Monday, June 27

BoBBaMarIO Ke SaBaH!!!!!


Yeayyyy!!! Finally,jumpa jugak aku dengan jejaka idaman aku ini…huhuhuw…orangnya tinggi,sentiasa tersenyum,malu-malu lagik uuu…hahahaha…aku pulak rasa malu bila nak take pic dengan dia tue..alalala..sapa lagik,Zahiril Adzim la wei…!

Tapi aku carik-carik buku yang dia jual tu,tak pula aku jumpa..huh memandangkan keadaan yang hangat hari itu,kejap jak kami di jom heboh ahad tue.

Eya…paling best sekali dapat take picture dengan dia nie…masa kat gerai cereka tue sesak,tapi main selit-selit jak kitorang. Tak tahu malu kan…

Kamal adli pun ada,si apek tue pun ada jugak,sapa lagii?? Zahiril lah!!!hahah…aku tunggu jak dia datang dekat barisan kami tue…nah! bobbbbbbbbbbbbbbbbb! Dia pandang sekilas,then senyum. Dia datang..tapi tak dapat nak tangkap gambar masa tue..susah sikit..aku peace jak ngan dia..huhuw dia balas tue…sempat jugak mata kami bertatapan..hahahahah…apa taknya paling depan kan aku.

Aku tak bawa buku time tue,kalau tak boleh jugak mintak autograph. Dan benda yang paling aku tak sangka-sangka..masa aku kat luar gerai tue,aku nampak dia keluar ngan sorang pompuan..aku sangka sheera ayob ka..hehe. tapi rasa-rasanya bodyguard kot.ngeeee

Aku serbu la dia..hahaha..aku cakap, “daim,begambar kita.satu jak plsss….” Hahahah…tiba-tiba aku panggil dia daim..hahaha..dia pun oke jerk la…hahahaahah.

Seriously,dia memang sopan beb. Malu-malu lagik..aduiii aku la pulak yang segan berabis..hahaha…tapi tak pa la,dapat tangkap gambar dia pun jadik laaaa..hahhah

Masa kitorang take pic tue,ramai terus yang serbu nak tangkap gambar kami berdua..itulah korang,malu-malu pulak.tengok aku yang dapat! Hahahah…lepas tue aku tak tahu mana lagik dia..sampaikan aku nak salam pun aku tak sempat. Aduiii..gara-gara nak tengok gambar nie la hah. Ambek ko sue.







Monday, May 23

23Tahun Sudah!!

Warrrgghhhhhhh!!! Aku dah masuk 23 tahun la…maknanya sudah 23tahun aku hidup,sudah 4tahun aku tinggalkan alam persekolahan,tinggalkan kawan-kawan lain…uragghhhhhh…aku dah besar dan semakin membesar lagi…huhuk.

23tahun??? Ya percayalah yang aku sudah 23 tahun dah pun..aku rancang masa zaman sekolah dulu,20tahun aku dah boleh carik rezeki sendiri-ok! 23tahun sudah ada kerjaya yang stabil-ko! Alamak…dan 25tahun….ntahlah aku pun tak berani nak merancang nie..uhuk!

Alamak makin lama makin dewasa la pulak kan..tapi kepala otak aku nie sikit pun tak ada percambahan,yang aku nampak badan tue memang la! Uwarggghhhhh..apa aku nak buat nie,umur makin lama nak meningkat..sambung belajar pun tak dapat-dapat nie..aighhh…malas la nak sambung lagik. Kawan-kawan banyak yang dah graduet..bagus lah kan! Dan untuk si bakal guru kita,semoga menjadi guru yang berdedikasi..kalau pelajar buat hal ko hantam jak bro..!hahah..

Alamak….23 tahun! Alhamdulillah..syukur aku masih bernafas lagi di muka bumi yang aman ini..Semoga apa yang aku lakukan selama ini mendapat berkat dari Allah S.W.T. amin..

Friday, May 20

Matikan suatu bicara a.k.a Juvana


Kau dengar dalam sedar
Pembicaraan tanpa telus
Yang saksi menjadi benci
Yang bukti menjadi musuh
Yang benar di persoalkan
Dalam satu kandang kezaliman.

Kau dihukum tanpa rela
Erti kesinambungan sebuah cerita
Tanpa keadilan diri menjadi mangsa
Terbuang jauh dalam kerajaan mereka
Membungkam isi hati terpedaya
Antara rela mahupun tidak.

Di sini,
Mereka hambur segala kata
Keji dan jijik,hina dan dina
pukulan demi pukulan tanpa belas kasihan
bagaikan neraka masih merekah
menelan segala sisa-sisa manusia
yang dizalimi tetap barai
derai tawa si pemerintah kuku besi
meludah pada anak rakyat jelata.

Yang ada,ihsan seorang insan berhati murni
Ingin memberi bakti untuk mengubah dunia
Sistem demokrasi menjadi nyata
Meski tiada yang menyokong dia tidak pernah hampa
Menjadi perdebatan suatu pembelaan
Atas sebuah permulaan kehidupan penuh makna.

Dia sumber inspirasi
Pada pembelaan yang terbengkalai
Kebenaran pasti terungkap
Dan keadilan pasti di bela
Biar mata mereka memandang
Biar telinga mereka mendengar
Yang ‘aku tidak bersalah!’

Ini kisah aku abadikan
Di lembaran jumatera siap tergantung
Biar mereka menilai
Antara kebenaran dan kesilapan
Antara kelalaian jiwa manusia.

Catch Up Juvana



















Monday, May 9

Baby Semasa is Coming!!!


Baby semasa??eya baby semasa sudah datang ke sabah dari kehell sana..

Kenapa baby semasa?

Baby nie betul-betul rawk dee…baru lima bulan badannya dah fit tul,suka bermain tapi sendiri-sendirilah time kami nak “cak” dia tak layan…poyo laaa..huhu…bila daddy dia panggil “diyahhhh” terus tengok daddy dier pown senyumm..bila aku panggil tak dak respon langsung..huhu..betul-betul nie budak owhh
aku rasa boleh jadik atlet ne budak bila besar nanti. Memang sah!

Bila masa mandi plak..hah nie yang aku tak sangka…mandi air sejuk lagik tue..tak payah letak air panas..kata daddy dier,baby ne suka mandi air sejuk dari air panas. Bila bersiram tue,fuhhh suka yang amat!! Astaga nie barulah…

Bila tidur plak tak payah guna buaian. Tido sendiri d lantai..bagus2…tidonya plak nyenyak..tapi sejam dua jak…tapi balik-balik tidur.

Hah nie daddy nya plak..abang aku laaa..hehe..uisyhh nampak sifat kebapaan da dia nie..huhu..tahniah lahh aku bagik 10 bintang kat dia sebab dah jadi bapak yang tersangatt la pandai nak urus anak..senang bini kalau ada laki macam dia nie..huhu..tahniah kak ayu.

Dan lepas nie apa lagi?? Tak kan main dengan anak buah jak..huhu!

Saturday, April 23

Secelakanya Hidup

Bila keadaan memaksa kita melakukan satu hal yang tak mungkin bisa, terpaksa memungkinkan suatu keadaan menjadi kenyataan.

Dan mungkin suatu kejadian itu memang sudah tertulis dan sebagai seorang si pejalan menuju Tuhan terpaksa akur pada suatu ketentuan.

Terpaksa. Makna kata dari suara yang tak redha.

Berfikir sejenak.

Apa mungkin Tuhan itu mahu kamu kembali pada ketentuan hidup asalmu.

Tulis sesuatu yang menyeronokkan!

Yeay! Betul tue..menulis nie kadang-kadang memang best. Aku suka menulis. Samaada ia saja-saja ataupun satu kerahan. Kerahan? Wah..nampaknya kau ni dah terikut-ikut dengan bahasa-bahasa si en.zahiril tue napa tak bahasa-bahasa dari si en.ayam pulak lagi…itulah terlalu banyak membaca karya-karya manusia seni itu sehingga bahasanya juga kau curi pakai ya..biasa kamu ya sue! Heheehe.:)

Memang aku tak nafikan,aku seringkali guna bahasa-bahasa dari beliau berdua. Bukan niat nak mencuri ayat-ayat dia,perkataan-perkataan dia tapi semuanya dah terlekat rapat di minda aku ni..isyhh susah nak buang...aku halau dia datang balik,halau lagi sampai rumah mak syamsir datang balik..aisyhhh bilanya nak hilang???

Otak aku sebelum dia mula bergiat dalam bidang penulisan nie seperti sekarang la. Sebelum timbulnya niat nak menulis blog aku memang dari mula seorang peminat puisi. Nak cakap aku nie masa spm dulu ambik kelas sastera,tak la jugak. Aku ambik sn social. Sn social pa benda sue?? Ntah aku pown tak tahu apa aku belajar dulu,yang penting kelas campur-campurlah..tue pasal aku tahu macamna nak bantu orang sakit(berkat ajaran cikgu zain) dan buat akaun,mereka cipta pun aku pandai. Itulah faedahnya aku belajar dulu masa spm.

Sebut pasal mereka cipta ne,dulu aku tak da bajet nak bagik kawan hadiah bufday dia. Tiba-tiba aku terfikir nak bagik kad. Fulamak! Kad apa? Kad spesel beb. Kawan aku tu plak tak sangka-sangka dapat kad macam tue. Memang lawa lah..huhu..bangga nie…astaga,jangan takbur. Mengucap.astaghfirullahalazim..:p

Sambung.

Aku memang dari mula menulis puisi. Masa tue form 2. kami di beri tugas untuk mendeklamasikan puisi sendiri. Uisyhh..payah beb. Tapi kumpulan aku dapat nombor 2 sebab tak la hebat sangat.

Masuk form 6 aku mula aktif. Sebab bunga-bunga cinta timbul kan..hahahaha..bertambah leleh lah sajak-sajak aku..hahaha..gila kau ne eh!

Di alam pekerjaan pulak aku tak seperti dulu. Aku lebih focus pada kerja. Dan sehinggalah aku bertemu dengan seorang majikan yang bekerja di dewan bahasa dan pustaka. Hasil sajak-sajak aku plak lebih nampak matangnya dari dulu-dulu(poyo).

Kalau dia nampak aku tulis ini,mesti banyak contengan merah nie..hehehe…dia akan kata,mana ada begini ni,ini perkataan apa ni?isyhhh..berapa bm kau dulu? A?? buta mata pemeriksa tue kali,ntah apa-apa punya bahasa. Dalam hati aku kata~bahasa orang muda memang begini..ngee.

Cet..hehehe..sori bos..hahah..

Dan aku kembali aktif ni pun sebab dia yag suruh aku hantar semua puisi-pusi aku di dewan bahasa. Katanya nak
di pulish kan..isyhh..tak nak aku. Mulanya memang aku tak nak,tapi bila fikir-fikir sampai bila aku nak kurungkan puisi-puisi aku yang dah berlambak di dalam cpu aku nie hah! Di blog nie baru sikit..yang belum aku publish banyak lagi..huhu..(macam pernah ku dengar ayat nie…kan en.ZA?!)

Tapi aku menulis sekadar suka-suka. Saja nak hilangkan boring. Aku mana ada boyfriend pown nak keluar hujung minggu,nak meround malam-malam buta. Macam si atom,dewi,peah,maria dan lain-lain..laaaa…ko dah masuk 23 tahun dah sue..takkan belum dapat carik lagik ne hah!

Oii mak cik ingat senang ker? Carik kerja lagi senang dari carik boyfriend tau! Huhu…

Ala baru 20series bak kata zed zaidi tue..enjoy dulu hah..huhu..yer la ngko.



p/s seorang kawan lama muncul sambil tanya, ko dah ada bf ker?bila la aku nak tengok ko nie berkapel..*0*

Thursday, April 21

Account clerk/clerk

Nah sudah..!balik-balik kerani,balik-balik kerani..kenapa tak pegawai cik sue oiii! Bila lah ko nak naik pangkat ke pegawai nie…aiyakkk..aku dah rimas nie eh,kerani-kerani-kerani..ko tak bosan kah?!

Dui bha…senang ko cakap sana arr mak cik. Ku tumbuk ko sana…cuba buat la..hah…senang ka nak naik pegawai,ada hati jugak rupanya juga cik sue ne arrr..hahaha..

Hati adalah,perasaan jak teada..aikk..macamana tue??huhuw…betul-betul sinting nie orang…hehe

Ya,aku dah kerja di satu company ne..lagi! selepas dah tak kerja di pusat tuisyen hari tue,aku kan dah bagitau aku dapat kerja baru kan..nah sekarang aku kat tempat tue..nama company evergrowth marketing.

Aku mulanya tak tahu selok belok company nie,tue pun setelah bertungkus-lumus memerhati(cet!) barulah aku tahu pasaran sebenarnya…malas lah aku nak berceloteh pasal tue…bukannya best pun..ngeee…

Kerja aku kali nie betul-betul keja accnt..neh..pandai sudah aku sekarang nie buat ubs…jangan jeles mak cik..huhuw..baru ubs sudah bangga..uikk bangga lah bodoh! Ada hati kau ne arr cakap kerja aku..tumbuk ne..hahaha….

Sudah namanya dia carik kerani accnt,mestilah kerja bhgn accnt..apa daa..hehehe..lek bha mak cik..

Tapi keadaan nie membosankan aku lahh..aduiii…tunggu keja datang,aku tak carik keja..aiyakkk…berjam-jam depan pc nie aku menghadap ubs,hadap jak! Aduiiii….bosan geng..tak habis tue,filling,tak sudah lagi issue cheque,dan aku tengah tunggu sekarang nie kira stok. Tue yang payah tue…kata diorang la..aku tak cuba lagik. Padan muka kau cik sue!hah!

Dan baru jak tadi pewagai aku bagitau, lepas nie siap sedia ko akan busy bila kita buka 3 branch baru..benda yang remeh temeh nie tak akan lagik ko buat. So siap oke?!

Roger! Yeay finally aku akan sibuk..alamak..!takut la pulak..ngee.



p/s sue,jom makan! ta nak la..i bawak bekal..:))

Aura Mas Idayu makin menjadi-jadi

Hah?!apa benda nie..isyhhh ko jangan main-main..karang tak pasal-pasal kena saman,sapa susah…

Isyh tak la…nie memang ada kena mengena dengan ratu pujaan nie,tapi bukan seperti yang kamu semua sangka..aiyakkk..


Aura mas idayu nie timbul di opis..aduiii tak pasal-pasal la pulakkk…kenapa mas idayu..hah itulah lancang mulut kan..hhaaha..aku rasa 1 opis nie dah tahu dah..asal time makan jak, mas idayu tak nak makan(Tanya kat aku) apa?! Siotttttt sapa cerita pasal mas idayu nie???cet..mentang-mentang aku diet..hahahaha

Hah! Nie mesti kerja kak mimi nie..kantoi aku beb!huhuhu..tak elyana mas idayu..ada hati delo…huhu

Tak la,aku saja cakap nak kurus macam mas idayu punya body…wahhhhh ada hati ko arr sue!!!

Khakhakhakhakhakha dan khakhakhakhakha lagikkkk!

Duii bha,biar la bha,sekarang nie capai target..ngengengeee..so siap la korang,mas idayu versi sue akan menjelma juga..hohoho! berapa abad ehh???hahahaha



p/s uisyhhh senang ati nampak tuan?

Blog rasmi Cik Sue kembali aktif

Hohoho..aktif!aktif!aktif!..eyerr la ngko! Huhu…aktif ker cik sue? Tiba-tiba,gila ka apa ngko ne…huhu..

Dah cukuplah kepoyoaan kau ne sue,sudah-sudah lah mengada-ngadanya..banyak cakap tapi semua kosong..hehe..eleh jeles la tue sama aku. Tau tak pa..haha..

Tahun lalu ko banyak senyap kan,tahun nie makin mengada-ngada perangai kau.kenapa? hahahaa..tak boleh ker mak cik oiii?! Aku nak ambik mood baik punyerr tahun nie. Ambik mood shaeizy sam..kan dia menang award baik punyerrr,tue la pasal.hah!

Ek’eleh minah nie minat sam rupanya..huhu..sejak bila beb?hahaha…mana miss dinzly tue dah lama tak dengar citer.?!

Eeeeya’ etu dia…!miss dinzly arrr..tue dulu-dulu,skrg zaman dah berubah,sekarang zaman k-pop..hahaha.. dan sam pulak tiba-tiba melonjak kat atas..nah,dinzly aku tertinggal kat bawah..tapi dia tetap hero aku…huhuw..gilak eh!

Tapi dua-dua pown highway baekk punyerrr..jangan risau lahhh…ngeee..

Aiyakk…tiba-tiba aku jadi boring gilakkkkk!!!



p/s ada kerja kosong tak?!

Tuesday, April 19

Suatu rasa yang mati

Hari itu ku wartakan sepucuk surat berbentuk hati.
Dalamnya menceritakan tentang suatu perasaan yang pasrah,amukan dan serba salah.

Dendam yang tidak berbalas,mati dan tersadai
Terpinga-pinga untuk membiarkan semuanya di bawa ombak tsunami.
Hilang.lenyap

Tapi memungkinkan keadaan itu, aku biarkan ia berlalu.
Aku matikan suatu rasa yang selama ini mengganggu.
Aku matikan sebuah rasa yang menggamit dukaku
Aku matikan.
Hingga aku pun mati barangkali.

Kadangkala bila kita membuat suatu kenyataan,kenyataan itu bisa membunuh.
Tapi harus aku ingatkan,kenyatan itu jugalah yang ikhlas dari hati
Maka kenyataan tidak harus di persalahkan
Cuma bagaimana kita belajar untuk tidak mengikut
Perasaan dalam membuat suatu kenyataan
Kerana kenyataan itu harus jujur,
Perasaan jangan dilebihkan
Kerana ia bisa mengundang masalah
Kerana ia juga bisa memutuskan suatu pertalian.

Berbalik pada situasi bagaimana mulanya kita lalui
Hingga tercetusnya rasa itu
Hingga matinya rasa itu
Ini bukan suatu penerimaan yang adil jika keduanya tidak berada dalam satu arah yang sama. Maka dari situ aku mula sedar akan hal yang selama ini membuat
Kita berada dalam “masalah”.

Bilamana hati kita was-was untuk melakukannya,
Maka di situlah lahirnya syubah
Dan di dalam syubah itu ada yang ke-tiga.
Ke-tiga itu adalah si setan yang bisa melaknatkan kita.

Maka dengan tanpa rasa was-was aku memberanikan diri
Untuk membuat suatu kenyataan
Entah di terima,entah tidak,aku redha.
Kerana bagi aku semuanya ada penyelesaian yang benar untuk
Persoalan bagi sesuatu perhubungan yang terbengkalai ini.

Maka dari itu,
Atau sebelum itu lagi
Aku rela akan melepaskan rasa itu.
Hanyut.
Tersadai.
Mati.

Satu yang masih tertinggal.

Ada kala bila semua benda yang kita mahukan itu tercapai,ada satu lagi benda yang masih lagi tertunggu. Berabad,lapuk dan tertinggal. Semua yang diingini di capai tapi tinggal satu. Dan kala satu itu menyebabkan hidup tidak selengkap yang di cari. Seperti dia dan mereka.

Satu itu juga kadangkala bikin hati jadi rawan tatkata satu itu betul-betul diperlukan dalam keadaan yang genting. Tapi satu itu tiada. Mati dan terbengkalai. Malahan tersadai

Sunday, March 27

Budak Nakal

Adush..hari-hari seperti ini memang membosankan..hari sabtu aku cuti. Jadi seharian di rumah memang kerja aku makan jak. Tapi malam aku tak makan..cet nak kontrol la tue..hehe..

Tapi pagi tue ujan. Aku pula terpaksa membangunkan diri seawal 7pagi. Nak pergi pasar,nak cari bahan-bahan nak buat soto untuk jamuan esok.

Jamuan?? Iya jamuan perpisahan aku dengan skor la kononnya..cet! buang masa jak kan..nak makan soto mak aku cakap jerk la,nie nak bagik alasan nak buat jamuan..huhu..

Lagi membosankan. Aku punya tunggu elyana dalam tv3 dengar-dengar ada show dalam muzik-muzik 26. mana? Aku tunggu. Aduii...tak muncul jugak.

Sambil menekan-nekan keybord depan komputer,mata di tv datang pulak sms. Nak datang interview esok (ahad) nak kerja ganti aku..hehe..

So buat kawan baru kita selamat menjadi warga skor. Itu pun kalau lulus temuduga la ya cik..hehe..good luck!

Diam.

Tiba-tiba teringat dekat budak nakal seorang nie hah..nakal sangat-sangat. Dan sekarang dia dah pandai buat bising,umur pun dah setahun apa tak nya..huhu..nakal kamu ya keponakan..!



Tiba-tiba juga teringat dekat seorang angle kecil di semenanjung sana..huhu bila ko nak datang sini???tak sabar nak cium ko!!


Friday, March 25

Dia masih peduli.

Dia lagik! Gadis itu koling aku. Baru semalam entah beberapa hari lalu gadis itu sms aku. Tapi sms nya aku tak replay. Resah untuk membalas sms nya. Kenapa tiap kali namanya di skrin hp aku,aku jadik marah,sakit hati,dan berkeceramuk. Kesian pun ada dengan gadis ini.

Angkat ke tak?..angkat jerk la..dengan suara yang konon-kononnya sibuk aku menjawab panggilannya. Macam aku dah agak dari awal kenapa dia koling!

Oya! Hari ini 25hb. Yeah!!! Gaji kamu cik???! Patut koling aku..hehe..soalan macam biasa yang aku dengar tiap-tiap hujung bulan macam ini.

Kak sue,sibuk?
mm..adalah jugak.napa?
owh..iyaka??mm…kau mau makan?makan apa?
mmm..tak apa la cik.kenyang.
owh..iya.tak pa la..

tuttt.

Dan kali ini aku tolak pelawaannya. Tak macam selalu. Kfc ya cik makanan hujung bulan macam ini.hehe..sedangkan hari ini aku belum makan lunch lagi..huh laparnya..

Aku pulak masih bernada kesal dengan penolakan itu. Aku sms dia agar dia tak terasa penolakan aku tue. Mungkin dia rasa tersisih dengan aku. Mungkin. Jadi aku sms dia.

Jd ko blik bsk cik?bila ko pulg cni blik?
Aq blik sdkn jap g..ahad aku blik kk..
Oh,ok.tc.
……1/2jam…
Selasa depan aq ambk c ros..nnty aq free jln kta dgn peah jg ah..k..gd luck keja bru ya.. mnta maaf slh n silap ku kat kmu.. slm.

Aku tahu macamna peritnya perasaanmu,tapi adakah kamu tahu bagaimana perit perasaan kami tika itu?aku ingin buang ia jauh dari hati,tp dendam ini masih bersisa,sakit bila mengenang apa yang telah kau tubakan terhadap diriku.

Oh,mintak maaf, aku lupa yang kau pernah malu di hadapan kawan-kawan bf mu kerana berkawankan sahabat seperti kami.

Habis.


p/s. harus bagaimana? Perlukah dibuang jauh dendam dan sakit hati ini?

Ingin bermula kembali

Ya. Hari itu aku mendapat berita baik(isnin). Yang tersangatlah aku suka akan berita itu.

Bermula kelmarin. Ada seseorang menelefon aku. Seorang gadis cina. Dia menyuruh aku untuk datang temuduga pada hari esoknya(selasa) jam 11am. Tepat. Dan aku tak dapat janji untuk datang setepat itu kerana lokasi syarikatnya aku tak pasti. Dan aku dengan mulut yang tak berbasi terus mencadangkan agar temuduga itu jam 8 pagi. Senang untuk aku mencari tempat itu.

7.00am. aku mengsms rakan aku yang seorang kononnya ada kereta jadi dengan muka tak tahu malu aku menyampaikan hasrat untuk memintanya menghantar aku. Kebetulan! Dia tak kerja hari ini. Tapi….dia ada urusan dan semestinya acap kali aku mengajaknya mesti berbagai-bagai alas an yang timbul..oh aku terlupa,dia sesebok benar! Dan dia lebih sebok dari seorang usahawan yang Berjaya..hoho..aku terkena. Tak pa.

Cari akal lain.

Aku dengan muka selamba teringat dekat kakak aku. Ya. Aku bawa dia jalan ke kkip. Dan yang pasti bukan naik kereta. Tapi jalan kaki..hoho..begitu baik akal aku.hehehe..

Jalan punya jalan dekat setengah jam. Berlalu lagi sehinggalah tepat jam9. Tepat aku sampai.

Tanya receptionist,dia suruh aku isi form. Macam biasa. Situasi yang entah ke berapa kali aku buat dan aku terkena. Tapi jawapannya tak pernah berjawab.mmm…

Jumpa miss bong. Gadis cantik. Elegen. Lawa. Wow! Dia yang koling aku beberapa kali semenjak kelmarin.hehe…sorilah miss bong susahkan kau..hehe..

Kamu kerja ranhill??
Owh.tidak. sudah lama berhenti
Why??
Tamat kontrak miss.
Ok.

Dan semestinya dia peramah. Gadis itu baik. Umur dalam lingkungan 30 kot..layakkah aku panggil gadis??hehehe…macam belum berkahwin jek.hehe.

Dia seorang yang baik. Tak pa,nanti kalau sue tak tahu,kami boleh tunjukkan. Kerjanya tak la susah sangat dan senang di fahami. Sue minat math kan? Sue jadik assistant pada accnt kami jerk. Boleh la..

Dan tiba ke sesi soal jawab.

U nak Tanya apa lagi?sebelum kita tamatkan?
Berapa gaji? >dengan muka tak tahu malu..hoho.
I bagi u 7.
Tak boleh naik?>tak tahu malu lagik
Boleh.kami tengok keja u dulu,kalau bagus dan bersesuaian kami akan naikkan.itu janji kami.
Oke.bila start?
Bila u bole?
1st april?
Oke! Kalau sy nak u esok?
mmm…I kena minta notis seminggu.
Oke.tak pa…kita jumpa 1st april.
Tq miss.
Oke sue.

Ya. Dan semestinya 1st april akan bermula hari baru aku. Dengan kerja yang baru aku nak mulakan..yeah! dapat pengalaman lagik. Tq miss bong!



p/s jahat kamu ya cik. Tak mau kawan kamu lagik!!

Monday, March 14

Pilihan di tanganmu.

Kamu berdepan situasi antara dua pilihan. Meski kamu tidak dapat memilih kedua-dua pilihan menjadi muktamad,kamu mahukannya,kamu mengeluh akannya, kamu buntu memilikinya.

Sekarang pilihan itu di tanganmu. Sama ada kamu raba,kamu sentuh,kamu pandang,eloknya kamu dengar pendapat dari kawanmu. Terdekat. Tapi kamu masih juga tidak dapat memilih. Maka kamu lopong pandang pada satu arah kiblat yang akan memberi tahu makna dari kedua-dua pilihan tersebut. Meski bicaramu tidak bersambut seperti yang kau inginkan. Kosong. Kamu mengeluh lagi. Maka bukakan mata hati kamu,usah berdalih dan merungut teruskan memandang dengan hati yang terbuka.

Sungguhpun begitu,kamu masih dapat memilih. Lihat di sana. Siapa yang harus di perdagangkan pada satu arah tujuan hidupnya. Dia tidak dapat memilih pada ketentuan yang telah di tentukan dari pemerintahnya sendiri,bukan dari dia kerana hidupnya sudah di tentukan menjadi tawanan pada hati-hati busuk penuh keji dan serba kedaifan lantas maruahnya tiada nilai harga.

Kamu pandang lagi pada diri kamu. Terang lagi celik awalnya. Yang kamu katakan kamu seorang yang idealisme,kamu seorang yang berjiwa kental,kamu seorang yang punya bakat,kamu seorang yang cerdik. Tapi kamu lupa,kamu lalai dalam satu hal meski kamu sudah meninggalkan hidup silam kamu yang penuh dengan warna kehitaman yang pelanginya timbul pada hari semalam membawa kamu kepada warna warni kehidupan sebenar,kamu lupa memandang masa silam kamu. Bagaimana kamu naik merangka awalnya,meninggalkan jiwa-jiwa yang raung kerana terpaksa berpisah dengan kamu. Sedarikah kamu?

Pemerintah tidak selalunya menang atas dasar pemerintahannya yang di katanya betul,keras dan kuku besinya. Malah pemerintah jiwa yang betul telus lagi saksama atas dasar jiwa murni seorang pemerintah juga bukan satu alasan mengapa seseorang itu pemerintah yang berjaya. Bukan. Kamu silap. Kamu juga harus tahu kamu seorang pemerintah bagi diri kamu,seluruh tubuh badan kamu seperti hidung,mulut,telinga,tangan,kaki,hati kamu. Dan asalnya bukanlah hati bagi kunci pemerintahan yang benar,tapi akal kamu di campur gaulkan sehingga hati kamu bermain bersamanya. Maka jadilah kamu seorang pemerintah yang berjaya bagi diri kamu. Begitu juga bagi sesuatu keputusan yang kamu lakukan.

Kita sambung. Antara dua pilihan. Kamu nampak jawapannya? Jika nampak,yang mana kamu pilih? Bukan bermakna tidak membuat keputusan adalah seorang yang gagal. Tapi seorang yang takut menghadapi ketentuan yang telah di tentukan sebenarnya oleh Tuhan. Maka golongan ini sentiasa rugi,sedari itu kamu perlu tahu dan bijak untuk membuat sesuatu keputusan. Kerana keputusan itu bakal membuatkan kamu kehilangan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lebik baik.



p/s lari daripada masalah,adalah seorang yang gagal membuat sesuatu keputusan dalam hidup.

Monday, February 21

Hasutan Pemberontakan!

Bicara pada laut,ombaknya mengganas
Bicara pada angin,tiupnya mengencang
Bicara pada air,pusarnya terlalu besar
Bicara pada bumi,alamnya menghilang.

Kau sudah ditakdir begitu
Tapi kau masih mahu yang lebih
Tidakkah kau rasa dirimu terlalu rugi
Tidakkah kau rasa dirimu penuh malang
Bila kata-kata takdir menulis setiap langkahmu
Membiar kau lari dari kenyataan
Tanpa kau sedar diri terlalu jauh dari yang kau cari.

Aku bukan melihat pada labelnya
Bukan juga pemberi makna kata yang terbiar
Tapi aku rangkumkan segala kata
Yang bisa mengitar semula segala kata yang kau buang
Dan aku ungkap dalam makna dari bahasa ku sendiri.

Kau mahu apa?
Kau bisa apa?
Kau siapa?
Dan kau sampai bila?
kau tidur segala tiap waktumu
kau bangkit segala tiap dosamu
dan kau lebihkan segala hartamu
membiarkan si anjing memakan sisamu.

Aku mahu katakan!
Aku mahu kotakan!
Aku mahu biaskan!
Aku mahu musnahkan!
Kerana aku pemberontak alam
Aku mahu suara pekikan burung rajawali
Membunuh sisa-sisa pipit!
Membunuh sisa-sisa sawit!
Membunuh sisa-sisa dosa manusia!
Membunuh sisa-sisa gagak di rimba!
kerna kau pemusnah dan aku pemberontak itu.!

Friday, February 18

Mencari lubang-lubang kerja,mee goreng satu!

“Esok kita cari kerja ya sue! Tak payah lah kita pakai kurung nie,lagipun kita carik kerja kat 1B,nanti tokey tue cakap kita nie nak kerja opis plak..hehe..kita dress biasa-biasa jak la..oke.”

Dan seperti dijanjikan jam11.30pagi dia sudah terpacak kat kedai aku menunggu aku tutup kedai. Dia nie kalau bab jalan memang cepat jak..bawak jak dier nie kalau nak berjalan gerenti semua tempat adalah tempatnya dan keadaan adalah keadaanya.macam biasa.

Lenguh juga lah kaki berjalan keliling shopping complex nie..huh payah carik kat sini nak kena Tanya bahagan cashier,kalau nak harap iklan “vacancy” kat depan kedai jangan harap! Boleh di kira 2 kedai jak antara beratus kedai kat sana yang iklankan kerja kosong..

Jalan punya jalan masuklah kedai baju…bab nie yang best!haha…nak carik kerja ker nak beli baju??hahah…nasib duit takda dalam poket kalau tak,memang dah nak angkut semua tue..haha..

“ko ada duit ker sue??takde tak payah,jom blah!ada hati nak beli baju..hahhah”

Jalan lagi.

“Sue,ko Tanya cashier tue hah,manalah tahu ada kerja kosong..salegirl ko cakap..”
“roger!”
aku Tanya lah

Aku : miss ada salesgirl wanted ker sini??
Cashier : oh,kejap.

Membelek iklan. Dan aku plak teruja masa tue..yeay!

Cashier : ok,sekarang kami ada promosi dari 18hb-3march nie….

Terganggu sekejap sebab pelanggan nak membayar barang..
Tunggu lagi.

Cashier : oke kak.
Aku : yup.
Cashier : sekarang nie kami ada buat promosi dari 18hb-3march nie. Kalau beli 5baju nie, hanya rm119.00 jerk. Ini baru baju budak-budak ada lagi untuk dewasa kita hanya…
Aku : cop2..saya Tanya ada kerja kosong kah di sini? Salesgirl wanted kah???bukan sales promotion…hehehe..
Cashier : ohh…emmmm..kejap.. (dengan muka yang merah)hehe..

Dengan muka yang selamba dia memanggil kawannya dan menyuruh aku ke bahagian HR jika nak kerja kat situ..malas lah lagipun aku takda mood..so jalan lah lagik..

Sampai lah jalan kat tingkat paling atas. Nampak gim. Aku pun dengan perasaan yang semangat nie datang kat situ…nie bukan nak carik kerja,tapi..hah dah tau gim mestilah nak join sekali kan..dah lama dah aku nak pergi situ Cuma belum bersedia lagi,segan la..tapi entah kenapa tadi rasa semangat sangat. Orang-orangnya friendly jugak..memang best cerita dengan diorang..so nak kena tunggu duit masok lagik,barulah aku boleh join member kat situ. Memang aku ada niat nak pergi situ lama dulu,tapi tak pernah pergi.takut la jugak…heheh..

“Kalau kau kurus sue,baru aku ikut ko p gim sekali..hahaha…”siot jerk si ana nie..

Jalan dan jalan lagik.

Ada tiga orang mamat..dari jauh lagik ne dah “m” kami dua orang..heh,menyampah.. datang lagi..ana,jangan layan ya..awas kau…jalan jak terus..oke! tapi satu perangai si ana nie, dia nie lemah bab-bab macam nie..terutama kalau dah orang tue merayu-rayu.menyampah.

Nah dekat dah..isyh..

Lelaki 1 : hi miss, boleh luangkan masa 5minit?kejap jerk,kejap..
Aku : isyh..ndak mau la..bz ne mahu cepat.

Dan ku tengok si ana tewas juga. Dah agak!. Cet..

Lelaki 1 : ala miss,kejap lah..please..ini bukan beli barang,saya Cuma nak miss dengar jak saya kata apa.5minit jak…oke la,2minit..
Aku : ndak mau lah,aku mau cepat..kami nie bubut masa,jam 1.30 kena masuk kerja balik.sori la ya boy.
Lelaki 2 : ala miss,kejap jak. Tulis nama jak la…lepas tue dah lah…
Lelaku 3 : ya bha miss, jangan kau gitu bha,ko nie bukan mau p masuk kerja,kau mau p jumpa boypren ne kan…

Aku ada boypren…????giler ke apa…mana pernah aku be’boypren2’ ne..

Lelaki 1 : miss sini kamu duduk..cepat.(cepat-cepat dia siapkan kerusi untuk kami berdua)

Dan terpaksa lah kami berdua ikutkan…

Aku : tapi tulis nama jak kan…nah cepatlah..mau balik kami nie..
Lelaki 3 : nah kan! Sah dia mau p jumpa boypren,tadik cakap mau p masuk kerja.kantoi bha.
Aku : aik,salahkah aku cakap gitue…bha cepat mana??tulis namaku cepat!
Lelaki 2 : bha miss,lek kau. Aku cakap dulu ko pasal produk nie..
Aku : aik,tadik cakap mau tulis nama,tulis jak la…aku bubut masa nie…nah jam12:45 sudah. Mau balik kami nie..

Dan dengan hampa mereka merelakan kami pergi..aku takdak masa sekarang dengar macam-macam..dan ku tengok si ana sibuk membelek produk mereka..aku tarik tangannya bawa lari..sudah-sudahlah ana,jangan macam2 kita mau balik nie..k boys sorilah arr…lain kali kami datang lagik kami carik kamu..dont cry for us…hahah…

Aisyh,giler siot perangai aku nie,tapi memang nak bagitau awal-awal la,aku kalau jumpa promoter ker ntah apa tue nama dier,aku malas layan. Aku cakap jak,mau cepat nie,kejar masa sorilah arr…buang masa.hehe..

Sambung.

Jalan punya jalan dah nak dekat jam13:15. Mahu carik makan dulu,tapi bajet jangan lebih dari rm6…adui nak makan apa kat sini dengan bajet ciput..last2 kami pulang jak. Makan kat kedai emba di bawah kedai tue jak la…bajet pun kurang.heheh..

Makan apa hah??perut punyalah lapar..dengan berbekalkan rm10,aku order jak ..hah! mee goreng daging satu! Minum?? Minum air kosong jak..oke. si ana plak nasi penyek..ngam la dengan dier nama pun hamper-hampir dah..hehehe..awalnya mau makan di restoran juara,bajet rm6.50..uisyhh banyak tue..aku ikat perut sekarang.duit dalam dompet pun tinggal rm10 jak nie. Kena carik yang lagik murah nie..hehe.

Dan sekarang duit dalam poket tinggallah rm6.00..huhu..sempat ker nak tunggu hujung bulan nie ana???




p/s: kerja?toksah cakap..tak dah siot…mmmm..carik kat mana lgik arrr?????

Thursday, February 17

Handbag Buah Hatiku.

Pagi. Aku bangun lewat disebabkan cuaca mendung dan hujan renyai. Tapi aku tak kisah lambat datang ke skor kerana jadual sepatutnya angka 09:30pagi..tapi memang aku terlalu rajin ataupun terlalu baik hati datang tepat pada jam09:00pagi.

Di kedai. Suasananya tidak macam dulu,tidak ada lagi jiran sebelah yang sudi bertandang atau bercerita dengan aku,kawan untuk memetik gitar,bernyanyi sama. Tidak ada. Ini disebabkan jiranku yang lama telah berpindah ke kedai bawah dan tinggallah aku seorang di sini tanpa teman bergurau. Hanya menanti pelajar-pelajar dengan riuhnya datang untuk ke kelas mereka.

Dan paling membosankan bagi aku adalah membersihkan kelas mereka tiap-tiap pagi. Tapi puas. Setelah melihat kekemasan,dan keselesaan kelas yang aku siapkan hari demi hari..hoho.

Dan perkara paling malas aku laksanakan adalah buang sampah. Sungguh. Tapi skor ibarat rumahku yang ke-dua setelah aku celik dari tidur dan selesai bersiap aku akan ke skor sehinggalah bas terakhir sekali datang untuk “memunggah” sisa-sisa kerdil yang masih menanti untuk pulang ke rumah setelah selesainya tugas-tugas kerdil ini untuk mencari sesuap nasi,dan sebuah beg berjenama bagi aku..hehehe..

Telefon berbunyi. “atomdg “ calling tak pernah-pernah dah aku terima panggilan dari dia nie…busy memanjang atau mungkin busy dengan cik abang poli dier..hehe…biarlah..
Sebut abang poli ne ada satu kisah yang masih terngia dalam kepala hotak aku..ataupun aku mungkin juga terlalu ambik hati pemarah mungkin. Entah, mungkin juga aku terlalu ikutkan perasaan, tapi aku dah sebut tadi. Entahlah yang pasti begitulah perasaan aku terhadap abang poli. Dan sekarang aku masih merasa semoga aku tidak ketemu abang poli lagik lepas ne dan kalau nak ketemu pun tunggulah masa kahwin mempelai berdua nie. Insyaallah. Well,aku lebih setuju kalao gadis ayu nie bertemu jodohnya dengan abang upsi..eh,sejak bila timbul perkataan-perkataan semua nie hah sue?!haha

Isyh ko ne apa hal?! Yang dah lepas tue lepas lah..ne gara-gara mulut dan entri yang entah tak berapa nak elok karang korang gaduh plak..haha..biarlah sue, ko ne ada hidup sendiri pandai ko la nak hidup lepas nie,sekarang ko kena terima yang kau kini tak lagi berteman mereka.tutup!

sambung.

sebut beg berjenama tadi,beg tue tak la mahal sangat tapi bagik aku mahal jugak la..memandangkan keadaan ekonomi aku sekarang nie yang tak berapa nak elok,huhu...tapi aku suka handbag tue...suka suka suka sangat!!!! i punya barang branded oke!hahah..tak la...uisyhh cantek siot.satu tali jerk bukan senang nak carik..pasar malam aku tak berapa nak berkenan sangat..karang la nnati dah cukup kumpul duit aku pergi beli.hehe..



Tuesday, February 15

Salam Maulidur Rasul


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.



Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1.Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2.Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3.Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.


Monday, February 14

Entah hari ini macamana..

Hari ini membuat aku resah bila berhadapan dengan satu keadaan yang akan menentukan jalan hidup aku…sama ada keputusan temuduga itu lulus ataupun tidak aku berserah kepada-Nya.
Hampir beribu-ribu kali aku dapat panggilan temuduga namun masih tiada yang replay segala jawapan aku itu..adui betapa payahnya nak dapat kerja yang lebih baik. Satu-satu aku dah cuba,nak kata aku nie memilih kerja tak la jugak semua keja aku dah cuba tapi nasib masih tidak menyebelahi aku..kadangkala aku bosan dengan panggilan-panggilan dari SPA..contohlah aku dah cuba jawatan pembantu tadbir 2kali,itu belum lagik orang-orang lain masa aku mendengar keluhan-keluhan orang lain pasal temeduga mereka..ada yang 4kali,ada yang 3kali…aku rasa keputusan kali ini pun tak dapat macam dua tahun yang lalu…masa tu aku masih mentah nak jawab segala macam pertanyaan-pertanyaan mereka (pegawai terbabit)

Dan aku masih teringat kata-kata pegawai tersebut menyebabkan tiap kali aku nak masuk bilik temuduga aku mesti terbayangkan wajahnya yang garang dengan misai yang tebal,mata yang galak…cet!

“awak keluar sekarang! dan awak tengok kat depan tu,ada papan-papan tanda berkaitan kementerian sekarang jugak saya nak awak baca semua benda alah tue dan selesai petang karang awak datang jumpa saya balik! Awak pun bukannya ada kerja kan?! Daripada awak dok membesarkan badan kat rumah lebih baik awak baca senarai-senarai kementerian kat sana!sekarang,petang karang awak dating sini balik!!”

Bodoh! Menyampah siot! Hahaha…..lucu jugak bila terbayangkan macamna rupanya marah kat aku…heheh..dia mintak 10 aku bagik 10 tapi bab nak explain tue yang aku gagal tu…hahaha…pedulik hapa aku ko nak marah marah lah…

Habis bab tue aku malas nak isi jawatan pembantu tadbir lebih baik jawatan lain..aku cuba la pulak nasib jadik jururawat…jururawat masyarakat. Ini satu hal aku mana la nak minat bab-bab bidankan orang tapi aku ikutkan jugak dengan dorongan oh bukan dorongan tapi “desakan” kawan-kawan..cet! aku terdesak??? Gila ko nak mampos aku masa tue membaca segala macam benda-benda yang aku tak berapa suka sejak dulu “sains”…subjek tue aku memang tak suka tapi masa spm dapat 3B jugak…ngee..pandai jugak aku ne..hehehe…aku dok baca la pasal darah dan jenis2nya,kitaran haid,ibu mengandung banyak lagik la….yang aku tak rasa nak baca dan langsung tak hingin nak tahu tue la plak yang dier dok soal kat aku…beku otak aku!

Adeihh..jururawat masyarakat..berapa banyak institusi jm ne kat sabah? Apa warna pakaian jm? Dekat area kamu tinggal ada tak klinik bersalin?klinik terdekat apa?kat sana berapa tahun dah beroperasi?dengar-dengar kat sana tengah dalam pembinaan buat masa nie?? Blruppp mati aku! Tue lagik satu hal…gerenti aku tak lulus…hamtam laa…dah sah!


Gagal! Aku berduka kembali…aku jenis suka pada benda-benda yang membuat kepala otak aku berserabut dengan segala macam. Contohnya pada nombor-nombor,angka..dan aku lebih terarah kepada benda begitu. Bila fikir balik lebih baik aku cuba pembantu tadbir semula dan kali ini aku telah berusaha 101% usaha yang aku lipat gandakan dari sebelum-sebelum ini..

Suatu hari aku dapat panggilan temuduga sebelun sebelum temuduga aku pada 30dis2010..maknanya bulan 11 tue lagi aku dah dapat surat panggilan….fuiyohhh…selang dua minggu aku dapat lagik surat temuduga dari SPP..tarikhnya hampir dekat dengan SPA iaitu pada 28dis2010..fuiyohhh rezeki ne dan aku tak sia-siakan masa ku begitu sahaja..aku carik segala macam maklumat yang berkaitan,aku jumpa bos aku,aku Tanya dia macam-macam soalan..aku belajar segla kementerian-kementerian yang ada..yes!haha..tiba hari temuduga masa kat SPP hari tue…ada la seorang calon kata yang membuat aku gelisah sebentar..

“kalau temuduga spp ne,untuk jawatan bahagian atasan dan segala macam yang berkaitan dengan kementerian pelajaran bukannya kita di transfer di sekolah-sekolah.itu bukan bidang spp,oke?itu bidang spa.”

Menyampahnya tengok dia…cet! Darisegi penampilan memang bergaya macam bukan dari golongan aku jerk (sabah,dan spm)hahah..memang sah! Masa memperkenalkan diri waktu tue,dier berasal dari kl,datang sini ikut suami dan bekerja sebagai…..lawak gila nak mampos aku dengar..baju mengalahkan pegawai beb rupanya kerja kat shopping complex…hahaha…siot jerk aku tengok minah ne berlagak rasa-rasanya dia tahu semua..dan lagik satu dier berkelulusan ijazah bahagian civil kalau tak silap…engineers tue huhuw…mati-mati pegawai tue gasak dier bertubi-tubi…ambek ngko!hhahah..

Aku memang gelisah waktu tue,tapi aku serius dan tak serius sangat..sempat jugak pegawai tue gelakkan aku bila aku jawab soalannya..heheh..suratni2…heheh..itu jak keluhannya kat aku…cet…mentang2 aku sorag jak stpm time tue…yang lain ijazah beb,sorang tue mcdonald nama dier,spm..sama la kami ne…hihi..aku pun tahu la nak kata apa,lulus atau tak belum ada keputusan sehingga sekarang ne..

Sekarang nie temuduga hanya memberikan satu situasi dan kalian yang merupakan calon-calon temuduga bersiap lah banyakkan tahu isu-isu semasa dan bidang jawatan yang korang ambek dia akn bagik satu situasi jadik korang kena selesaikan situasi itumengikut diri korang sendiri..jadik kenalah berfikiran kretif sikit oke!

Sama jugak masa aku temuduga spa 30dis hari tue dier bagik jugak aku situasi n yang lebih bestnya pegawai tue tak marah-marah macam 1st temuduga aku dulu kat spa..best la,soalan pown dier tak banyak Tanya dier juz Tanya berkaitan bidang tugas sahaja..so calon-calon tue pastikan anda semua bersedia dari segi mental dan jugak emosi oke…macam aku ne ada darah gemuruh sikit,tapi kenalah releks sebelum tue dan untuk jawatan pembantu tadbir anda kenalah mesra dan sentiasa tersenyum bila berada dalam bilik tue yerr…jangan jak nanti dia kata korang giler sudah la…hehehhe…

Dan sekarang aku masih menanti keputusan temuduga tue…entah lulus entah tidak tapi jangan selalu mengalah oke!....mungkin itu bukan rezeki dan mungkin itu jugak tandanya aku harus carik keja yang lain tapi aku takkan mengalah aku akan cuba lagik untuk lain kali..

One more thing,mungkin juga niat dari diri membuat usaha kita sia-sia.
So,renung-renungkan..niat memainkan peranan dalam segala keputusan yang berlaku.

Sunday, February 13

Kata patut maaf!


Tahun akhir lalu aku ada marah seorang teman...teman itu baik budinya,teman itu baik akhlaknya,teman itu penyayang orangnya,teman itu sungguh mulia hatinya..tapi keadaan yang membuta tuli membuat aku rasa mengamuk padanya sehinggahlah keadaan menjadi "mati".

Aku tidak sempurna dirinya,perilakunya,tuturnya,budinya dan aku memang angkat tinggi dirinya dari diriku..kepada mereka aku meluah tapi sayang aku terlupa yang mereka tidak sehebat dirinya bila aku luahkan masalah itu pada mereka..mereka bukan dia.

Dan aku pergi kali ini mungkin untuk selamanya,aku tak ingin berjumpa dengan dirimu lagi kerana aku takut rasa ini kembali,kerana aku takut aku akan terlalu berharap denganmu lagi..kerana aku takut aku akan terluka..benar kata seorang sampah! dia kata rindu itu adalah rasa bagi seorang yang tak berani buat keputusan.

Kini mereka dan dia telah pergi manakala aku masih di sini berteman seorang kawan kecil untuk aku melepaskan rindu pada mereka dan dia..dan kepada dia bukan aku tak mahu berteman kamu,tapi aku malu pada tiap kesalahan yang aku lakukan kepada dirimu,kamu terlalu baik pada aku dan tak mungkin aku akan melukakan hati kamu untuk yang entah ke berapa kalinya aku lakukan..aku ikutkan kata hati aku membenci tanpa rela aku membuang tanpa paksa..dan aku tak ingin ini berlaku...dan untuk dirimu juga aku doakan kau bahagia dan berjaya menjadi seorang pendidik yang lebih baik dari cikgu kita dahulu..hehe...

Maaf atas keterlanjuran diri ini..
Maaf atas segala yang aku lakukan..
Relakan perpisahan ini..
Maaf Ajis@Anuar..

Post pertama di tahun 2011

Akhir rasa di tahun baru ini aku mungkin terlewat sedikit oh mungkin bukan sedikit tapi terlewat sebulan 13hari untuk mengucapkan selamat tahun baru buat pembaca-pembaca sekalian mahupun blogger2 yang sudi mem''follow'' aku samaada yang suka mahupun tidak...jika tak suka tak payah follow la wei...hehe..

Sudah berapa lama dan berapa kurun agaknya aku tak singgah menjenguk blog ini dan mungkin aku rasa aku nak menamatkan sahaja blog lelayang ini biar dia tertimbus mati di telan rasa seperti matinya hati aku pada kali ini..bukan kali ini sahaja aku mati,tapi sejak peristiwa itu...iya pristiwa yang benar-benar masih segar di ingatan dan naluri batin aku yang terseksa yang amat..aku bukan seorang pujangga kata yang pandai bermadah dan bermain dengan kata sehingga aku tak mampu melempar pandangkan sebuah ketentuan yang terjadi..itu bukan aku.

Aku adalah seorang perempuan yang pasti aku tak tahu arah sebenar yang aku lalui kini..aku ikutkan kehendak takdir yang membawa aku sehingga aku rela takdir mempermainkan hidup ini...

Ada orang kata kita kena berubah..aku akui kata-kata itu tapi aku tak pasti adakah kata hati aku merelakan kata-kata itu...memang sukar untuk kita berubah apatah lagi jika kehendak itu adalah kehendak diri orang lain dan bukannya dari kehendak diri sendiri..tapi selagi kita tidak cuba,kita tak mungkin dapat merasa perubahan diri kita sendiri...

~aku sedang merasa dan dalam proses pemulihan~

Kadang kala juga aku dapat melihat pada perubahan sekeliling aku..kita terpaksa terima hakikat bahawa perubahan akan membuat kita kehilangan orang-orang yang terdekat malah orang tersayang dan aku rasa benci pada keadaan ini...mengapa kita perlukan perubahan??sedangkan janji setia sudah terpatri??

ohhh aku lupa akan satu hal...kita berbalik pada takdir...semua ini kerana takdir..jahat ka DIA yang membuatkan keadaan ini berlaku dan membiarkan diri kita terasa terasing dari mereka..jahatkah DIA kerana membiarkan hati ini terus-terusan dalam keadaan rawan?? Jahatkah DIA kerana memberikan kita hidup yang tidak sesempurna diri mereka?? aku tak sangsi pada ketentuan ini kerana aku mulai percaya yang DIA ada alasan sendiri kenapa ini semua berlaku..

Aku mulai rasa bersyukur kenapa aku di kelompokkan dalam golongan ini,mungkin aku patut sedar akan diri sendiri,dan aku sebenarnya takut untuk menurutkan kata hati kerana aku takut akan jadinya aku lupa pada asalku,aku lupa pada diriku yang dulu,aku lupa akan tuhanku jika aku terlalu leka untuk mengejar sesuatu yang aku harapkan....sesungguhnya aku redha atas ketentuan ini..