Wednesday, April 7

Manusia itu patut SEDAR!!!

Manusia, adanya bahagia yang menanti
Memiliki banyak keistimewaan yang bererti
Membuka mata hati bagi menyedari betapa diri dicintai.

Manusia buta kerana egois dan tidak sedar bahawa
Diri terlalu dicintai
Tidak mahu membuka hati dan berusaha meraih lebih
Dari apa yang dimiliki.
Memaksa diri bagi mendapatkan segala yang diinginkan
Dan tidak mahu mensyukuri apa yang ada.

Teman selalu ada bagi yang tahu menilai
Tapi hilang bila kehadiran tidak dihargai
Kerana memilih, dan menghakimi sendiri
Walhal dialah teman sejati.


Bahagia bermula dari diri kita sendiri
Jika mengharap pada yang lain maka bersiap sedia
Untuk ditinggalkan dan khianati
Terima diri apa adanya
Menghargai diri sendiri agar bahagia sentiasa berada dalam diri.

Mempercayailah, kita selalu diberikan yang terbaik dalam hidup ini
Sesuai dengan usaha yang kita lakukan
Mensyukuri rahmat dan kurnia-NYA.

p/s : di sayangi oleh sesorang, belum tentu di sayangi oleh orang lain.

No comments: