Showing posts with label Duniaku. Show all posts
Showing posts with label Duniaku. Show all posts

Tuesday, June 3

Si penduduk kampong

Lepas satu
Satu.
Lepas satu
Satu.
Lepas tu jadi banyak.
Bertimbun-timbun.
Serumpun.
Malah berkampong.
Aku
Bila-bila masa saja akan jatuh
Tersembam ke bumi
Sambil yang lain tertawa
Si penduduk kampong.

Monday, June 2

Ini bukan puisi

Aku.
Menulis sebab mahu.
Meski
Tiada ilmu yang di bekal kan.
Tiada bacaan yang aku rujuk.
Tiada dewan bahasa dan pustaka untuk mencari bahan.
Aku
Cuma ada telefon bimbit.
Yang aku bawa ke sana ke mari.
Bila aku nak membuah akal kan fikiran, aku buka mobile data
Aku google dan log in
Blogspot.
Cuma untuk aku.
Bukan untuk kamu.
Cuma untuk rasa berkongsi dalam laman sendiri.
Aku.
Semakin jauh dari asal ku.
Aku.
Semakin hilang.

Jangan tunjuk ke arah ku

Bila kau dah tahu
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah nampak
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah fahami
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah menyesal
Ini bukan salah aku.

Bila kau dah rela
Ini bukan salah aku.

Main jauh-jauh
Kerana bukan aku yang pelawa kau dulu

Main jauh-jauh
Kerana bukan aku yang menyerumu

Main jauh-jauh
Kerana rasa ini semakin tawar.

Aku

Aku. Yang ada cuma tubuh.
Bahasa tubuh yang aku lenggokkan
Buat kamu mengerti
Tapi tak pernah peduli.

Aku. Yang ada cuma tubuh.
Beri kamu segalanya
Sampai aku hilang harga diri
Buat kamu mengerti
Tapi tak kamu fahami.

Aku juga ada hati kecil
Yang perlu di jaga
Kerana ia mudah terasa
Sampai esoknya mungkin
Takkan kau rasai.

Aku tak pernah ambil peduli
Siapa kau dengan aku
Siapa dia dengan kau
Sehingga aku lupa
Wujudmu tak di sini.

Aku juga semakin hilang
Bila diri tak lagi aku temui
Di sini ataupun di sana
Tetap hilang dan terus hilang
Buat aku jadi lupa
Siapa aku sebenarnya.

Saturday, May 31

Kau tidak punya siapa2

Malam. 31hbMei. 11:20pm.

Datang kau tidak pernah aku undang. Malah pergi mu juga tidak pernah aku usir.

Aku. Sesekali ingin mencuba menjadi yang terbaik. Dalam hidup mereka.
Malah dalam hidup kamu.
Sehingga aku lupa pada diri
Kerana aku mementingkan mereka dan kau.

Tapi aku hairan dengan situasi ini. Keadaan ini. Masa ini.

Jika berbuat baik pada mereka dan kau, kita akan di balas baik. Itu doa seorang rakan yang aku tak kenal suatu ketika dulu. Sungguh aku tak kenal dia. Tapi kata2 nya membuat aku sedar aku hidup ini bukan untuk aku. Tapi untuk mereka kau dan orang yang ada di sekelilingku.

Aku tunggu balasan baik itu. Sebab aku ingat tiap perkara yang aku lakukan. Tapi aku terlupa tiap nyaa..atau aku sudah terlalu jauh terlupa. Yang aku ini terlalu meminta minta di berikan balasan baik itu. Sehingga dalam jangka aku terfikir, ikhlas kah aku berbuat baik???

Aku lupa keseluruhannya. Aku lupa diri. Aku lupa siapa aku. Aku menjadi malu pada diri. Tuhan, tolong hamba-MU ini yang seringkali lalai dalam menjalankan tanggunggjawab yang telah ENGKAU berikan.

Dan kenapa Tuhan menguji kita, tiap apa yang ada pada kita...dia ambil perlahan2 atau terus sehingga aku tak ada apa2 saat ini. Jujur. Aku tiada apa nak kongsi. Aku tiada apa nak cerita lagi. Aku tiada apa nak beri. Mungkin ini kita perlu berbagi.

Kita perlu berkongsi. Kita perlu memberi.
Ambil lah. Ini bukan milikk aku. Ini bukan hak aku. Ini bukan untuk aku. Ini bukan jodoh aku. Ini bukan rezeki aku.

Tapi aku yakin. DIA menjanjikan yang terbaik untuk aku. Suatu saat nanti, bila aku sudah bersedia untuk keadaan itu.

#terimakasihALLAH

Saturday, May 24

Ini belog aku

Aku cuma mahu katakan
Aku bukan sebaik shakpears
Untuk mengarang puisi2 yang hebat2 belaka
Bukan juga seperti fynn jamal
Yang ada saja idea nya dari terus keluar
Dari ruang kepalanya
Dari otak2 mereka
Tapi aku cuma mahu katakan
Aku seorang yang suka menulis
Dengan apa yang aku rasa sekarang
Situasi ini
Untuk aku sendiri
Walau dahulu pernah aku katakam
Aku menulis untuk semua
Tapi sekarang aku menulis untuk diri aku sendiri
Laman aku sendiri
Sebab ini belog aku yang punya
Jadi aku bebas menulis untuk diri aku sendiri.

Jangan marah aku.
Jangan lagi di rentap jiwa ini.
Cukup sampai di sini.

SAng Hati

Seperti hari yang semalam,
Kau seperti bayang yang singgah dalam lena,
Saat semuanya jaga maka matilah bayang itu,
Saat itu baru aku menyesal,
Mimpi itu bukan milik aku.

Seperti semalam,
Surat yang aku layangkan
Aku jenggah kembali
Dalam laman masej muka buku
Tapi,
Masih tiada balasan
Untuk 5tahun yang lalu.

Seperti semalam,
Hati ini masih tiada peganti
Walau di cuit rasa nya sedikit
Tapi masih rasa kekosongan itu
Bila di main rasa ini
Aku semakin hilang.

Dalam hati
Kalau kamu jodoh
Datanglah kepadaku
Kalau bukan
Jangan mainkan lagi hati ini
Hanya kepada sang hati
Untuk rasa berteman dalam suka dan duka




 

Ulang Tahun ke-26





Ya,ulang tahun kali ini aku bersama abangku dan keluarganya menghabiskan malam sabtu makan bersama-sama..bukan seperti selalu aku bersama keluaga. Tapi sendiri. Di kota ini. 

23 Mei 2014. Aku masih berseorangan. Dan seperti kata mereka yang masih tak habis2 nak mengejek,mengutuk, yang aku tak punya boyfriend lagi...arghh stress!!! Tapi aku bebalkan telinga,walau dalam hati hanya ALlah je yang tahu..sedeh!

Hari ni 24 MEi aku duduk dalam train. Menunggu gerabak ini berhenti ke destinasi. Kot2 ada yang menyinggah di hati pada kali ini..heheh...

Aku semakin bosan. Bosan dengan keadaan ini. Situasi ini. Ok fine. Aku benci situasi ini.

Thursday, May 22

Hutan Batu.

Segalanya bermula bila aku mula menapak di Brickfields kerana menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pegawai awam yang hanya berpangkat N17. 

Aku kira kan, kehidupan semakin baik. Apa yang aku ingin rasakan iaitu kesenangan hidup sebagai seorang perantau yang aku kirakan adalah yang baik-baik belaka sahaja. rupanya tidak. Kota Lumpur ini hanya indah khabar dari rupa.
Suatu kota yang mempunyai masyarakat yang begitu mementingkan diri. Masyarakat yang sanggup menjatuhkan rakan-rakannya sendiri demi kepentingannya dan kuasanya sendiri. 

Kuasanya. itu yang aku cuba nak sampaikan. Masyarakat di sini kurang dengan sifat bersatu padunya, bekerjasamanya, kejujurannya sama sekali tiada nilainya bagi Hutan batu ini. Hutan batu. Aku mencuri kata yang di buah akal kan sendiri oleh kawan aku di post-post wechatnya. Hutan batu ini mempunyai masyarakat yang kurang peka dalam hal-hal kemasyarakatan,kemanusian. ya. kemanusiaan. aku mencari satu perkataan yang sesuai untuk aku bicarakan.

Nilai kemanusiaannya sangat rendah. Kita nampak bila tiap2 kali nak naik Ktm,LRT ( sebab aku pengguna Pengangkutan awam ini) , ada tak mereka nak hidangkan tempat duduk mereka kepada orang-orang yang lagi memerlukan?? tak kan. ada yang sanggup berpura-pura tidur agar mereka terus duduk tidur. 

Lagi satu, di tempat orang tak payah nak tunjuk pandai. Tapi apa yang aku perasan bila tak tunjuk pandai pun, orang akan tetap mengata kau ini tunjuk pandai. Eh, Bodohlah. akal ada ke? ke dah memang hilang sifat2 murni dalam diri kau? kau? kau? dan mereka?? memang begini ke cara pemikiran manusia hutan batu ini?? eh pegi mampos! Tak payah nak tegakkan benang yang basah. Sebab aku dah terkena. dan terkena. beberapa kali. sampai kan aku dah naik menyampah dengan manusia2 ini. memang hutan batu macam ni? kesian kau hutan batu. 

Manusia moden yang tinggal dalam hutan batu pun takkan akalnya di curi oleh katak yang masih di bawah tempurung?? Memang bagus untuk berkejar-kejaran di hutan batu ini, tapi janganlah sampai sanggup menjatuhkan orang lain dengan cara yang salh. menjatuhkan orang itu juga adalah salah! Jadi berfikirlah selaras dengan umur yang sudah meningkat naik. Faham-Faham sendiri la.

AKU TAK KACAU KAU, JADI TOLONG JANGAN KACAU AKU. HORMATI AKU SEPERTIMANA AKU HORMATI KAU! KAU TAK LAYAK UNTUK DI HORMATI JIKA BEGINILAH CARA MU.






 

Friday, May 9

Burung Hinggap.

Burung hinggap. memang tak menjanjikan apa-apa. tetapi memberikan aku harapan. sedikit pada hati yang tulus. Burung hinggap tidak pernah kejam. Meski dia di kecam oleh mereka kerana melukakan satu hati itu. Burung hinggap. Kau harapan pada satu hati yang menanti. di sini. Meski kau sudah melupakan. tapi.. hati ini tidak pernah mati untukmu. Kembalilah. aku masih di sini.

Sunyi.

Sunyi. aku rindu perasaan itu. Bila aku fikir bali. aku kehilangan rasa itu. lama. terasing. merajuklah ia padaku. mahu saja aku bunuh rasa ini. kerana ia sakit. mencucuk-cucuk di dada. kerana mungkin ia terpendam. sunyi. kerana aku sudah terlalu lama tidak berada dalam zon itu. rindu. semakin menerjahku. mungkin aku terlalu biasa dalam keadaan yang stabil-senang. hasil dari apa yang aku usaha. meski aku merangkak dengan usaha yang aku perbuat dahulu. biar kecil. biar tak di nampak. biar tak di mengerti. buat kamu. buat mereka. dan buat dia. tapi.... semakin ada yang kosong. ntah apa yang aku cari. tak pernah aku jumpa. semakin hilang. tak mengapalah,akan aku usahakan lagi. sunyi. jangan kau merajuk lagi, aku datang menjengukmu. pada tiap malam ku.

Tuesday, May 28

Jenguk blog sendiri....aku dan dunia ku.

Rasanya lama tak update blog kan...bila masuk balik kat sini rasa asing pulak..huhu tak tahu part mana yg asingnya..
Mula-mula tu rasa nak delete je blog nih dan buat blog baru ye laa dah tak nak pandang kat belakang nak buat buku baru pula..tapi rasanya biar je la kot kan. Yang lalu tu kita jadikan pengajaran dan tauladan utk kita sedar diri yang kita nih tak boleh nak lupakan mana usal kita...meski hitam kita tetap laluinya kerana pengalama tu akan mematangkan kita.

Berceloteh la pulak aku ntah angin mana ntah yang buat aku mengarang cerita ini.

Tapi sungguh aku rindukan dunia penulisan ini..yang teramat pula tu...huhu..rasanya dah hampir 2tahun aku tak mengarang wow! Ye ke? Ce tengok last update blog bila??? Huhuuu...tipu sangat..mengarang bagi aku sesuatu yang indah. Terasa diri di bawah pengaruh fantasi..ceh fantasi sangat..dah namanya fantasi yang korang percaya buat apa..hahaha..tak perlu baca sangat cerita aku nih...

Dan di sini aku mula percaya dengan semangat yang baru aku akan lebih yakin pada diri. Cehhh tetiba buat apa?! Hahahha.....

Monday, May 23

23Tahun Sudah!!

Warrrgghhhhhhh!!! Aku dah masuk 23 tahun la…maknanya sudah 23tahun aku hidup,sudah 4tahun aku tinggalkan alam persekolahan,tinggalkan kawan-kawan lain…uragghhhhhh…aku dah besar dan semakin membesar lagi…huhuk.

23tahun??? Ya percayalah yang aku sudah 23 tahun dah pun..aku rancang masa zaman sekolah dulu,20tahun aku dah boleh carik rezeki sendiri-ok! 23tahun sudah ada kerjaya yang stabil-ko! Alamak…dan 25tahun….ntahlah aku pun tak berani nak merancang nie..uhuk!

Alamak makin lama makin dewasa la pulak kan..tapi kepala otak aku nie sikit pun tak ada percambahan,yang aku nampak badan tue memang la! Uwarggghhhhh..apa aku nak buat nie,umur makin lama nak meningkat..sambung belajar pun tak dapat-dapat nie..aighhh…malas la nak sambung lagik. Kawan-kawan banyak yang dah graduet..bagus lah kan! Dan untuk si bakal guru kita,semoga menjadi guru yang berdedikasi..kalau pelajar buat hal ko hantam jak bro..!hahah..

Alamak….23 tahun! Alhamdulillah..syukur aku masih bernafas lagi di muka bumi yang aman ini..Semoga apa yang aku lakukan selama ini mendapat berkat dari Allah S.W.T. amin..

Monday, February 14

Entah hari ini macamana..

Hari ini membuat aku resah bila berhadapan dengan satu keadaan yang akan menentukan jalan hidup aku…sama ada keputusan temuduga itu lulus ataupun tidak aku berserah kepada-Nya.
Hampir beribu-ribu kali aku dapat panggilan temuduga namun masih tiada yang replay segala jawapan aku itu..adui betapa payahnya nak dapat kerja yang lebih baik. Satu-satu aku dah cuba,nak kata aku nie memilih kerja tak la jugak semua keja aku dah cuba tapi nasib masih tidak menyebelahi aku..kadangkala aku bosan dengan panggilan-panggilan dari SPA..contohlah aku dah cuba jawatan pembantu tadbir 2kali,itu belum lagik orang-orang lain masa aku mendengar keluhan-keluhan orang lain pasal temeduga mereka..ada yang 4kali,ada yang 3kali…aku rasa keputusan kali ini pun tak dapat macam dua tahun yang lalu…masa tu aku masih mentah nak jawab segala macam pertanyaan-pertanyaan mereka (pegawai terbabit)

Dan aku masih teringat kata-kata pegawai tersebut menyebabkan tiap kali aku nak masuk bilik temuduga aku mesti terbayangkan wajahnya yang garang dengan misai yang tebal,mata yang galak…cet!

“awak keluar sekarang! dan awak tengok kat depan tu,ada papan-papan tanda berkaitan kementerian sekarang jugak saya nak awak baca semua benda alah tue dan selesai petang karang awak datang jumpa saya balik! Awak pun bukannya ada kerja kan?! Daripada awak dok membesarkan badan kat rumah lebih baik awak baca senarai-senarai kementerian kat sana!sekarang,petang karang awak dating sini balik!!”

Bodoh! Menyampah siot! Hahaha…..lucu jugak bila terbayangkan macamna rupanya marah kat aku…heheh..dia mintak 10 aku bagik 10 tapi bab nak explain tue yang aku gagal tu…hahaha…pedulik hapa aku ko nak marah marah lah…

Habis bab tue aku malas nak isi jawatan pembantu tadbir lebih baik jawatan lain..aku cuba la pulak nasib jadik jururawat…jururawat masyarakat. Ini satu hal aku mana la nak minat bab-bab bidankan orang tapi aku ikutkan jugak dengan dorongan oh bukan dorongan tapi “desakan” kawan-kawan..cet! aku terdesak??? Gila ko nak mampos aku masa tue membaca segala macam benda-benda yang aku tak berapa suka sejak dulu “sains”…subjek tue aku memang tak suka tapi masa spm dapat 3B jugak…ngee..pandai jugak aku ne..hehehe…aku dok baca la pasal darah dan jenis2nya,kitaran haid,ibu mengandung banyak lagik la….yang aku tak rasa nak baca dan langsung tak hingin nak tahu tue la plak yang dier dok soal kat aku…beku otak aku!

Adeihh..jururawat masyarakat..berapa banyak institusi jm ne kat sabah? Apa warna pakaian jm? Dekat area kamu tinggal ada tak klinik bersalin?klinik terdekat apa?kat sana berapa tahun dah beroperasi?dengar-dengar kat sana tengah dalam pembinaan buat masa nie?? Blruppp mati aku! Tue lagik satu hal…gerenti aku tak lulus…hamtam laa…dah sah!


Gagal! Aku berduka kembali…aku jenis suka pada benda-benda yang membuat kepala otak aku berserabut dengan segala macam. Contohnya pada nombor-nombor,angka..dan aku lebih terarah kepada benda begitu. Bila fikir balik lebih baik aku cuba pembantu tadbir semula dan kali ini aku telah berusaha 101% usaha yang aku lipat gandakan dari sebelum-sebelum ini..

Suatu hari aku dapat panggilan temuduga sebelun sebelum temuduga aku pada 30dis2010..maknanya bulan 11 tue lagi aku dah dapat surat panggilan….fuiyohhh…selang dua minggu aku dapat lagik surat temuduga dari SPP..tarikhnya hampir dekat dengan SPA iaitu pada 28dis2010..fuiyohhh rezeki ne dan aku tak sia-siakan masa ku begitu sahaja..aku carik segala macam maklumat yang berkaitan,aku jumpa bos aku,aku Tanya dia macam-macam soalan..aku belajar segla kementerian-kementerian yang ada..yes!haha..tiba hari temuduga masa kat SPP hari tue…ada la seorang calon kata yang membuat aku gelisah sebentar..

“kalau temuduga spp ne,untuk jawatan bahagian atasan dan segala macam yang berkaitan dengan kementerian pelajaran bukannya kita di transfer di sekolah-sekolah.itu bukan bidang spp,oke?itu bidang spa.”

Menyampahnya tengok dia…cet! Darisegi penampilan memang bergaya macam bukan dari golongan aku jerk (sabah,dan spm)hahah..memang sah! Masa memperkenalkan diri waktu tue,dier berasal dari kl,datang sini ikut suami dan bekerja sebagai…..lawak gila nak mampos aku dengar..baju mengalahkan pegawai beb rupanya kerja kat shopping complex…hahaha…siot jerk aku tengok minah ne berlagak rasa-rasanya dia tahu semua..dan lagik satu dier berkelulusan ijazah bahagian civil kalau tak silap…engineers tue huhuw…mati-mati pegawai tue gasak dier bertubi-tubi…ambek ngko!hhahah..

Aku memang gelisah waktu tue,tapi aku serius dan tak serius sangat..sempat jugak pegawai tue gelakkan aku bila aku jawab soalannya..heheh..suratni2…heheh..itu jak keluhannya kat aku…cet…mentang2 aku sorag jak stpm time tue…yang lain ijazah beb,sorang tue mcdonald nama dier,spm..sama la kami ne…hihi..aku pun tahu la nak kata apa,lulus atau tak belum ada keputusan sehingga sekarang ne..

Sekarang nie temuduga hanya memberikan satu situasi dan kalian yang merupakan calon-calon temuduga bersiap lah banyakkan tahu isu-isu semasa dan bidang jawatan yang korang ambek dia akn bagik satu situasi jadik korang kena selesaikan situasi itumengikut diri korang sendiri..jadik kenalah berfikiran kretif sikit oke!

Sama jugak masa aku temuduga spa 30dis hari tue dier bagik jugak aku situasi n yang lebih bestnya pegawai tue tak marah-marah macam 1st temuduga aku dulu kat spa..best la,soalan pown dier tak banyak Tanya dier juz Tanya berkaitan bidang tugas sahaja..so calon-calon tue pastikan anda semua bersedia dari segi mental dan jugak emosi oke…macam aku ne ada darah gemuruh sikit,tapi kenalah releks sebelum tue dan untuk jawatan pembantu tadbir anda kenalah mesra dan sentiasa tersenyum bila berada dalam bilik tue yerr…jangan jak nanti dia kata korang giler sudah la…hehehhe…

Dan sekarang aku masih menanti keputusan temuduga tue…entah lulus entah tidak tapi jangan selalu mengalah oke!....mungkin itu bukan rezeki dan mungkin itu jugak tandanya aku harus carik keja yang lain tapi aku takkan mengalah aku akan cuba lagik untuk lain kali..

One more thing,mungkin juga niat dari diri membuat usaha kita sia-sia.
So,renung-renungkan..niat memainkan peranan dalam segala keputusan yang berlaku.

Sunday, February 13

Kata patut maaf!


Tahun akhir lalu aku ada marah seorang teman...teman itu baik budinya,teman itu baik akhlaknya,teman itu penyayang orangnya,teman itu sungguh mulia hatinya..tapi keadaan yang membuta tuli membuat aku rasa mengamuk padanya sehinggahlah keadaan menjadi "mati".

Aku tidak sempurna dirinya,perilakunya,tuturnya,budinya dan aku memang angkat tinggi dirinya dari diriku..kepada mereka aku meluah tapi sayang aku terlupa yang mereka tidak sehebat dirinya bila aku luahkan masalah itu pada mereka..mereka bukan dia.

Dan aku pergi kali ini mungkin untuk selamanya,aku tak ingin berjumpa dengan dirimu lagi kerana aku takut rasa ini kembali,kerana aku takut aku akan terlalu berharap denganmu lagi..kerana aku takut aku akan terluka..benar kata seorang sampah! dia kata rindu itu adalah rasa bagi seorang yang tak berani buat keputusan.

Kini mereka dan dia telah pergi manakala aku masih di sini berteman seorang kawan kecil untuk aku melepaskan rindu pada mereka dan dia..dan kepada dia bukan aku tak mahu berteman kamu,tapi aku malu pada tiap kesalahan yang aku lakukan kepada dirimu,kamu terlalu baik pada aku dan tak mungkin aku akan melukakan hati kamu untuk yang entah ke berapa kalinya aku lakukan..aku ikutkan kata hati aku membenci tanpa rela aku membuang tanpa paksa..dan aku tak ingin ini berlaku...dan untuk dirimu juga aku doakan kau bahagia dan berjaya menjadi seorang pendidik yang lebih baik dari cikgu kita dahulu..hehe...

Maaf atas keterlanjuran diri ini..
Maaf atas segala yang aku lakukan..
Relakan perpisahan ini..
Maaf Ajis@Anuar..

Wednesday, January 13

My Family At Taska

assalammualaikum buat kalian semua..hah aku nak kongsi sama tentang citer aku kat taska baru-baru nie...
Inilah budak-budak yang aku dok jaga tue,,urmm,macam-macam karenah ada kalau nak tahu.Penat jugak menjaga diorang nie..sapa kata keja nie senang.Tapi keja nie best jugak..Best sangat-sangat.Boleh buat kita nie kembali ke alam diorang..aiseh...winkk!!
Bebudak nie aku gambar masa tengah dok tidur..huhuw..time nie aku kena tidokan diorang..payah gilak!!tapi dapat la rehat kejap sementara mulut dan teletah diorang nie senyap..huhuw..





















AKU SUKA BUDAK-BUDAK!!!!

Monday, January 4

Ku tinggalkan dan Ku temui jalan itu..

Wahh...tajuk tue..hihi,aca2 jer tue..
Petang nie merupakan petang terakhir aku di rumah..kenapa ya??esok aku dah mula bekerja kat sebuah taska..ngeeee....aku nie sebenarnya tak pandai nak jaga budak-budak nie...ini la kelemahan aku sebenarnya walaupun kawan-kawan lain nampak aku nie memang mesra dengan kanak-kanak..yer ker?bagi aku tak juga...

Esok dah mula start.Tinggal kat taska tue jugak..disediakan bilik,dan makan sekali..urm,alamatnya memang bermulalah hidup baru aku kali ini dengan kanak-kanak...
Alhamdullillah jugak la,tahu jugak sikit-sikit macamana nak jaga baby kan..hihi..
Apapun buat kalian yang masih mencarik-carik keja tue,jangan memilih sangat.Macam aku nie,pemilih sikit keja tub2..jadik pengasuh taska!ambik ko..padan muka aku sendirik...wish me luck guys!

Friday, November 27

Dungun,Terengganu..I'm Coming!!

19 November 2009;
Khamis lepas pada 19/11/09 aku dan family pergi ke KL.Trip pertama dah berlepas pada rabu tue dan aku merupakan trip ke-2 ke sana bersama kakak,ayah dan adik aku sorang.



Keadaan KL sangat mengujakan aku dan sempat Aku menanam tekad untuk ke sana bagi kali ke dua..ehe ntah bila lagi nak ke sana kan.:p
Tiba di KLIA,suasana sesibuk yang mungkin.Mencari bagasi satu hal.Tempat yang jauh bagi aku.Alhamdullillah ternampak ku sesusuk tubuh yang aku dan keluarga kenali.Abang Mali menjemput kami di situ...

Perjalanan ke Rumah (Nilai-Bukit Mahkota) jauh jugak.Tapi puas melihat permandangan pada petang itu..Semakin lama matahari tenggelam dan ku melihat jam di tangan menunjukkan angka 7 petang.Tapi suasana tak segelap di sabah.Kalau Sabah dah gelap dah pun..suasana masih terang di sini...Jalan dan jalan akhirnya sampai ke destinasi di tuju.Huhuw...
.......................................

20 November 2009;
Hari nie berangkat Ke Terengganu..Huhuw Terengganu I'm Comingggggg!!!!!!!!!



Sesampai ke Terengganu,cuaca pulak tak berapa baik...banjir la pulak..Hujan lebat terus terusan membanjiri kawasan terengganu antaranya di Dungun...Tapi pernikahan tetap jugak berlangsung lebih kurang pada jam 8malam..




.......................................

21 November 2009 ;

Majlis sanding diadakan pada pukul 1 petang di Dungun Terengganu






Thursday, November 26

Salam Aidiladha Buat semua

Esok raya lagi...huhuw....dalam kepenatan majlis kahwin abang aku,kembali lagi aku mengenal erti aidiladha tahun ini..Masih macam dulu...Raya kali ini aku tidak bersama rakan-rakan dan sahabat handai yang aku rindui.Tapi tak mengapa,kerana raya ini adalah raya yang terindah buat aku sekeluarga dalam menyambut orang baru..iaitu isteri kepada bang aku yang beru bernikah pada 20/11/09 baru-baru ini..

Aku belum lagi sempat untuk menceritakan lebih lanjut tentang majlis kahwin baru-baru ini kat blog aku kali nie...belum sempat...tapi xpa,insyallah esok siap..heheh...

Dan buat semua muslim di dunia ini,aku ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua..

Berkorban kadangkala memang perit dan menyakitkan,tapi apalah erti sebuah kehidupan tanpa sebarang pengorbanan.