Sunday, March 27

Budak Nakal

Adush..hari-hari seperti ini memang membosankan..hari sabtu aku cuti. Jadi seharian di rumah memang kerja aku makan jak. Tapi malam aku tak makan..cet nak kontrol la tue..hehe..

Tapi pagi tue ujan. Aku pula terpaksa membangunkan diri seawal 7pagi. Nak pergi pasar,nak cari bahan-bahan nak buat soto untuk jamuan esok.

Jamuan?? Iya jamuan perpisahan aku dengan skor la kononnya..cet! buang masa jak kan..nak makan soto mak aku cakap jerk la,nie nak bagik alasan nak buat jamuan..huhu..

Lagi membosankan. Aku punya tunggu elyana dalam tv3 dengar-dengar ada show dalam muzik-muzik 26. mana? Aku tunggu. Aduii...tak muncul jugak.

Sambil menekan-nekan keybord depan komputer,mata di tv datang pulak sms. Nak datang interview esok (ahad) nak kerja ganti aku..hehe..

So buat kawan baru kita selamat menjadi warga skor. Itu pun kalau lulus temuduga la ya cik..hehe..good luck!

Diam.

Tiba-tiba teringat dekat budak nakal seorang nie hah..nakal sangat-sangat. Dan sekarang dia dah pandai buat bising,umur pun dah setahun apa tak nya..huhu..nakal kamu ya keponakan..!



Tiba-tiba juga teringat dekat seorang angle kecil di semenanjung sana..huhu bila ko nak datang sini???tak sabar nak cium ko!!


Friday, March 25

Dia masih peduli.

Dia lagik! Gadis itu koling aku. Baru semalam entah beberapa hari lalu gadis itu sms aku. Tapi sms nya aku tak replay. Resah untuk membalas sms nya. Kenapa tiap kali namanya di skrin hp aku,aku jadik marah,sakit hati,dan berkeceramuk. Kesian pun ada dengan gadis ini.

Angkat ke tak?..angkat jerk la..dengan suara yang konon-kononnya sibuk aku menjawab panggilannya. Macam aku dah agak dari awal kenapa dia koling!

Oya! Hari ini 25hb. Yeah!!! Gaji kamu cik???! Patut koling aku..hehe..soalan macam biasa yang aku dengar tiap-tiap hujung bulan macam ini.

Kak sue,sibuk?
mm..adalah jugak.napa?
owh..iyaka??mm…kau mau makan?makan apa?
mmm..tak apa la cik.kenyang.
owh..iya.tak pa la..

tuttt.

Dan kali ini aku tolak pelawaannya. Tak macam selalu. Kfc ya cik makanan hujung bulan macam ini.hehe..sedangkan hari ini aku belum makan lunch lagi..huh laparnya..

Aku pulak masih bernada kesal dengan penolakan itu. Aku sms dia agar dia tak terasa penolakan aku tue. Mungkin dia rasa tersisih dengan aku. Mungkin. Jadi aku sms dia.

Jd ko blik bsk cik?bila ko pulg cni blik?
Aq blik sdkn jap g..ahad aku blik kk..
Oh,ok.tc.
……1/2jam…
Selasa depan aq ambk c ros..nnty aq free jln kta dgn peah jg ah..k..gd luck keja bru ya.. mnta maaf slh n silap ku kat kmu.. slm.

Aku tahu macamna peritnya perasaanmu,tapi adakah kamu tahu bagaimana perit perasaan kami tika itu?aku ingin buang ia jauh dari hati,tp dendam ini masih bersisa,sakit bila mengenang apa yang telah kau tubakan terhadap diriku.

Oh,mintak maaf, aku lupa yang kau pernah malu di hadapan kawan-kawan bf mu kerana berkawankan sahabat seperti kami.

Habis.


p/s. harus bagaimana? Perlukah dibuang jauh dendam dan sakit hati ini?

Ingin bermula kembali

Ya. Hari itu aku mendapat berita baik(isnin). Yang tersangatlah aku suka akan berita itu.

Bermula kelmarin. Ada seseorang menelefon aku. Seorang gadis cina. Dia menyuruh aku untuk datang temuduga pada hari esoknya(selasa) jam 11am. Tepat. Dan aku tak dapat janji untuk datang setepat itu kerana lokasi syarikatnya aku tak pasti. Dan aku dengan mulut yang tak berbasi terus mencadangkan agar temuduga itu jam 8 pagi. Senang untuk aku mencari tempat itu.

7.00am. aku mengsms rakan aku yang seorang kononnya ada kereta jadi dengan muka tak tahu malu aku menyampaikan hasrat untuk memintanya menghantar aku. Kebetulan! Dia tak kerja hari ini. Tapi….dia ada urusan dan semestinya acap kali aku mengajaknya mesti berbagai-bagai alas an yang timbul..oh aku terlupa,dia sesebok benar! Dan dia lebih sebok dari seorang usahawan yang Berjaya..hoho..aku terkena. Tak pa.

Cari akal lain.

Aku dengan muka selamba teringat dekat kakak aku. Ya. Aku bawa dia jalan ke kkip. Dan yang pasti bukan naik kereta. Tapi jalan kaki..hoho..begitu baik akal aku.hehehe..

Jalan punya jalan dekat setengah jam. Berlalu lagi sehinggalah tepat jam9. Tepat aku sampai.

Tanya receptionist,dia suruh aku isi form. Macam biasa. Situasi yang entah ke berapa kali aku buat dan aku terkena. Tapi jawapannya tak pernah berjawab.mmm…

Jumpa miss bong. Gadis cantik. Elegen. Lawa. Wow! Dia yang koling aku beberapa kali semenjak kelmarin.hehe…sorilah miss bong susahkan kau..hehe..

Kamu kerja ranhill??
Owh.tidak. sudah lama berhenti
Why??
Tamat kontrak miss.
Ok.

Dan semestinya dia peramah. Gadis itu baik. Umur dalam lingkungan 30 kot..layakkah aku panggil gadis??hehehe…macam belum berkahwin jek.hehe.

Dia seorang yang baik. Tak pa,nanti kalau sue tak tahu,kami boleh tunjukkan. Kerjanya tak la susah sangat dan senang di fahami. Sue minat math kan? Sue jadik assistant pada accnt kami jerk. Boleh la..

Dan tiba ke sesi soal jawab.

U nak Tanya apa lagi?sebelum kita tamatkan?
Berapa gaji? >dengan muka tak tahu malu..hoho.
I bagi u 7.
Tak boleh naik?>tak tahu malu lagik
Boleh.kami tengok keja u dulu,kalau bagus dan bersesuaian kami akan naikkan.itu janji kami.
Oke.bila start?
Bila u bole?
1st april?
Oke! Kalau sy nak u esok?
mmm…I kena minta notis seminggu.
Oke.tak pa…kita jumpa 1st april.
Tq miss.
Oke sue.

Ya. Dan semestinya 1st april akan bermula hari baru aku. Dengan kerja yang baru aku nak mulakan..yeah! dapat pengalaman lagik. Tq miss bong!



p/s jahat kamu ya cik. Tak mau kawan kamu lagik!!

Monday, March 14

Pilihan di tanganmu.

Kamu berdepan situasi antara dua pilihan. Meski kamu tidak dapat memilih kedua-dua pilihan menjadi muktamad,kamu mahukannya,kamu mengeluh akannya, kamu buntu memilikinya.

Sekarang pilihan itu di tanganmu. Sama ada kamu raba,kamu sentuh,kamu pandang,eloknya kamu dengar pendapat dari kawanmu. Terdekat. Tapi kamu masih juga tidak dapat memilih. Maka kamu lopong pandang pada satu arah kiblat yang akan memberi tahu makna dari kedua-dua pilihan tersebut. Meski bicaramu tidak bersambut seperti yang kau inginkan. Kosong. Kamu mengeluh lagi. Maka bukakan mata hati kamu,usah berdalih dan merungut teruskan memandang dengan hati yang terbuka.

Sungguhpun begitu,kamu masih dapat memilih. Lihat di sana. Siapa yang harus di perdagangkan pada satu arah tujuan hidupnya. Dia tidak dapat memilih pada ketentuan yang telah di tentukan dari pemerintahnya sendiri,bukan dari dia kerana hidupnya sudah di tentukan menjadi tawanan pada hati-hati busuk penuh keji dan serba kedaifan lantas maruahnya tiada nilai harga.

Kamu pandang lagi pada diri kamu. Terang lagi celik awalnya. Yang kamu katakan kamu seorang yang idealisme,kamu seorang yang berjiwa kental,kamu seorang yang punya bakat,kamu seorang yang cerdik. Tapi kamu lupa,kamu lalai dalam satu hal meski kamu sudah meninggalkan hidup silam kamu yang penuh dengan warna kehitaman yang pelanginya timbul pada hari semalam membawa kamu kepada warna warni kehidupan sebenar,kamu lupa memandang masa silam kamu. Bagaimana kamu naik merangka awalnya,meninggalkan jiwa-jiwa yang raung kerana terpaksa berpisah dengan kamu. Sedarikah kamu?

Pemerintah tidak selalunya menang atas dasar pemerintahannya yang di katanya betul,keras dan kuku besinya. Malah pemerintah jiwa yang betul telus lagi saksama atas dasar jiwa murni seorang pemerintah juga bukan satu alasan mengapa seseorang itu pemerintah yang berjaya. Bukan. Kamu silap. Kamu juga harus tahu kamu seorang pemerintah bagi diri kamu,seluruh tubuh badan kamu seperti hidung,mulut,telinga,tangan,kaki,hati kamu. Dan asalnya bukanlah hati bagi kunci pemerintahan yang benar,tapi akal kamu di campur gaulkan sehingga hati kamu bermain bersamanya. Maka jadilah kamu seorang pemerintah yang berjaya bagi diri kamu. Begitu juga bagi sesuatu keputusan yang kamu lakukan.

Kita sambung. Antara dua pilihan. Kamu nampak jawapannya? Jika nampak,yang mana kamu pilih? Bukan bermakna tidak membuat keputusan adalah seorang yang gagal. Tapi seorang yang takut menghadapi ketentuan yang telah di tentukan sebenarnya oleh Tuhan. Maka golongan ini sentiasa rugi,sedari itu kamu perlu tahu dan bijak untuk membuat sesuatu keputusan. Kerana keputusan itu bakal membuatkan kamu kehilangan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lebik baik.



p/s lari daripada masalah,adalah seorang yang gagal membuat sesuatu keputusan dalam hidup.