Saturday, May 31

Kau tidak punya siapa2

Malam. 31hbMei. 11:20pm.

Datang kau tidak pernah aku undang. Malah pergi mu juga tidak pernah aku usir.

Aku. Sesekali ingin mencuba menjadi yang terbaik. Dalam hidup mereka.
Malah dalam hidup kamu.
Sehingga aku lupa pada diri
Kerana aku mementingkan mereka dan kau.

Tapi aku hairan dengan situasi ini. Keadaan ini. Masa ini.

Jika berbuat baik pada mereka dan kau, kita akan di balas baik. Itu doa seorang rakan yang aku tak kenal suatu ketika dulu. Sungguh aku tak kenal dia. Tapi kata2 nya membuat aku sedar aku hidup ini bukan untuk aku. Tapi untuk mereka kau dan orang yang ada di sekelilingku.

Aku tunggu balasan baik itu. Sebab aku ingat tiap perkara yang aku lakukan. Tapi aku terlupa tiap nyaa..atau aku sudah terlalu jauh terlupa. Yang aku ini terlalu meminta minta di berikan balasan baik itu. Sehingga dalam jangka aku terfikir, ikhlas kah aku berbuat baik???

Aku lupa keseluruhannya. Aku lupa diri. Aku lupa siapa aku. Aku menjadi malu pada diri. Tuhan, tolong hamba-MU ini yang seringkali lalai dalam menjalankan tanggunggjawab yang telah ENGKAU berikan.

Dan kenapa Tuhan menguji kita, tiap apa yang ada pada kita...dia ambil perlahan2 atau terus sehingga aku tak ada apa2 saat ini. Jujur. Aku tiada apa nak kongsi. Aku tiada apa nak cerita lagi. Aku tiada apa nak beri. Mungkin ini kita perlu berbagi.

Kita perlu berkongsi. Kita perlu memberi.
Ambil lah. Ini bukan milikk aku. Ini bukan hak aku. Ini bukan untuk aku. Ini bukan jodoh aku. Ini bukan rezeki aku.

Tapi aku yakin. DIA menjanjikan yang terbaik untuk aku. Suatu saat nanti, bila aku sudah bersedia untuk keadaan itu.

#terimakasihALLAH

Saturday, May 24

Ini belog aku

Aku cuma mahu katakan
Aku bukan sebaik shakpears
Untuk mengarang puisi2 yang hebat2 belaka
Bukan juga seperti fynn jamal
Yang ada saja idea nya dari terus keluar
Dari ruang kepalanya
Dari otak2 mereka
Tapi aku cuma mahu katakan
Aku seorang yang suka menulis
Dengan apa yang aku rasa sekarang
Situasi ini
Untuk aku sendiri
Walau dahulu pernah aku katakam
Aku menulis untuk semua
Tapi sekarang aku menulis untuk diri aku sendiri
Laman aku sendiri
Sebab ini belog aku yang punya
Jadi aku bebas menulis untuk diri aku sendiri.

Jangan marah aku.
Jangan lagi di rentap jiwa ini.
Cukup sampai di sini.

SAng Hati

Seperti hari yang semalam,
Kau seperti bayang yang singgah dalam lena,
Saat semuanya jaga maka matilah bayang itu,
Saat itu baru aku menyesal,
Mimpi itu bukan milik aku.

Seperti semalam,
Surat yang aku layangkan
Aku jenggah kembali
Dalam laman masej muka buku
Tapi,
Masih tiada balasan
Untuk 5tahun yang lalu.

Seperti semalam,
Hati ini masih tiada peganti
Walau di cuit rasa nya sedikit
Tapi masih rasa kekosongan itu
Bila di main rasa ini
Aku semakin hilang.

Dalam hati
Kalau kamu jodoh
Datanglah kepadaku
Kalau bukan
Jangan mainkan lagi hati ini
Hanya kepada sang hati
Untuk rasa berteman dalam suka dan duka




 

Ulang Tahun ke-26





Ya,ulang tahun kali ini aku bersama abangku dan keluarganya menghabiskan malam sabtu makan bersama-sama..bukan seperti selalu aku bersama keluaga. Tapi sendiri. Di kota ini. 

23 Mei 2014. Aku masih berseorangan. Dan seperti kata mereka yang masih tak habis2 nak mengejek,mengutuk, yang aku tak punya boyfriend lagi...arghh stress!!! Tapi aku bebalkan telinga,walau dalam hati hanya ALlah je yang tahu..sedeh!

Hari ni 24 MEi aku duduk dalam train. Menunggu gerabak ini berhenti ke destinasi. Kot2 ada yang menyinggah di hati pada kali ini..heheh...

Aku semakin bosan. Bosan dengan keadaan ini. Situasi ini. Ok fine. Aku benci situasi ini.

Thursday, May 22

Hutan Batu.

Segalanya bermula bila aku mula menapak di Brickfields kerana menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pegawai awam yang hanya berpangkat N17. 

Aku kira kan, kehidupan semakin baik. Apa yang aku ingin rasakan iaitu kesenangan hidup sebagai seorang perantau yang aku kirakan adalah yang baik-baik belaka sahaja. rupanya tidak. Kota Lumpur ini hanya indah khabar dari rupa.
Suatu kota yang mempunyai masyarakat yang begitu mementingkan diri. Masyarakat yang sanggup menjatuhkan rakan-rakannya sendiri demi kepentingannya dan kuasanya sendiri. 

Kuasanya. itu yang aku cuba nak sampaikan. Masyarakat di sini kurang dengan sifat bersatu padunya, bekerjasamanya, kejujurannya sama sekali tiada nilainya bagi Hutan batu ini. Hutan batu. Aku mencuri kata yang di buah akal kan sendiri oleh kawan aku di post-post wechatnya. Hutan batu ini mempunyai masyarakat yang kurang peka dalam hal-hal kemasyarakatan,kemanusian. ya. kemanusiaan. aku mencari satu perkataan yang sesuai untuk aku bicarakan.

Nilai kemanusiaannya sangat rendah. Kita nampak bila tiap2 kali nak naik Ktm,LRT ( sebab aku pengguna Pengangkutan awam ini) , ada tak mereka nak hidangkan tempat duduk mereka kepada orang-orang yang lagi memerlukan?? tak kan. ada yang sanggup berpura-pura tidur agar mereka terus duduk tidur. 

Lagi satu, di tempat orang tak payah nak tunjuk pandai. Tapi apa yang aku perasan bila tak tunjuk pandai pun, orang akan tetap mengata kau ini tunjuk pandai. Eh, Bodohlah. akal ada ke? ke dah memang hilang sifat2 murni dalam diri kau? kau? kau? dan mereka?? memang begini ke cara pemikiran manusia hutan batu ini?? eh pegi mampos! Tak payah nak tegakkan benang yang basah. Sebab aku dah terkena. dan terkena. beberapa kali. sampai kan aku dah naik menyampah dengan manusia2 ini. memang hutan batu macam ni? kesian kau hutan batu. 

Manusia moden yang tinggal dalam hutan batu pun takkan akalnya di curi oleh katak yang masih di bawah tempurung?? Memang bagus untuk berkejar-kejaran di hutan batu ini, tapi janganlah sampai sanggup menjatuhkan orang lain dengan cara yang salh. menjatuhkan orang itu juga adalah salah! Jadi berfikirlah selaras dengan umur yang sudah meningkat naik. Faham-Faham sendiri la.

AKU TAK KACAU KAU, JADI TOLONG JANGAN KACAU AKU. HORMATI AKU SEPERTIMANA AKU HORMATI KAU! KAU TAK LAYAK UNTUK DI HORMATI JIKA BEGINILAH CARA MU.






 

Friday, May 9

Kembali ke penulisanku.

Sudah lama tidak menekan-tubi-tubi keybod monitor ini. Rasa rindu la pula nak menjenguk singgah blog yang sudah lama aku tinggalkan. Rasanya hampir setahun kot. Banyak yang aku nak kongsikan di sini. Tapi mungkin masa yang tidak mengizinkan aku untuk menjenguk ruang blog aku sendiri. Hampir setahun aku duduk kl, meninggalkan kampung halaman sendiri, bila terasa dah terbang aku semakin gayat di tempat yang tinggi. Dan di kota ini terasa asing bagi aku pada hari pertama aku jejakkan kaki di sini. Dan kini aku rasa tempat ini tidak lah kejam sangat,cuma persekitarannya banyak mengajar aku menjadi yang lagi pantas dari aku di belakang dulu. semakin lama manusia berkejar-kejar,sehingga tak mampu aku kejar lagi. Tapi berkat usaha, aku kejarkan juga. Buat mereka di kampung. Tunggu akan kepulanganku. p/s : AKU MASIH MENANTI. DIA, DATANG BILA DIA BERASA TAK PUNYA SIAPA-SIAPA. BUAT AKU KEMBALI SESAL ATAS APA YANG AKU LAKUKAN. MATIKAN RASA INI,-DIA BUKAN UNTUKKU.

Arjuna.

Dia datang lagi. bila di cuit. sang arjuna berkuda putih. gagah perkasa..tapi..kudanya jatuh. maka arjuna terjatuh cinta... soalnya merapu.

Burung Hinggap.

Burung hinggap. memang tak menjanjikan apa-apa. tetapi memberikan aku harapan. sedikit pada hati yang tulus. Burung hinggap tidak pernah kejam. Meski dia di kecam oleh mereka kerana melukakan satu hati itu. Burung hinggap. Kau harapan pada satu hati yang menanti. di sini. Meski kau sudah melupakan. tapi.. hati ini tidak pernah mati untukmu. Kembalilah. aku masih di sini.

Sunyi.

Sunyi. aku rindu perasaan itu. Bila aku fikir bali. aku kehilangan rasa itu. lama. terasing. merajuklah ia padaku. mahu saja aku bunuh rasa ini. kerana ia sakit. mencucuk-cucuk di dada. kerana mungkin ia terpendam. sunyi. kerana aku sudah terlalu lama tidak berada dalam zon itu. rindu. semakin menerjahku. mungkin aku terlalu biasa dalam keadaan yang stabil-senang. hasil dari apa yang aku usaha. meski aku merangkak dengan usaha yang aku perbuat dahulu. biar kecil. biar tak di nampak. biar tak di mengerti. buat kamu. buat mereka. dan buat dia. tapi.... semakin ada yang kosong. ntah apa yang aku cari. tak pernah aku jumpa. semakin hilang. tak mengapalah,akan aku usahakan lagi. sunyi. jangan kau merajuk lagi, aku datang menjengukmu. pada tiap malam ku.

Otak

Otak. Sikit-sikit dia jadi blank. Sereblumnya keluar di ajak bersama serebelum nya beriringan. Maka aku kosong. Dengan akal yang tak berakal. Maka aku mati. Matilah aku. Tubuhku.