Monday, March 18

Catatan musim gugur.

Ini bukan cerita lama..di bukukan di catatkan malah di beri peluang untuk apa yang ingin aku ceritakan. Ceritanya tidak banyak,perjalanannya singkat. Kadang kala aku terasa terasing.

Tuesday, February 21

Bukan entri tahun baru.

Kadang-kadang aku ingin menulis kerana aku mahu. Dulu,aku suka menulis. Tapi idea tiba-tiba hari ini hilang. Otak aku kaku. Mungkin sudah lama aku tidak menulis,dan aku lupa bagaimana untuk aku menulis.

Bagi aku kalau ada idea,aku akan menulis. Tapi bagaimana nak datang idea kalau tak ada inspirasi. Maka inspirasi juga memainkan peranan dalam tiap penulisanku.

Kata zahiril,kalau nak berinpirasi kat mana-mana pun ada. Memanglah,kalau tidur pun idea akan datang. Ini bukan blog zahiril,aku tak mampu menulis macam dia. Atau orang-orang yang berpengalaman di persekitaran blog-blog ini.

Apa yang aku nak sampaikan,berkaitan hidup aku..bukan seratus peratus dalam blog ini bercerita tentang aku,sebab selebihnya adalah rahsia hidup aku. 

Tahun baru,aku tak ada benda nak tulis untuk blog ini.

Tapi hari ini,aku nak cakapkan kat korang semua SELAMAT TAHUN BARU..walaupun dah lambat,tapi aku cukup ikhlas. Terutama penggemar blog ini..ada kah?hehe..

Tahun ini,aku harap akan datang benda-benda yang lebih baik dari tahun tahun sebelum ini. Insyaallah,kalau niat baik pasti ALLAH akan tolong..

Aku ingin berdiam
Tapi aku tak mampu untuk diam
Walau sehari
Malah untuk dua hari
Tapi diamku akan merajuk
Sehingga merasa tersisih.

Jadi tolongglah aku untuk
Mengambil balik hati diamku
Untuk berada di sampingku.

Pasti diamku riang untuk berada
Di sisiku.

p/s bising itu idea,tapi diam itu lebih masyukk.

Friday, February 17

Kekejaman Malam


Kalau sudah terbiasa dengan jalan cerita yang bosan tetap begitu bosan setiap kali ia terasa seperti ada setan yang bertopeng manusia cuba membunuhnya apabila dia leka di sebalik kebosanan itu.

Maka olehnya terperangkap dalam dunia gelap adalah satu kesilapan yang tak mungkin akan diulanginya lagi meski dia jauh sekali ingin meninggalkan kegelapan itu..

Persoalannya akankah dunia terang itu akan menyambutnya dengan ramah atau bagaimana?

Seringkali ia berfikir kejauhan ini membuatkannya resah untuk bercinta antara berada dalam kegelapan mahupun berada dalam terang.

Suaranya tersekat
Dalam ruang yang sempit dia
Ingin melolong di sebalik
Rembulan yang tersisih
Di malam ini
Lantas melempar ke arah yang
Tiada tuju
Terhempas dek tembok kewarasan malam
Yang dihujani sisa sisi hidup mimpi
Bagaikan ilusi suatu
Kemungkinan ia bukanlah
Suatu kekejaman malam.

Mimpi Laila a.k.a Ml


Part II

Dalam kesamaran yang di pinta untuk memilih suatu yang tak pasti adalah jawapan bagi seorang yang merancang untuk kegagalan sebaliknya bukanlah gagal untuk merancang. Samalah ertinya jika kita tak memilih dan kita was terhadap pilihan itu. Ia juga adalah kegagalan.

Apa ertinya kita di berikan peluang padahal kita tidak gunakan peluang itu dengan sewajarnya..ini bukan lagi zaman yang 10tahun lalu,tapi kalau di pusing kembali kita pasti tidak ingin perkara hari ini akan berlaku. Itu adalah penyebab kekeluhan orang masa kini.

Ini bukan penyudah kepada suatu kehidupan..kerana kehidupan akan berterusan dan akan terus menerus kehadapan bukan ke belakang..

Cuma bagaimana kita merancang dan membuat keputusan dengan betul. Itu adalah jawapan.

Semalam membangkit dewasa
Yang kini lelah dalam nafas
Kedewasaan ummah.
Sedang ia ditindas dalam
Satu perjudian hidup
Minta diberikan perlindungan
Yang entah sampai bila
Jika keinginan tidak di utamakan
Maka matilah suatu hasrat
Dalam kemelut yang tiada sudah!

Pemberontakan dalam jiwa a.k.a PDJ

Monday, June 27

BoBBaMarIO Ke SaBaH!!!!!


Yeayyyy!!! Finally,jumpa jugak aku dengan jejaka idaman aku ini…huhuhuw…orangnya tinggi,sentiasa tersenyum,malu-malu lagik uuu…hahahaha…aku pulak rasa malu bila nak take pic dengan dia tue..alalala..sapa lagik,Zahiril Adzim la wei…!

Tapi aku carik-carik buku yang dia jual tu,tak pula aku jumpa..huh memandangkan keadaan yang hangat hari itu,kejap jak kami di jom heboh ahad tue.

Eya…paling best sekali dapat take picture dengan dia nie…masa kat gerai cereka tue sesak,tapi main selit-selit jak kitorang. Tak tahu malu kan…

Kamal adli pun ada,si apek tue pun ada jugak,sapa lagii?? Zahiril lah!!!hahah…aku tunggu jak dia datang dekat barisan kami tue…nah! bobbbbbbbbbbbbbbbbb! Dia pandang sekilas,then senyum. Dia datang..tapi tak dapat nak tangkap gambar masa tue..susah sikit..aku peace jak ngan dia..huhuw dia balas tue…sempat jugak mata kami bertatapan..hahahahah…apa taknya paling depan kan aku.

Aku tak bawa buku time tue,kalau tak boleh jugak mintak autograph. Dan benda yang paling aku tak sangka-sangka..masa aku kat luar gerai tue,aku nampak dia keluar ngan sorang pompuan..aku sangka sheera ayob ka..hehe. tapi rasa-rasanya bodyguard kot.ngeeee

Aku serbu la dia..hahaha..aku cakap, “daim,begambar kita.satu jak plsss….” Hahahah…tiba-tiba aku panggil dia daim..hahaha..dia pun oke jerk la…hahahaahah.

Seriously,dia memang sopan beb. Malu-malu lagik..aduiii aku la pulak yang segan berabis..hahaha…tapi tak pa la,dapat tangkap gambar dia pun jadik laaaa..hahhah

Masa kitorang take pic tue,ramai terus yang serbu nak tangkap gambar kami berdua..itulah korang,malu-malu pulak.tengok aku yang dapat! Hahahah…lepas tue aku tak tahu mana lagik dia..sampaikan aku nak salam pun aku tak sempat. Aduiii..gara-gara nak tengok gambar nie la hah. Ambek ko sue.







Monday, May 23

23Tahun Sudah!!

Warrrgghhhhhhh!!! Aku dah masuk 23 tahun la…maknanya sudah 23tahun aku hidup,sudah 4tahun aku tinggalkan alam persekolahan,tinggalkan kawan-kawan lain…uragghhhhhh…aku dah besar dan semakin membesar lagi…huhuk.

23tahun??? Ya percayalah yang aku sudah 23 tahun dah pun..aku rancang masa zaman sekolah dulu,20tahun aku dah boleh carik rezeki sendiri-ok! 23tahun sudah ada kerjaya yang stabil-ko! Alamak…dan 25tahun….ntahlah aku pun tak berani nak merancang nie..uhuk!

Alamak makin lama makin dewasa la pulak kan..tapi kepala otak aku nie sikit pun tak ada percambahan,yang aku nampak badan tue memang la! Uwarggghhhhh..apa aku nak buat nie,umur makin lama nak meningkat..sambung belajar pun tak dapat-dapat nie..aighhh…malas la nak sambung lagik. Kawan-kawan banyak yang dah graduet..bagus lah kan! Dan untuk si bakal guru kita,semoga menjadi guru yang berdedikasi..kalau pelajar buat hal ko hantam jak bro..!hahah..

Alamak….23 tahun! Alhamdulillah..syukur aku masih bernafas lagi di muka bumi yang aman ini..Semoga apa yang aku lakukan selama ini mendapat berkat dari Allah S.W.T. amin..