Saturday, April 23

Secelakanya Hidup

Bila keadaan memaksa kita melakukan satu hal yang tak mungkin bisa, terpaksa memungkinkan suatu keadaan menjadi kenyataan.

Dan mungkin suatu kejadian itu memang sudah tertulis dan sebagai seorang si pejalan menuju Tuhan terpaksa akur pada suatu ketentuan.

Terpaksa. Makna kata dari suara yang tak redha.

Berfikir sejenak.

Apa mungkin Tuhan itu mahu kamu kembali pada ketentuan hidup asalmu.

Tulis sesuatu yang menyeronokkan!

Yeay! Betul tue..menulis nie kadang-kadang memang best. Aku suka menulis. Samaada ia saja-saja ataupun satu kerahan. Kerahan? Wah..nampaknya kau ni dah terikut-ikut dengan bahasa-bahasa si en.zahiril tue napa tak bahasa-bahasa dari si en.ayam pulak lagi…itulah terlalu banyak membaca karya-karya manusia seni itu sehingga bahasanya juga kau curi pakai ya..biasa kamu ya sue! Heheehe.:)

Memang aku tak nafikan,aku seringkali guna bahasa-bahasa dari beliau berdua. Bukan niat nak mencuri ayat-ayat dia,perkataan-perkataan dia tapi semuanya dah terlekat rapat di minda aku ni..isyhh susah nak buang...aku halau dia datang balik,halau lagi sampai rumah mak syamsir datang balik..aisyhhh bilanya nak hilang???

Otak aku sebelum dia mula bergiat dalam bidang penulisan nie seperti sekarang la. Sebelum timbulnya niat nak menulis blog aku memang dari mula seorang peminat puisi. Nak cakap aku nie masa spm dulu ambik kelas sastera,tak la jugak. Aku ambik sn social. Sn social pa benda sue?? Ntah aku pown tak tahu apa aku belajar dulu,yang penting kelas campur-campurlah..tue pasal aku tahu macamna nak bantu orang sakit(berkat ajaran cikgu zain) dan buat akaun,mereka cipta pun aku pandai. Itulah faedahnya aku belajar dulu masa spm.

Sebut pasal mereka cipta ne,dulu aku tak da bajet nak bagik kawan hadiah bufday dia. Tiba-tiba aku terfikir nak bagik kad. Fulamak! Kad apa? Kad spesel beb. Kawan aku tu plak tak sangka-sangka dapat kad macam tue. Memang lawa lah..huhu..bangga nie…astaga,jangan takbur. Mengucap.astaghfirullahalazim..:p

Sambung.

Aku memang dari mula menulis puisi. Masa tue form 2. kami di beri tugas untuk mendeklamasikan puisi sendiri. Uisyhh..payah beb. Tapi kumpulan aku dapat nombor 2 sebab tak la hebat sangat.

Masuk form 6 aku mula aktif. Sebab bunga-bunga cinta timbul kan..hahahaha..bertambah leleh lah sajak-sajak aku..hahaha..gila kau ne eh!

Di alam pekerjaan pulak aku tak seperti dulu. Aku lebih focus pada kerja. Dan sehinggalah aku bertemu dengan seorang majikan yang bekerja di dewan bahasa dan pustaka. Hasil sajak-sajak aku plak lebih nampak matangnya dari dulu-dulu(poyo).

Kalau dia nampak aku tulis ini,mesti banyak contengan merah nie..hehehe…dia akan kata,mana ada begini ni,ini perkataan apa ni?isyhhh..berapa bm kau dulu? A?? buta mata pemeriksa tue kali,ntah apa-apa punya bahasa. Dalam hati aku kata~bahasa orang muda memang begini..ngee.

Cet..hehehe..sori bos..hahah..

Dan aku kembali aktif ni pun sebab dia yag suruh aku hantar semua puisi-pusi aku di dewan bahasa. Katanya nak
di pulish kan..isyhh..tak nak aku. Mulanya memang aku tak nak,tapi bila fikir-fikir sampai bila aku nak kurungkan puisi-puisi aku yang dah berlambak di dalam cpu aku nie hah! Di blog nie baru sikit..yang belum aku publish banyak lagi..huhu..(macam pernah ku dengar ayat nie…kan en.ZA?!)

Tapi aku menulis sekadar suka-suka. Saja nak hilangkan boring. Aku mana ada boyfriend pown nak keluar hujung minggu,nak meround malam-malam buta. Macam si atom,dewi,peah,maria dan lain-lain..laaaa…ko dah masuk 23 tahun dah sue..takkan belum dapat carik lagik ne hah!

Oii mak cik ingat senang ker? Carik kerja lagi senang dari carik boyfriend tau! Huhu…

Ala baru 20series bak kata zed zaidi tue..enjoy dulu hah..huhu..yer la ngko.



p/s seorang kawan lama muncul sambil tanya, ko dah ada bf ker?bila la aku nak tengok ko nie berkapel..*0*

Thursday, April 21

Account clerk/clerk

Nah sudah..!balik-balik kerani,balik-balik kerani..kenapa tak pegawai cik sue oiii! Bila lah ko nak naik pangkat ke pegawai nie…aiyakkk..aku dah rimas nie eh,kerani-kerani-kerani..ko tak bosan kah?!

Dui bha…senang ko cakap sana arr mak cik. Ku tumbuk ko sana…cuba buat la..hah…senang ka nak naik pegawai,ada hati jugak rupanya juga cik sue ne arrr..hahaha..

Hati adalah,perasaan jak teada..aikk..macamana tue??huhuw…betul-betul sinting nie orang…hehe

Ya,aku dah kerja di satu company ne..lagi! selepas dah tak kerja di pusat tuisyen hari tue,aku kan dah bagitau aku dapat kerja baru kan..nah sekarang aku kat tempat tue..nama company evergrowth marketing.

Aku mulanya tak tahu selok belok company nie,tue pun setelah bertungkus-lumus memerhati(cet!) barulah aku tahu pasaran sebenarnya…malas lah aku nak berceloteh pasal tue…bukannya best pun..ngeee…

Kerja aku kali nie betul-betul keja accnt..neh..pandai sudah aku sekarang nie buat ubs…jangan jeles mak cik..huhuw..baru ubs sudah bangga..uikk bangga lah bodoh! Ada hati kau ne arr cakap kerja aku..tumbuk ne..hahaha….

Sudah namanya dia carik kerani accnt,mestilah kerja bhgn accnt..apa daa..hehehe..lek bha mak cik..

Tapi keadaan nie membosankan aku lahh..aduiii…tunggu keja datang,aku tak carik keja..aiyakkk…berjam-jam depan pc nie aku menghadap ubs,hadap jak! Aduiiii….bosan geng..tak habis tue,filling,tak sudah lagi issue cheque,dan aku tengah tunggu sekarang nie kira stok. Tue yang payah tue…kata diorang la..aku tak cuba lagik. Padan muka kau cik sue!hah!

Dan baru jak tadi pewagai aku bagitau, lepas nie siap sedia ko akan busy bila kita buka 3 branch baru..benda yang remeh temeh nie tak akan lagik ko buat. So siap oke?!

Roger! Yeay finally aku akan sibuk..alamak..!takut la pulak..ngee.



p/s sue,jom makan! ta nak la..i bawak bekal..:))

Aura Mas Idayu makin menjadi-jadi

Hah?!apa benda nie..isyhhh ko jangan main-main..karang tak pasal-pasal kena saman,sapa susah…

Isyh tak la…nie memang ada kena mengena dengan ratu pujaan nie,tapi bukan seperti yang kamu semua sangka..aiyakkk..


Aura mas idayu nie timbul di opis..aduiii tak pasal-pasal la pulakkk…kenapa mas idayu..hah itulah lancang mulut kan..hhaaha..aku rasa 1 opis nie dah tahu dah..asal time makan jak, mas idayu tak nak makan(Tanya kat aku) apa?! Siotttttt sapa cerita pasal mas idayu nie???cet..mentang-mentang aku diet..hahahaha

Hah! Nie mesti kerja kak mimi nie..kantoi aku beb!huhuhu..tak elyana mas idayu..ada hati delo…huhu

Tak la,aku saja cakap nak kurus macam mas idayu punya body…wahhhhh ada hati ko arr sue!!!

Khakhakhakhakhakha dan khakhakhakhakha lagikkkk!

Duii bha,biar la bha,sekarang nie capai target..ngengengeee..so siap la korang,mas idayu versi sue akan menjelma juga..hohoho! berapa abad ehh???hahahaha



p/s uisyhhh senang ati nampak tuan?

Blog rasmi Cik Sue kembali aktif

Hohoho..aktif!aktif!aktif!..eyerr la ngko! Huhu…aktif ker cik sue? Tiba-tiba,gila ka apa ngko ne…huhu..

Dah cukuplah kepoyoaan kau ne sue,sudah-sudah lah mengada-ngadanya..banyak cakap tapi semua kosong..hehe..eleh jeles la tue sama aku. Tau tak pa..haha..

Tahun lalu ko banyak senyap kan,tahun nie makin mengada-ngada perangai kau.kenapa? hahahaa..tak boleh ker mak cik oiii?! Aku nak ambik mood baik punyerr tahun nie. Ambik mood shaeizy sam..kan dia menang award baik punyerrr,tue la pasal.hah!

Ek’eleh minah nie minat sam rupanya..huhu..sejak bila beb?hahaha…mana miss dinzly tue dah lama tak dengar citer.?!

Eeeeya’ etu dia…!miss dinzly arrr..tue dulu-dulu,skrg zaman dah berubah,sekarang zaman k-pop..hahaha.. dan sam pulak tiba-tiba melonjak kat atas..nah,dinzly aku tertinggal kat bawah..tapi dia tetap hero aku…huhuw..gilak eh!

Tapi dua-dua pown highway baekk punyerrr..jangan risau lahhh…ngeee..

Aiyakk…tiba-tiba aku jadi boring gilakkkkk!!!



p/s ada kerja kosong tak?!

Tuesday, April 19

Suatu rasa yang mati

Hari itu ku wartakan sepucuk surat berbentuk hati.
Dalamnya menceritakan tentang suatu perasaan yang pasrah,amukan dan serba salah.

Dendam yang tidak berbalas,mati dan tersadai
Terpinga-pinga untuk membiarkan semuanya di bawa ombak tsunami.
Hilang.lenyap

Tapi memungkinkan keadaan itu, aku biarkan ia berlalu.
Aku matikan suatu rasa yang selama ini mengganggu.
Aku matikan sebuah rasa yang menggamit dukaku
Aku matikan.
Hingga aku pun mati barangkali.

Kadangkala bila kita membuat suatu kenyataan,kenyataan itu bisa membunuh.
Tapi harus aku ingatkan,kenyatan itu jugalah yang ikhlas dari hati
Maka kenyataan tidak harus di persalahkan
Cuma bagaimana kita belajar untuk tidak mengikut
Perasaan dalam membuat suatu kenyataan
Kerana kenyataan itu harus jujur,
Perasaan jangan dilebihkan
Kerana ia bisa mengundang masalah
Kerana ia juga bisa memutuskan suatu pertalian.

Berbalik pada situasi bagaimana mulanya kita lalui
Hingga tercetusnya rasa itu
Hingga matinya rasa itu
Ini bukan suatu penerimaan yang adil jika keduanya tidak berada dalam satu arah yang sama. Maka dari situ aku mula sedar akan hal yang selama ini membuat
Kita berada dalam “masalah”.

Bilamana hati kita was-was untuk melakukannya,
Maka di situlah lahirnya syubah
Dan di dalam syubah itu ada yang ke-tiga.
Ke-tiga itu adalah si setan yang bisa melaknatkan kita.

Maka dengan tanpa rasa was-was aku memberanikan diri
Untuk membuat suatu kenyataan
Entah di terima,entah tidak,aku redha.
Kerana bagi aku semuanya ada penyelesaian yang benar untuk
Persoalan bagi sesuatu perhubungan yang terbengkalai ini.

Maka dari itu,
Atau sebelum itu lagi
Aku rela akan melepaskan rasa itu.
Hanyut.
Tersadai.
Mati.

Satu yang masih tertinggal.

Ada kala bila semua benda yang kita mahukan itu tercapai,ada satu lagi benda yang masih lagi tertunggu. Berabad,lapuk dan tertinggal. Semua yang diingini di capai tapi tinggal satu. Dan kala satu itu menyebabkan hidup tidak selengkap yang di cari. Seperti dia dan mereka.

Satu itu juga kadangkala bikin hati jadi rawan tatkata satu itu betul-betul diperlukan dalam keadaan yang genting. Tapi satu itu tiada. Mati dan terbengkalai. Malahan tersadai