Thursday, May 22

Hutan Batu.

Segalanya bermula bila aku mula menapak di Brickfields kerana menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pegawai awam yang hanya berpangkat N17. 

Aku kira kan, kehidupan semakin baik. Apa yang aku ingin rasakan iaitu kesenangan hidup sebagai seorang perantau yang aku kirakan adalah yang baik-baik belaka sahaja. rupanya tidak. Kota Lumpur ini hanya indah khabar dari rupa.
Suatu kota yang mempunyai masyarakat yang begitu mementingkan diri. Masyarakat yang sanggup menjatuhkan rakan-rakannya sendiri demi kepentingannya dan kuasanya sendiri. 

Kuasanya. itu yang aku cuba nak sampaikan. Masyarakat di sini kurang dengan sifat bersatu padunya, bekerjasamanya, kejujurannya sama sekali tiada nilainya bagi Hutan batu ini. Hutan batu. Aku mencuri kata yang di buah akal kan sendiri oleh kawan aku di post-post wechatnya. Hutan batu ini mempunyai masyarakat yang kurang peka dalam hal-hal kemasyarakatan,kemanusian. ya. kemanusiaan. aku mencari satu perkataan yang sesuai untuk aku bicarakan.

Nilai kemanusiaannya sangat rendah. Kita nampak bila tiap2 kali nak naik Ktm,LRT ( sebab aku pengguna Pengangkutan awam ini) , ada tak mereka nak hidangkan tempat duduk mereka kepada orang-orang yang lagi memerlukan?? tak kan. ada yang sanggup berpura-pura tidur agar mereka terus duduk tidur. 

Lagi satu, di tempat orang tak payah nak tunjuk pandai. Tapi apa yang aku perasan bila tak tunjuk pandai pun, orang akan tetap mengata kau ini tunjuk pandai. Eh, Bodohlah. akal ada ke? ke dah memang hilang sifat2 murni dalam diri kau? kau? kau? dan mereka?? memang begini ke cara pemikiran manusia hutan batu ini?? eh pegi mampos! Tak payah nak tegakkan benang yang basah. Sebab aku dah terkena. dan terkena. beberapa kali. sampai kan aku dah naik menyampah dengan manusia2 ini. memang hutan batu macam ni? kesian kau hutan batu. 

Manusia moden yang tinggal dalam hutan batu pun takkan akalnya di curi oleh katak yang masih di bawah tempurung?? Memang bagus untuk berkejar-kejaran di hutan batu ini, tapi janganlah sampai sanggup menjatuhkan orang lain dengan cara yang salh. menjatuhkan orang itu juga adalah salah! Jadi berfikirlah selaras dengan umur yang sudah meningkat naik. Faham-Faham sendiri la.

AKU TAK KACAU KAU, JADI TOLONG JANGAN KACAU AKU. HORMATI AKU SEPERTIMANA AKU HORMATI KAU! KAU TAK LAYAK UNTUK DI HORMATI JIKA BEGINILAH CARA MU.






 

No comments: