Friday, February 27

Tip Anak Obes

Ibu bapa bertanggungjawab terhadap perkembangan emosi, fizikal dan masa depan anak mereka.

MASALAH anak obes mungkin berpunca daripada ibu bapa sendiri.

1. Lengkapkan diri dengan ilmu dan dapatkan bantuan

Masalah tidak akan selesai dengan sendirinya. Ibu bapa yang tidak berikhtiar untuk mengubah tabiat anak-anak mereka akan sering menafikan hakikat.

Sebagai permulaan, dapatkan maklumat melalui pembacaan atau layari laman web yang berkaitan dengan pengendalian masalah obesiti.

Dapatkan juga nombor untuk menghubungi kaunselor, kumpulan sokongan, pakar diet dan juga sumber berkaitan.


2. Mendalami masalah anak dengan sepenuh hati

Bayangkan anda berada dalam situasi anak anda. Jika mereka berhadapan dengan masalah obesiti atau tabiat makan yang tidak betul, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka.

Mungkin 'ketagihan' untuk makan berlebihan itu berpunca daripada ejekan kawan-kawan, dipinggirkan, dimalukan, mahupun disakiti secara fizikal.


3. Berikan perhatian yang mereka perlukan

Anak-anak biasanya 'lapar' kasih sayang keluarga. Mereka memerlukan perhatian, pujian dan mahu merasa diri mereka berharga di dalam rumah. Maka, inilah masanya untuk memenuhkan jadual untuk merancang pengisian waktu kualiti bersama.

Antara langkahnya adalah menjalankan aktiviti fizikal bersama seperti berjalan kaki, menaiki basikal, berenang, bersenam atau bersukan.

Ambil peluang untuk mengetahui minat anak anda. Melaluinya, anak anda boleh dibimbing dan ditemani dalam mencuba hobi baru.

4. Menilai tabiat yang tidak disedari

Cara terbaik untuk menghentikan tabiat yang tidak disedari adalah dengan memberi perhatian kepada perkara yang anda sendiri sering lakukan. Melalui cara ini, kesannya akan meninggalkan impak kepada anak anda.

Berikut adalah senarai soalan yang perlu dijawab:

*Adakah anda memarahi anak anda tentang berat badan atau apa yang mereka makan?

Sumber : Harian Kosmo

Melengah Katarak

Memakai cermin mata hitam dan topi untuk melindungi sinar ultra ungu matahari boleh melambatkan kemungkinan seseorang mendapat penyakit katarak.

"SAMA ada berlaku pada sebelah mata atau kedua-duanya, katarak disebabkan oleh kekaburan yang berlaku pada lensa dalam mata hingga menjejaskan upaya penglihatan."

“Kebanyakan kes katarak berhubung kait dengan faktor peningkatan usia,” ujar Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof. Dr. Che Muhaya Mohamad.

Jelas beliau, walaupun kebanyakan kes komplikasi penglihatan ini berkait rapat dengan usia, terdapat empat lagi jenis katarak yang tercatat dalam rekod perubatan.


KATARAK Kongenital terjadi dalam usia kanak-kanak

SETELAH memahami manfaat dan risiko, pembedahan adalah penyelesaian utama kepada masalah katarakKeempat-empat jenis itu ialah katarak sekunder (terjadi selepas pembedahan masalah mata lain), katarak traumatik (akibat kecederaan), katarak kongenital (katarak sejak dilahirkan atau terbentuk ketika usia kanak-kanak), serta katarak radiasi (pendedahan kepada radiasi).

Secara teorinya ia bermula daripada perubahan yang terjadi pada lensa di belakang iris dan pupil. Lensa itu berfungsi sama seperti lensa kamera.

“Ia memfokuskan cahaya ke atas retina di belakang mata untuk rakaman imej. Lensa ini bertindak menyelaras tumpuan mata supaya kita boleh melihat objek yang dekat mahupun yang jauh,” terang Che Muhaya.
Lensa yang terbentuk daripada komposisi cecair dan protein itu malangnya boleh terjejas fungsinya seiring dengan usia.


Protein yang sepatutnya bertujuan mencerahkan lensa dan membenarkan cahaya menembusinya itu boleh terkumpul secara berlebihan dan mengkaburkan permukaan lensa.

“Ketika inilah katarak bermula. Keadaan kabur itu boleh membesar dan bertambah buruk hingga membuatkan daya penglihatan seseorang bermasalah,” terang Che Muhaya yang tidak menolak kemungkinan penyakit diabetes dan tabiat merokok sebagai penyumbang katarak.

Selain pengumpulan protein, penglihatan terjejas apabila lensa yang jernih perlahan-lahan bertukar menjadi warna kekuningan atau keperangan.
“Lensa yang berubah warna itu membuatkan penglihatan dipengaruhi ton warna keperangan.

“Semakin lama permukaan lensa yang terjejas itu menyukarkan upaya seseorang melakukan aktiviti harian seperti membaca, memandu dan mengecam wajah,” ujar Che Muhaya.

Jika ada pendapat yang mengatakan bahawa katarak merupakan penyakit untuk warga tua, fikirkan semula. Istilah ‘penyakit mata berkaitan peningkatan usia’ itu sendiri suatu yang mengelirukan.

Sebenarnya, seseorang yang mendapat katarak tidak semestinya berusia lebih 60 tahun, sebaliknya sudah banyak kes yang dilaporkan berlaku di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an.

“Hanya dengan memakai cermin mata hitam ataupun topi dapat menghalang sinar ultra ungu matahari daripada menjejaskan mata, seterusnya melambatkan kemungkinan mendapat katarak.

“Kalau anda merokok, berhentilah,” kata Che Muhaya yang turut mengesyorkan pengambilan nutrisi yang baik seperti sayuran berdaun hijau, buah-buahan serta sumber makanan lain yang mengandungi agen antioksida.

Pesan beliau kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas: Jalani pemeriksaan mata komprehensif sekurang-kurangnya setahun sekali.

Selain dapat mengenal pasti petanda penyakit mata lain, rawatan awal bagi sebarang jenis komplikasi mata akibat usia boleh menyelamatkan deria yang penting itu.

Sumber : Harian Kosmo
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Tuesday, February 24

Sabah Negeri-KU di Bawah Bayu I



Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Sandakan

Pusat Pemuliharaan Orang Utan telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang terbiar. Kedudukannya yang terletak di kawasan seluas 4,300 hektar Hutan Simpan Kabili-Sepilok, pusat ini dibawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa anda ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sini anda boleh menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.

Selain daripada matlamat utamanya iaitu pemulihan orang utan, usaha untuk mendidik masyarakat dari segi pemuliharaan, penyelidikan dan menyelamatkan spesies terancam yang lain umpamanya badak sumbu turut menjadi fokus di pusat ini.

Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda . Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.



Kepada anda yang sukakan cabaran, anda boleh mencuba laluan yang melintasi hutan paya bakau. Anda perlu memohon permit daripada pihak Jabatan Perhutanan terlebih dahulu sebelum melalui laluan sejauh 5 km yang melintasi kawasan Sepilok Laut. Anda juga boleh menggunakan bot secara ulang-alik atau menginap di chalet di dalam hutan melalui tempahan lebih awal.

Cara ke Sana

Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan or MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.

Masa Dibuka
Pagar Keselamatan :

Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran :
Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :
Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang




Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00




Keterangan Lanjut
AlamatBatu 14,
Jalan Labuk WDT200,
9009 Sandakan Sabah
Tel: +6089531180
Faks: +6089 531189
E-mel : soutan@po.jaring.my
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/






Tamu Mingguan Jalan GayaKota Kinabalu (Ibu Negeri)
Pada asalnya Jalan Gaya dikenali sebagai Jalan Bond. Jalan Gaya terletak di dalam Pusat Perniagaan Daerah Kota Kinabalu yang telah menjadi pusat perniagaan selama lebih seratus tahun. Kedai beratap nipah mungkin telah pupus akan tetapi di sini keluarga peniaga generasi lama masih menjalankan perniagaan mereka, mewariskan perniagaan mereka daripada ayah kepada anaknya.



Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya. Belilah apa sahaja barangan di bawah teduhnya pepohon dan payung besar, umpamanya sarung batik, buah-buahan dan bunga-bungaan, lukisan dan kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata, kuih-muih, malah ada juga haiwan belaan dan herba!. Tempat ini menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan sendiri keratan lintang masyarakat tempatan apabila keseluruhan keluarga keluar berseronok mengisi hujung minggu mereka di sini.


Pesta Jalan Gaya diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari.


Cara ke Sana


Dengan berjalan kaki dari mana-mana di sekitar bandar raya atau menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar.




Tanjung Simpang Mengayau - The Tip of Borneo

Kudat


Akhir-akhir ini dibangunkan untuk tujuan pelancongan, kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian.


Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit. Turut tersedia gerai-gerai yang menjual minuman, cenderamata dan juga kemudahan tandas yang terletak di kawasan meletak kereta



Kemasukan percuma.

Cara Ke Sana (dari Kota Kinabalu)

Anda boleh menaiki teksi, memandu sendiri atau menggunakan khidmat ejen pelancongan tempatan.

Pacuan empat roda dan kereta salon berpermit diletak berdekatan Restoran India bertentangan dengan Klinik Kesihatan di Kampung Air, Bandaraya KK. Kenderaan pacuan empat roda boleh membawa antara 7 – 8 orang penumpang pada kadar RM20.00 - RM25.00 seorang secara ulang-alik, sementara kereta salon boleh membawa 4 orang penumpang dengan tambang RM240.00 secara ulang-alik.

Hubungi pihak penyewaan kereta setempat untuk bertanyakan tambang yang dikenakan.


Maklumat Tambahan

Lawatan balik hari ditawarkan oleh pengendali pelancongan tempatan. Kadar yang dikenakan sekitar RM 250.00 termasuk lawatan ke Ladang Madu Lebah di Kg. Gombizau, Kilang Gong di Kg. Sumangkap, lawatan ke Rumah panjang Rungus dan Tip of Borneo dengan penyediaan makan tengah hari.

Hubungi pengendali pelancongan tempatan untuk keterangan lanjut.


Sumber : SabahTourism.com

Monday, February 23

Keajaiban DOHA

GAMBAR atas. Illustrasi pelukis mengenai cadangan pembinaan bandar raya masa depan Doha. Gambar bawah, premis perniagaan di Souk Waqif. Gambar kiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Pusat perniagaan Souk Waqif yang menjual pelbagai barangan tempatan terkenal dengan kecantikan seni bina warisan Qatar

DOHA atau nama Arabnya Ad-dawha bermaksud pokok besar adalah ibu negara Qatar, yang kini makmur di bawah pemerintahan Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Qatar bergantung sepenuhnya kepada hasil perikanan dan mutiara. Oleh itu, tidak hairan apabila Doha mempunyai 350 bot mencari mutiara.

Bagaimanapun, apabila Jepun memperkenalkan pembiakan mutiara secara komersial pada 1930 menyebabkan seluruh rantau itu termasuk Qatar mengalami kemelesetan ekonomi sehingga menjadi sebuah negara miskin serta mundur.

Kesengsaraan rakyat Qatar tidak lama apabila pada 1930an, negara itu dianugerah Tuhan dengan penemuan hasil minyak yang kini boleh mengeluarkan 800,000 tong sehari.

Sejak itu Qatar terus makmur dan pemerintahnya, Sheikh Hamad terus tekun membangunkan negara yang kini menjadi anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Antara rekabentuk bangunan Souk Waqif.

Sheikh Hamad yang mementingkan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dengan membuka Universiti Qatar pada 1973, menjadikan istana pemerintahan Qatar sebagai Muzium Negara, membina Bandaraya Pendidikan serta melancarkan saluran berita televisyen satelit Arab Al Jazeera pada 1996 yang berpusat di Doha.

Mereka yang pertama kali menjejak kaki ke bumi Qatar terutama Doha akan terkejut melihat kepesatan ekonomi bandar raya itu. Ia kini di sekeliling dengan pembinaan bangunan mencakar langit.

Difahamkan lebih 80 bangunan membabitkan pangsapuri, pejabat dan kompleks beli-belah sedang dibangunkan serentak bagi memenuhi keperluan pasaran.

Kiri dan kanan jalan, penulis dapat saksikan kerja pembangunan giat dijalankan, seolah-olah berada di satu penempatan baru dibuka seperti taman perumahan di Malaysia.

Bagaimanapun, sebelum boleh memasuki pintu masuk negara itu, penulis terpaksa berdepan dengan pegawai imigresen wanita yang memakai jubah serta hijab serba hitam yang agak kedekut dengan senyuman serta serius melaksanakan tugasnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.

Sambutan yang agak dingin itu tidak mematikan keinginan penulis meninjau kecantikan serta keajaiban Doha terutama Souk Waqif yang terkenal dengan sejarah pembinaannya.

Souk Waqif yang dibina semula mempunyai tiga jenis ruang perniagaan, iaitu pasar besar atau dikenali sebagai Amayer yang menempatkan peniaga borong dan runcit.

Kedua, kedai hasil kraftangan, jahitan, tenunan serta pertukangan serta ketiga, gerai terbuka untuk peniaga tempatan.

Sebaik saja memijak kaki di Souk Waqif, anda akan terpegun dengan kecantikan hasil seni bina warisan Qatar.

Di setiap lorong terdapat kedai yang menjual pelbagai barangan tempatan dan diimport dari serata dunia bagi memberi kepuasan kepada pengunjung membeli di Souk yang menjadi kebanggaan penduduk Doha.

Peniaga daripada pelbagai keturunan seperti India, Pakistan, Iran dan negara Timur Tengah akan menyambut tetamu dengan bahasa Arab dan Inggeris malah jangan terkejut jika ada antara mereka yang fasih berbahasa Melayu. Kebanyakan mereka begitu mesra apabila mengetahui penulis datang dari Malaysia dan mereka tidak lupa untuk menyebut nama pemimpin negara.

Di celah lorong Souk Waqif ini dipenuhi kedai menjual pelbagai kekacang seperti gajus, badam, kismis besar dan kecil, anggur kering serta pistacio tiga rasa, iaitu lemon, masin dan safaron pada harga yang agak murah. Malah ada kedai menjual pelbagai manisan yang menjadi kegemaran penduduk di Doha.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan jubah lelaki dan wanita, mereka boleh membuat pelbagai pilihan dengan harga berpatutan. Malah, ada kedai yang menyediakan perkhidmatan tempah dan pakai. Tidak ketinggalan, kain ela sutera dari Itali, China, dan Korea Selatan serta kapas dari Itali dan Jepun yang dijual antara RM15 hingga RM30 semeter.

Sebelum berhajat ke Souk Waqif, pastikan anda tidak ke sana antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang kerana premis perniagaan kecuali restoran mewah dibiarkan tanpa penghuni bagi membolehkan peniaga berehat sebelum meneruskan perniagaan hingga larut malam.

Sehari berada di Souk Waqif memang tidak cukup untuk meninjau setiap kedai di situ. Oleh itu, tidak hairan mereka akan datang semula untuk melepaskan rindu menikmati wangian rempah ratus yang dijual di souk berkenaan.

Pengalaman singkat di Doha terutama Souk Waqif membuka mata penulis betapa penting kita menjaga warisan negara serta bangga menghasilkan kraftangan sendiri tanpa mengimport dari China, Korea Selatan, Taiwan serta Indonesia, dan diletakkan tanda Made in Malaysia atau Buatan Malaysia.

FAKTA:

  • Mengikut sejarah Souk Waqif atau Pasar Berdiri, mendapat nama itu kerana ia berkait rapat dengan kewujudan Doha yang berasal daripada dua perkampungan kecil nelayan yang terbahagi dua oleh Wadi Mishireb.

  • Pada musim sejuk, air sungai akan mengalir deras serta melimpah ke tebing dan melalui lembah berkenaan. Penduduk Doha yang dipisahkan wadi berkenaan akan berkumpul di tebing untuk urusan jual beli barangan mereka.

  • Berikutan air mengalir di kawasan berkenaan menyebabkan mereka yang berdagang terpaksa berdiri sepanjang hari menjalankan urus niaga mereka.

  • Mereka tidak berpeluang langsung untuk duduk di tebing wadi berkenaan, dari situlah nama Souk Waqif atau Pasar Berdiri diperolehi.

Orang ramai membeli-belah di kedai kasut di Souk Waqif.



Sumber : Berita Harian Online

Saturday, February 21

Miliki Citra Diri yg Positif

PERCAYA atau tidak, dengan citra diri yang positif anda terlihat jauh lebih bagus. Dengan citra diri pula, anda akan lebih mudah meniti karier.Citra diri positif yang anda miliki akan memudahkan anda bergaul,menjalinkan hubungan dengan pelanggan,memperlancar hubungan silaturahim dan lain-lain

Ada yang menyatakan citra diri merupakan bahagian dari kelancaran apa jua jenis pengurusan yang harus di miliki oleh setiap orang. Bagaimana yg di maksudkan citra diri???

MEMILIKI PANDANGAN DAN FIKIRAN YANG SELALU POSITIF.Dalam memandang apapun,mereka tidak pernah melihatnya dari segi negetif melainkan selalu mengambil hal-hal positif sekalipun dalam menghadapi masalah yang cukup pelik. Dalam soal prinsip pun mereka cukup teguh. Namun, di saat yang sama mereka juga memiliki kemampuan mendengarkan dan menghargai pandangan orang lain yang berbeza dengannya.

BERSEDIA BERUBAH BILA TERBUKTI BERSALAH.Sekalipun cukup mementingkan soal prinsip,mereka tak menutup diri untuk perubahan. Jika mereka menyedari kesalahannya, mereka tak ragu-ragu untuk berubah memperbaiki kesalahan tersebut.

MENERIMA KESALAHAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI PROSES BELAJAR.Kesalahan yang pernah mereka lakukan selalu mereka jadikan pengajaran untuk mencapai yang lebih baik. Mereka tidak pernah berlarut-larut dalam kesalahan tersebut, dan bertekad menemukan apa penyebab terjadinya kesalahan dengan tujuan perbaikan. Mereka jua mahu menerima kritikan dengan fikiran positif.

PERCAYA DIRI DALAM MENGAMBIL KEPUTUSAN.Mereka memikili pertimbangan yang cukup matang dalam setiap keputusan yang mereka ambil. Mereka tidak pernah ragu-ragu terhadap sesuatu yang dianggapnya benar.

TIDAK EMOSIONAL.Tiap manusia memang punyai emosi dan itu manusiawi sekali,tapi orang-orang yang bercitra positif tidak mahu dikuasai oleh emosi.Mereka jauh lebih emosional. Mereka bo;eh menyelesaikan masalah secara objektif dan realistik.

Apakah anda sudah menjadi orang dengan bercitra diri positif?? Tapi jika anda berasa tak sesuai dengan semua ciri-ciri seperti tadi,jangan terburu-buru menyatakan bahawa anda tidak bisa memiliki citra positif. Semua ini boleh di pelajari dan di tumbuhkan asal anda memiliki kemahuan.

Kesimpulannya,untuk peribadi dengan citra diri positif,anda harus mampu menolak aspek-aspek negetif yang membuat anda tidak di sukai di dalam lingkungan anda...
SO...Fikir-fikirkan...sama ada berani berubah atau pun tidak...segalanya ada di genggaman anda.

Orang yang kehilangan shalat Asar (dengan sengaja)

Diriwayatkan dari Ibn 'Umar r.a.: Rasulullah Saw. pernah bersabda, "Orangyang kehilangan shalat asar karena kesengajaan bagaikan orang yangkehilangan keluarga dan harta kekayaannya." [1:527-S.A.]

---
Shahih Al-Bukhari, dikutip dari buku "Ringkasan Shahih Al-Bukhari"
disusun oleh Al-Imam Zainuddin Ahmad bin Abdul-Lathif Az-Zabidi [340-R.S.A.]

Shalat Isya dan Subuh Berjemaah

Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa shalat isya berjamaah, maka seolah - olah ia telah bangun untuk shalt tengah malam. Dan barang siapa shalat subuh berjamaah, maka seolah - olah ia telah bangun untuk beribadah sepanjang malam."

---------------
HR Muslim

3 Bukti Cinta Sejati

Rasulullah SAW pernah bersabda yang artinya :“Bukti cinta sejati itu ada tiga, yaitu :
1. memilih kalam kekasihnya (Al-Qur’an) daripada kalam lain-Nya (hasil produk manusia);
2. memilih bergaul dengan kekasih-Nya daripada bergaul dengan yang lain;
3. memilih keridhaan kekasih-Nya daripada keridhaan yang lain.”

Demikian ini karena orang yang mencintai sesuatu itu, ia menjadi hambanya. Yahya bin Mu’adz sehubungan dengan pengertian ini telah mengatakan : “Setitik benih cinta kepada Allah lebih aku sukai daripada pahala mengerjakan ibadah tujuh puluh tahun.”
________________
dari nashaihul ‘ibad (nasihat-nasihan untuk para hamba) oleh Imam Nawawi

Di sini Aku Bermula...

Entah bila ia bermula,tiada bingkai waktu yang pasti dalam memoriku. Namun,kembara itu adalah titik permulaan naratif ini. Ketika umur remaja di gerbang imaginasi,aku menyusur satu jalur di peta dunia. Ketika akal dangkalku masih di salut angan kasmaran,aku melangkah garis kepulauan melayu hinggalah aku terdetik bahawa kau hanyut dalam kelopak rona-rona duka. Ada kalanya aku naik dan ada kalanya aku turun..memang begitu hidupku..Aku katakan perjalanan ini sukar,payah dan mencabar. Tetapi aku yakin di sana ada sensasinya.Lantaran itu aku terbang dari satu benua ke benua lagi satu...sengaja pergi dari bumi sendiri.

Aku tak upaya turap butir kata di pembuluh dapah mereka,hingga ia mengalir ke jantung.Aku tak punya kudrat untuk gantung lembaran ini di dada jumantera,hingga di saksi oleh mata-mata yang melihat.Aku sekadar mengukir di atas kuras parsi,biar mata dan jantung mereka melihat sendiri.Kerana ini adalah realiti...Bukan cerita dusta!

Di sini ada cinta,kecewa,derita,hemah dan bijaksana.Ini kehidupan,sudah pasti ada segalanya.Aku ingin camtum semua rasa dalam cangkir dakwat dan tinta,Biar ia berubah menjadi segugus doa dan segunung harapan.

Benarlah kata orang,Fizikal dan Mental adalah dua unsur yang harus menyatu.Jasmani dan Rohani adalah dua elemen yang perlu seiring Baru tercapainya hakikat.Baru tersingkap realiti.Menilai dan Melihat adalah dua proses berbeza.Teori dan Praktikal adalah dua perkara yang tidak serupa.Hipotesis seseorang terhadap sesuatu hanya melalui pendengaran akan tumbul dan sekerat.Tidak sama dengan mereka yang mendengar,melihat dan melaluinya sendiri.Di situ lahirnya makrifat.


Wednesday, February 18

Haruman Bunga Ceri Jepun


KEINDAHAN dan keharuman bunga ceri Jepun yang sedang berkembang mekar memikat sesiapa saja, bahkan imej ini antara yang menarik pelancong asing ke negara itu.
Namun kini tidak perlu untuk ke negara matahari terbit itu untuk merasai sensasi harumannya sebaliknya memadai dengan memiliki rangkaian produk wangian Japanese Cherry Blossom oleh The Body Shop.
Berinspirasikan Hanami iaitu adat tradisi Jepun yang menghargai kehidupan serba singkat dengan menikmati bunga-bunga ceri Jepun yang berguguran di tiup angin, koleksi ini cuba mengadaptasi kenangan dan mood tersebut.
Didatangkan dalam lima produk berbeza iaitu semburan wangian Eau de Toileete; pelembab badan Body Butter; gel mandian Bath & Shower Gel; losyen badan Pure Body Lotion; dan wangian untuk kediaman Reed Diffuser.
Apa yang pasti rangkaian Japanese Cherry Blossom ini pastinya mampu memanjakan tubuh dengan teksturnya yang ringan dan lembut bagaikan sutera.
Sebagaimana produk The Body Shop lain, rangkaian terbaru ini kaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti minyak kacang soya, madu dan minyak zaitun organik.
Sumber : Utusan Malaysia

LG KF 350 ICE CREAM




WOW! Sesuai ngan nama nya, LG KF 350 memang comel cam Ice-Cream! Warna-warnanya terang & saiznya yg comel pasti membuat kan sesiapa sahaja tertarik.
Functionnyer merangkumi kamera 3.3 megapiksel, bluetooth serta MP3 player sebagai perisa tambahan selain vanila n strawbery(men2 jerk)ehe....
LG has unveiled its latest quirkily named phone, the LG Ice Cream (KF350), which is available in soft pastel colours and is targeted ­primarily at the fairer sex.
The quad-band clamshell phone ships in three “flavours” namely, vanilla (white), pistachio (light blue) and strawberry (light pink), and they look good enough to be eaten.
The attractive phone design and colours are coupled with lighting effect and interactive LED animation that can be customised.
The cover also has an LED display that shows the time, incoming call and SMS, and alarm clock. Users can add a ­personalised message to be displayed on the cover, and it’s not limited to letters, as you can also add icons and symbols.
The LG Ice Cream has a 3-megapixel camera, which is ­located on the top front cover, and it can shoot photos in JPEG format and record videos in MPEG4 format.
The phone also supports a wide variety of audio files, including MP3, AAC, AAC+, EAAC+ and WMA. Plus, it also has a built-in FM radio tuner.
Its other features include a 2.2in LCD screen capable of displaying 262,000 colours, Bluetooth, 27MB of built-in memory and a microSD card slot. The LG Ice Cream retails for RM838.
HARGA:RM 838.00








Friday, February 13

JATUH CINTA NGAN PREN SENDIRI???





Pernah tak y'll mengalami situasi di mana y'll jatuh hati pada teman baik y'll sendiri..hah?!owh my god...nonsence..yer ker...huhuw...y'll terpesona ngan gaya yang sporting dier,caring dier,romantik dier di kala y'll dlm suka mahu pon duka...fulamak!cair gue babe!..ehe...Tapi persoalannya,adakah hati y'll nie senang bangat nak jatuh hati pada teman baik y'll tue...huh..cian2...@...y'll nie jenis yang x mudah jatuh hati pada teman baik y'll tue walau sebaik mana sekalipon dier...fuhyo!susah tol nie...urm...xper la...apa kata kita jawab kuiz kat bawah tue...sambil2 lepak dgr muzik tue,hilangkan la tension jawab kuiz nie erk...kuiz nie aku dapat kat majalah...haha...so aku nak kongsi la ngan y'll sumer...ala...kongsi sedikit ilmu apa salah erk...huhuw...

y'll gembira mempunyai kwn baik llki/pompuan (jika y'll adlh llki) krn...
a) y'all dpt selami perasaan llki/ pompuan dgn lbey mudah.
b) supaya dier dapat kenalkan y'll ngan kwn2-nyer yg menawan
c) sebab dier memg adorable.y'all seng jk mendampinginya bahkan tidak mahu kehilangannya.

y'll bermimpi y'll menjadi pasangan kekasih yang amat romantis.Apabila y'll sedar drpd mimpi,y'll...
a) gelak kuat2 & terasa cam nak muntah jerkk..
b) termenung jap.urm...myb y'll rasa mimpi tue jadi sbb y'll menonton filem romantik sblm tido kot..
c) tersenyum sambil termenung..best gak mimpi tadi...ehe...

apa pendapat y'll apabila melihat sorang llki/pompuan berpasangan ngan teman baiknya sejak kecil?
a) tak sepatutnya nnty berpasangan...
b) tumpang gembira.
c) xderr masa aku nak ambik tau.

parents y'll mengajak teman baik y'll tue menghadiri jamuan seterusnya bermalam kat uamh y'll.y'll....
a) rasa chuak. seram satu badan genk!
b) cam blurr jap..xtau apa perasaan y'll tym tue..
c) bgs jugak...dpt temankan adik aku main game kat umah..

teman baik y'll mengajak anda ke sebuah parti ttp y'll ada date ngan org len mlm tue...apa respons y'll tym tue erk??
a) ketawa x henti2..y'll rs kelakar ngan pelawaan teman baik y'll tue..
b) muka merah padam ttp pd ms yg sama y'll rs keliru.nak kuar date ker nak ikt teman y'll nie??
C) agak terkejut ngan pelawaan teman y'll tue & y'll terpaksa menolak krn ada date ngan orang len.

y'll melihat teman baik y'll sdg berbual-bual mesra di dwan sekolah/kolej,y'll..
a) cuba hampiri dier tapi tb2 rasa jeles mlht dier berbual mesra cam tue ngan sorang mamat n minah cun lak tue...
b) lambaikan tangan dan trs berlalu. y'll x nak jejaka/aweks yg y'll suka nampak yg y'll cuba mendekati org len..
c) buat2 xnampak jerk...kalo ternampak y'll,y'll lambaikan tgn jerk..thats all.

teman baik y'll tiba2 menarik tangan y'll untuk menunjukkan sesuatu..y'll...
a) tiba2 menggigil. rasa cam terkena kejutan elektrik jerk.
b) xderr prk ape2.tgk jerk apa yg dier nak tunjukkan.
c) rasa pelik semcm..layankan aje sudah!

teman baik y'll kerap meluahkan perasaan nya kat y'll sjk akhir2 nie...apa yg y'll rs?
a) ermm...bgs gak mcm tue.
b) dgrkan ajerk luahan hatinyer.
c) gembira krn sekurg2nyer beban dier berkurangan bila meluahkannya pada y'll.

hah!nak tahu jawannya????
KESIMPULANNYAAA....

LEBIH BANYAK A
DAH JATUH CINTA
Konpem,x ragu2 lagik. Y'll dah jatuh cinta ngan dier. Y'll amat berharap dier dpt jadi kapel korang mslhnyerr y'll tersepit antara persahabatan & cinta. Y'll takut jika y'll bercinta ngan dier,persahabatan y'll dgn dier selama nie akan musnah. Ala...kalo dah tahap giler bayang tu, xyah pikir byk2. Couple ajer ler. Janji bahagia sudah!

LEBIH BANYAK B

ADA TANDA2 NAK JATUH CINTA
Y'll ngan dier memg berkawan baik tp sebenarnya dalam diam2 y'll meminati seseorg namun dlm fikiran y'll teman baik y'll tetap dlm fikiran y'll. Apabila dia bersama org lain mula lah y'll rasa jeles yg mendadak2. Y'll terpaksa cover sbb xnak dier tahu. Dalam hati terbakar jerk lerr...

LEBIH BANYAK C

FRIEND FOREVER
Y'll gembira & selesa berkawan baik ngan dier. Takder masalah memendam perasaan suka @ cinta terhadap dier kerana y'll tahu menghadkan semua tue. Kadang2 tu, ada juak tiba2 rasa suka tp perasaan tue taklbey dr seorang kwn. Kalau y'll suka suka pada seseorg, teman baik y'll adalah org pertama yg akan y'll bagitau. Barulah friends forever!!

sumber : UTOPIA.

hah! tue la pasal...kadang2 kita nie x mampu nak tolak perasaan tue...perasaan tue sendiri yang hadir di kala kita sedar mahupon tidak,yer ler...dah rapat kan segala nya kita kongsi apa yg kita rasa tue kat teman baik kita sendiri tanpa kita sedar,semangat dan sokongannya membuatkan kita rasa diri kita di hargai...tapi jgn lupa....dier buat mcm tue pon sbb xnak biarkan korang rasa sendiri jugak....so,harap segala nasihat yg dier bagi kat y'll tue,berguna tuk y'll n y'll gunakan sebaik mungkin...huhuw...pikir la sdri pren!nak seribu daya,x hendak seribu dalih...xyah takut nak luahkan perasaan y'll kat dier....k!GOOD LUCK PREN!!!

Hadiah untuk kekasih


JIKA sebelum ini, LG menawarkan telefon bimbit Renoir lapan megapiksel, kali ini syarikat tersebut menampilkan produk baru yang menyeronokkan memanfaatkan fungsi jari.

LG Cookie menawarkan harga mampu milik dengan skrin sentuhan dan ciri-ciri yang sesuai untuk pembeli pada harga memuaskan.

Selain faktor harga, telefon bimbit ini hanya berketebalan 11.9 milimeter dan mempunyai paparan skrin tiga dalam satu.

Tanpa aplikasi 3G dan Wi-Fi, ia merupakan telefon rangkaian quad-band dan sambungan GSM/GPRS/Edge. Pengguna juga tidak akan menemui kemudahan GPS sebagai salah satu cirinya.

Bagaimanapun ada ciri lain yang biasanya diperlukan iaitu kamera tiga mekapiksel, muzik dan pemain video, radio FM, sokongan kad Micro SD.

Paparan antara mukanya menyerupai model Renoir, tetapi uniknya ada tiga butang sebagai pusat untuk beroperasi sebagai kekunci utama dan untuk membuat dan menamatkan panggilan, dan paparan yang berwarna warni.

Selain itu, terdapat kekunci butang kamera, butang kunci dan juga kawalan suara.

Dengan saiz 106.5 x 55.4 mm, ukuran nipis dan berat hanya 89 gram, ia ringan dan sesuai untuk disimpan dalam poket dan mudah dipegang.

Kemasan yang mementingkan gaya menjadikan pengguna tidak mempercayai harganya dan

Spesifikasi LG KP500

l Sambungan: Quad-band GSM, GRPS/EDGEl Kamera : 3MP l FM radiol Paparan: skrin sesentuh TFT, 262K warnal Memori: 48 MB (microSD TransFlash sehingga 8GB)

sumber : utusan malaysia online

valentine bakal menjelma...



hi all...huhuw...pasti ramai yang tunggu2 dengan kedatangan valentine esok kannn??kan??hehe...x payah tipu la...terutama sekali bagi pasangan yang tengah hangat bercinta sekarang...ceh...nak malu buat apa???ader aku kesah??haha...whatever...
ya laa...kadang2 ada jugak yang pikir...valentine?!ceh...buat ape nak sambut valentine!!korang ingat nie negeri omputih ker??sedar arr kita nie dah bertamadun babe!...haha...lawak la...

huh!bagi aku plak valentine nie sama ada korang nak sambut or sama ada korang xnak sambut..terserah jerk...ader aku kesah??ehe...kalau dulu..aku suka tengok kapel2 yang pegi sambut valentine day.rasa seronok kan..dapat tengok diorang bermesra mesraan,bagi bunga,n yang paling femes bagi present chocolate..hihi...now bagi aku tue semua,xda maknenyerr....bukan jeles ka,apakah..tapi memg x berminat....huhuw...bukan nak cakap apa..aku kan xda boyfriend..hihihi...lagipon valentine nie kalo x silap,sempena kematian paderi valentino..ok...kalo nak pastikan betul2...jom kita baca sumber2 kat bawah nie..

~Elak Sambut Valentine;s Day~
Dari sudut bahasa,valentine dalam bahasa inggeris atau valentino dalam bahasa itali adalah berasal daripada sebuah keluarga berbangsa Rom iaitu Valentinus yang juga berasal daripada Latin iaitu Vanes yang bermaksud,kuat,aktif,sihat dan seumpamanya (laman web behine the name : the emotology and history of the name)
Menurut sejarah pula, perkataan valentine di ambil sempena nama paderi besar kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu Saint Valentine. jasa beliau yang telah menumpaskan kerajaan islam di Cordova Sepanyol pada 14 Febuari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dia anggap sebagai kekasih bagi rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14 Febuary di sambut setiap tahuh di Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut yang di panggil Valentine.

~Hari Kekasih bukan budaya kita~
1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR

(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:
Saya ingin mendapat penjelasan tentang perayaan Valentine's Day yang semakin membudaya dalam masyarakat kita. Untuk pengetahuan tuan, perayaan ini diadakan menjelang tarikh 14 Februari setiap tahun.

Biasanya dalam perayaan ini remaja memakai baju blaus merah, meniupkan belon warna merah bertulis I Love You menghias kediaman dengan bunga-bunga ros, melukis tanda Love pada tapak tangan dan berbagai-bagai aktiviti yang melambangkan cinta. Remaja biasanya lebih ramai terlibat dengan perayaan ini.

Sambutan Valentine's Day sejak akhir-akhir ini sangat diminati remaja dari pelbagai bangsa dan keturunan. Harap mendapat penjelasan dan ulasan tuan.
LIYANA, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Memperingati hari kekasih atau Valentine's Day bukan budaya Islam dan tiada hubungannya dengan ajaran Islam yang dianuti orang Melayu. Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun, adalah suatu budaya yang dihayati orang Barat yang sudah kekeringan kasih sayang, akibat nilai-nilai agama yang sudah lama ditinggalkan.

Sebelum saya memberi ulasan dan jawapan mengenai sambutan Hari Kekasih dari perspektif Islam, sama-sama kita telitikan asal-usul sejarah, siapa, bagaimana dan apakah latar belakang yang berkaitan dengan perayaan dan mewarnai pemikiran pengamal-pengamal Hari Kekasih atau Valentine's Day ini. Banyak sumber membicarakan asal usul hari ini. Saya kemukakannya di sini maklumat yang saya peroleh daripada sumber-sumber buku dan ensiklopedia yang sempat saya baca.

Sejarah asal hari ini mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 abad yang lalu. Perayaan ini pada mulanya diperkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan.

Antara legenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya dipercayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios datuk bandar Rom, pernah disusuli seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tanaga dan fikiran yang luar biasa.

Orang Rom menjadikan peristiwa yang berlaku pada tarikh 14 Februari itu, sebagai sejarah bagi perayaan tahunan mereka yang diadakan secara besar-besaran. Antara upacara rasmi pada hari itu ialah menyembelih anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada badan dua pemuda, kemudian dibasuh dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, kedua-dua pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing yang disembelih dan masih berlumuran darah, mereka mencalit darah itu kepada siapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis bangsa Rom sangat suka jika badan mereka sempat dicalit darah oleh dua pemuda itu, kerana dipercayai mereka mampu mengandung dan tidak akan mandul lagi.

Sumber-sumber juga menyatakan, Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Sumber-sumber menyatakan lagi, antara kepercayaan orang Rom pada ketika itu, ialah menulis nama remaja wanita pada sehelai kertas, kemudian digulung beberapa helai lagi kertas kosong yang tidak bertulis apa-apa, lalu diletak di atas meja, kemudian dipersilakan remaja lelaki yang berhasrat kahwin wanita itu mengambil sehelai kertas yang disediakan. Jika namanya keluar kepada mana-mana lelaki yang mengambil kertas yang tertulis namanya, lelaki berkenaan diberi tempoh setahun untuk bercinta, sebelum perkahwinan diteruskan atau majlis seumpama itu diulangi lagi pada tahun-tahun hadapan.

Setelah sekian lama budaya ini berjalan dalam masyarakat Rom, kalangan ahli agama Kristian menyatakan rasa kurang senang mereka dengan budaya ini, lalu perayaan hari kekasih ini diharamkan, kerana ramai muda mudi menjadi rosak akhlak, akibat budaya buruk ini. Tetapi budaya ini dihidupkan semula pada abad ke-18 dan 19 Masihi, iaitu dengan mencetak kad-kad Valentine yang mengandungi

ucapan-ucapan seperti Happy Valentine's Day and I'll always love you, will you be my valentine? dan sebagainya.

Berpandukan fakta dan maklumat ini, saya berminat menarik beberapa kesimpulan berikut:

Pertama, perayaan Valentine's Day mempunyai hubungan kepercayaan dengan agama berhala yang memuja patung. Amalan memuja patung dan berhala dalam Islam adalah salah dan berdosa besar. Dosanya tidak diampuni Allah, kecuali dengan taubat yang suci dan bersih.

Kedua, sejarah asal kelahiran perayaan ini dipercayai ada hubungannya dengan kisah dongeng, iaitu seekor binatang ganjil menyusukan datuk bandar Rom, lalu memberi kepadanya kekuatan tenaga dan fikiran. Kepercayaan ini bertentangan akidah Islam yang mempercayai bahawa Allah jua yang memberi kekuatan kepada hamba-Nya.

Ketiga, ucapan perayaan yang dilakukan dengan menyembelih anjing dan kambing, kemudian melumur darahnya kepada badan dua pemuda dan membasuhnya dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah bandar, kemudian mencalit badan siapa jua yang sempat dicalit dengan darah anjing dan kambing adalah suatu amalan kotor dan keji dari segi Islam.

Keempat, ramai penganut Kristian meragui kesahihan St. Valentine mempunyai hubungan dengan amalan pemujaan patung dan berhala. Jika sumber-sumber Kristian meragui kebenarannya, maka orang Islam lebih wajar menolak perayaan itu, kerana ajaran hendaklah berasaskan berita yang sahih dan benar.

Kelima, perayaan ini pernah diharam oleh paderi-paderi Kristian di Itali pada suatu ketika dahulu, dengan alasan ia banyak merosakkan akhlak muda mudi mereka. Umat Islam sepatutnya tidak mengambil apa yang buruk dan diakui keburukan oleh pengamal-pengamalnya sendiri. Sebaliknya mereka disuruh mengambil langkah-langkah mencegah perbuatan seumpama itu, atas nama amar makruf dan nahi mungkar.

Sebagai seorang muslim, mungkin kita bertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain. Bagi menjawab kekeliruan ini, saya katakan:

1. Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatinya oleh nabi. Dalam sebuah hadis, baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya fitrah dan Hari Raya korban. (al-Bukhari 952, Muslim 18920.

2. Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin atau penyembah berhala. Sesiapa meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat al-Quran dan hadis melarang amalan meniru, seperti sabdanya: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu.

3. Percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah berjalan di bawah payung imam dan takwa.

Berpandukan alasan-alasan tersebut di atas, ulama Islam sepakat memfatwakan haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih, menyambut ucapan dan melakukan perbuatan yang menjadi syiar hari itu, seperti menghadiah bunga ros, meniup belon merah, memakai blaus merah dan sebagainya. Antara ulama yang memfatwakan haram menyertai perayaan ini ialah Dr. Saud Salleh dari Universiti Azhar, Syeikh Uthaimin dari Majlis Fatwa Saudi Arabia, Syeikh Jabrin dan lain-lain.

Saya sangat cenderung kepada fatwa mereka, kerana budaya Melayu dan agama Islam sudah cukup bagi mengeratkan hubungan kasih sayang dan tolong-menolong sesama manusia. Nama Hari Kekasih atau dalam istilah asalnya Valentine's Day cukup menggambarkan bahawa perayaan ini terasing daripada budaya Islam.

Ibu bapa yang beragama Islam seharusnya tidak memberi kerjasama kepada anak-anak remaja mereka ikut serta dalam perayaan ini. Mungkin imam-imam masjid juga dapat membantu menyebarkan kefahaman yang betul menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah agama, sebelum budaya ini membesar dalam masyarakat ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara yang mengemukakan pertanyaan, semoga Allah memberi hidayah dan taufik. Wallahualam.

Segala kemusykilan hendaklah dihantar kepada:

Mingguan Malaysia,

46M, Jalan Lima

off Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur.

E-mel: astora_jabat@yahoo.com.


~Valentine's Day dari pandangan Aqidah,Syariah dan Akhlak.~

Feb'05, 2008

Mutaakhir ini, apabila tiba sahaja bulan Februari akan timbullah pelbagai iklan, promosi, tawaran hebat, dan lain-lain lagi bagi meraikan ketibaan Valentine Day pada 14 Februari. Kebanyakan anak-anak muda yang sedang dilamun cinta menantikan kedatangan hari tersebut untuk meraikannya bersama buah hati yang tercinta. Hotel-hotel, kedai-kedai bunga, makanan, pakaian, dan juga media massa sibuk mempromosikan sambutan hari tersebut. Pelbagai movie menarik yang bertemakan ‘romance’ dihidangkan sepanjang bulan bagi menghangatkan lagi suasana. Pemuda-pemudi Islam juga turut sama menyambut hari Valentine ini yang begitu asing bagi Agama Islam itu sendiri.

Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.

Menurut beberapa laman Web yang mempromosikan sambutan Valentine ini, nama penuh sambutan ini ialah Saint Valentine’s Day. Ia bermula pada zaman Empayar Rom. Di zaman purba Rom, 14 Februari merupakan hari cuti bagi memperingati seorang permaisuri dewa-dewi Rom yang bernama Juno. Masyarakat Rom mengganggap beliau sebagi dewi kepada wanita dan perkhawinan. Pada hari yang berikutnya iaitu 15 Febuari, bermula pesta Lupercalia. Pada zaman itu, pemuda dan pemudi tidak dibenarkan bercampur. Walaubagaimanapun, pada malam sambutan Lupercalia, nama pemudi ditulis di atas sekeping kertas dan diletak di dalam satu balang. Setiap pemuda akan memilih nama-nama pemudi yang terdapat di dalam bekas tersebut dan nama yang tertera akan menjadi menjadi teman kepada pemuda tersebut sepanjang pesta Lupercalia. Bahkan kadan-kadang akan menjadi teman sepanjang tahun dan biasanya mereka akan jatuh cinta lalu berkhawin.

Di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang zalim, Rom terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Beliau berpendapat sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menyertai askar ialah kerana mereka sukar meninggalkan buah hati dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Calaudius telah membatalkan semua perkhawinan dan pertunangan bagi masyarakat Rom.

Saint Valentine adalah salah seorang paderi Rom ketika itu. Dia dan seorang paderi lain yang bernama Saint Marius telah membantu para pejuang Rom yang ‘Syahid’ dan secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan Rom yang ingin berkhawin. Dengan sebab kesalahan ini, beliau telah tangkap, dipenjara, dan dikenakan hukuman bunuh. Beliau dianggap syahid oleh orang-orang Kristian pada 14 Februari sekitar tahun 270 M. Pada tarikh tersebut juga, berdasarkan kepada amalan purba Rom, diadakan sambutan Lupercalia dimana pemuda akan mencari pasangan. Paderi-paderi Kristian mahu memasukkan ke dalam perayaan tersebut unsur-unsur Kristian lalu diberi nama Saint Valentine’s Day.

Menurut satu versi, semasa Saint Valentine berada di dalam penjara, ramai golongan muda menziarahi beliau sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorangnya ialah anak gadis kepada salah seorang pengawal penjara. Beliau dan gadis tersebut sering berbual. Gadis itu memberikan sokongan kepada beliau sehingga beliau merasakannya dirinya kekal bersemangat. Pada hari beliau dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan satu nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan “Love from your Valentine”. Dipercayai nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.

Itulah serba sedikit sejarah permulaan Valentine’s day dan sambutan ini semakin hari semakin berkembang di dalam masyarakat kristian sebagai memperingati perjuangan Saint Valentine sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Sambutan diadakan dalam pelbagai bentuk yang bertemakan cinta berdasarkan naluri seksual antara lelaki dan perempuan yang bukan suami dan isteri. Ucapan, perjumpaan, parti dan lain-lain acara diadakan bagi menghangatkan sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada sejarah, cara, dan tujuan sambutan, ia nyata sekali bercanggah dengan Islam dari sudut Aqidah, Syariat, dan Akhlak.

Dari sudut Aqidah, sambutan ini diadakan bagi memperingati seorang tokoh agama Kristian yang telah memperjuangkan kebebasan kepada penganut Kristian dan bukannya semata-mata untuk meraikan kekasih. Tambahan pula ianya disambut oleh orang-orang Kristian dan ada sangkut paut dengan keagaamaan Kristian. Orang Islam dilarang sama sekali untuk sama-sama melakukan sambutan sama seperti sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sesiapa yang melakukannya dalam keadaan sedar dan maklum tentang implikasinya akan mengakibatkan aqidahnya rosak.

Dari sudut Syariat, kekasih adalah satu perkataan yang asing bagi Syariat Islam yang suci ini. Apatah lagi meraikannya. Islam melarang penganutnya bercinta berdasarkan naluri seksual sebelum mereka sah sebagai Suami Isteri. Islam telah menggariskan batas dan sempadan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti menjaga pandangan, menutup aurat, tidak boleh bergaul bebas dan seumpamanya. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai keinginan untuk menjalin cinta dengan seseorang perempuan ajnabi, Islam menganjurkannya supaya segera berkhawin sekiranya mampu. Andainya tiada kemampuan, Islam menggalakkannya berpuasa kerana puasa itu akan membantu memelihara diri dan melemahkan nafsu.

Dari sudut akhlak pula, sambutan ini akan menggalakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat dan melemahkan institusi kekeluargaan.

Para Ulama’ semasa juga telah mengeluarkan fatwa agar umat Islam tidak menyambut Valentine’s Day ini. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa berikut: “Seseorang Islam dilarang menyambut dan memberi ucapan sempena sambutan ini.” Al marhum Sheikh Muhammad al Uthaimeen juga telah mengeluakan pendapat menegah umat Islam menyambut sambutan ini. Beliau telah menyatakan: “ Seseorang Islam mestilah bangga dengan agamanya dan tidak boleh mengikut orang lain secara membabi buta”.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang.

Wallahua’lam

Entry Filed under: Islam. .

huhuw..apapon...valentines aku x kisah....janji hidup mesti enjoy dengan apa yang kita buat...dan jangan pulak membelakangkan batas2 agama...renung2kan..dan selamat beramal..

Thursday, February 12

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang
dan Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra
kepadaTuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembahSeluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

















~ A. Samad Said