapa yang harus di perdagangkan pada satu arah tujuan hidupnya. Dia tidak dapat memilih pada ketentuan yang telah di tentukan dari pemerintahnya sendiri,bukan dari dia kerana hidupnya sudah di tentukan menjadi tawanan pada hati-hati busuk penuh keji dan serba kedaifan lantas maruahnya tiada nilai harga.

Kamu pandang lagi pada diri kamu. Terang lagi celik awalnya. Yang kamu katakan kamu seorang yang idealisme,kamu seorang yang berjiwa kental,kamu seorang yang punya bakat,kamu seorang yang cerdik. Tapi kamu lupa,kamu lalai dalam satu hal meski kamu sudah meninggalkan hidup silam kamu yang penuh dengan warna kehitaman yang pelanginya timbul pada hari semalam membawa kamu kepada warna warni kehidupan sebenar,kamu lupa memandang masa silam kamu. Bagaimana kamu naik merangka awalnya,meninggalkan jiwa-jiwa yang raung kerana terpaksa berpisah dengan kamu. Sedarikah kamu?

Pemerintah tidak selalunya menang atas dasar pemerintahannya yang di katanya betul,keras dan kuku besinya. Malah pemerintah jiwa yang betul telus lagi saksama atas dasar jiwa murni seorang pemerintah juga bukan satu alasan mengapa seseorang itu pemerintah yang berjaya. Bukan. Kamu silap. Kamu juga harus tahu kamu seorang pemerintah bagi diri kamu,seluruh tubuh badan kamu seperti hidung,mulut,telinga,tangan,kaki,hati kamu. Dan asalnya bukanlah hati bagi kunci pemerintahan yang benar,tapi akal kamu di campur gaulkan sehingga hati kamu bermain bersamanya. Maka jadilah kamu seorang pemerintah yang berjaya bagi diri kamu. Begitu juga bagi sesuatu keputusan yang kamu lakukan.

Kita sambung. Antara dua pilihan. Kamu nampak jawapannya? Jika nampak,yang mana kamu pilih? Bukan bermakna tidak membuat keputusan adalah seorang yang gagal. Tapi seorang yang takut menghadapi ketentuan yang telah di tentukan sebenarnya oleh Tuhan. Maka golongan ini sentiasa rugi,sedari itu kamu perlu tahu dan bijak untuk membuat sesuatu keputusan. Kerana keputusan itu bakal membuatkan kamu kehilangan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lebik baik.



p/s lari daripada masalah,adalah seorang yang gagal membuat sesuatu keputusan dalam hidup.

Monday, February 21

Hasutan Pemberontakan!

Bicara pada laut,ombaknya mengganas
Bicara pada angin,tiupnya mengencang
Bicara pada air,pusarnya terlalu besar
Bicara pada bumi,alamnya menghilang.

Kau sudah ditakdir begitu
Tapi kau masih mahu yang lebih
Tidakkah kau rasa dirimu terlalu rugi
Tidakkah kau rasa dirimu penuh malang
Bila kata-kata takdir menulis setiap langkahmu
Membiar kau lari dari kenyataan
Tanpa kau sedar diri terlalu jauh dari yang kau cari.

Aku bukan melihat pada labelnya
Bukan juga pemberi makna kata yang terbiar
Tapi aku rangkumkan segala kata
Yang bisa mengitar semula segala kata yang kau buang
Dan aku ungkap dalam makna dari bahasa ku sendiri.

Kau mahu apa?
Kau bisa apa?
Kau siapa?
Dan kau sampai bila?
kau tidur segala tiap waktumu
kau bangkit segala tiap dosamu
dan kau lebihkan segala hartamu
membiarkan si anjing memakan sisamu.

Aku mahu katakan!
Aku mahu kotakan!
Aku mahu biaskan!
Aku mahu musnahkan!
Kerana aku pemberontak alam
Aku mahu suara pekikan burung rajawali
Membunuh sisa-sisa pipit!
Membunuh sisa-sisa sawit!
Membunuh sisa-sisa dosa manusia!
Membunuh sisa-sisa gagak di rimba!
kerna kau pemusnah dan aku pemberontak itu.!

Sunday, May 30

Dalam syair berlagu rindu


Ku lagukan suara rindu
Pada angin yang menyapa
Berlalu.

Ku langkahkan kaki
Bila khabar tak berbalas
Ku litupkan perasaan
Bila senyum tak di pandang.
Pergi.

Ku bawa bait-bait nostalgia
Semalam
Ku sisipkan dia tulus di
hati
Sendiri.

Bila musim berganti musim
Riang dan tawa
Menjadi pengganti
Meski sisa melagukan rindu.

Kau datang lagi
Menyegar imbauan
Biarpun luput
Kau katakan tidak padaku

Meski syairku berlagu rindu
Bukan menagih kasih
Bukan mengharap cinta
Kerana itu perlu kututurkan
Ku tinggalkan suara rindu
Di anjung jendela.

Sunday, April 11

Nota sebuah janji

Ku soalkan rasa
Pendam tinta dan tanya.

Kau bersama mereka
Membuat hati jadi rawan
Pabila kau
Musnahkan persetiaan

Aku pergi
Saat dan tika hati mengurai
Rasa duka, sedih, pilu
Rupanya aku tersedar
Kau tiada di sisi

Dan kau menyapa
Bila nota kau titipkan
Buat yang terakhir


Lalu kau berpesan;
“TUNGGU AKAN KEPULANGANKU”

jam dinding pada 6:56am
11 april 2010

Monday, October 5

Musafir Berlalu...

Lama aku mencari,jauh aku berjalan,
Suram.Segalanya terpaksa aku harungi,
Terderai apa yang aku miliki,
Mencarik seribu rasa mengurai nostalgia.

Dingin.Menderu angin menyapa,
Lambaian dedaunan mengusik rasa
Mengukir senyuman pada rembulan,
Malam masih muda.

Rona membarisi tiap garis cerita,
Tompok-tompok kekalutan menerangi ranjang,
Terkedu pada dentingan sulaman,
Kalut di bawah pohon jelatang.

Thursday, February 12

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang
dan Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra
kepadaTuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembahSeluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

















~ A. Samad Said