Tuesday, February 21

Bukan entri tahun baru.

Kadang-kadang aku ingin menulis kerana aku mahu. Dulu,aku suka menulis. Tapi idea tiba-tiba hari ini hilang. Otak aku kaku. Mungkin sudah lama aku tidak menulis,dan aku lupa bagaimana untuk aku menulis.

Bagi aku kalau ada idea,aku akan menulis. Tapi bagaimana nak datang idea kalau tak ada inspirasi. Maka inspirasi juga memainkan peranan dalam tiap penulisanku.

Kata zahiril,kalau nak berinpirasi kat mana-mana pun ada. Memanglah,kalau tidur pun idea akan datang. Ini bukan blog zahiril,aku tak mampu menulis macam dia. Atau orang-orang yang berpengalaman di persekitaran blog-blog ini.

Apa yang aku nak sampaikan,berkaitan hidup aku..bukan seratus peratus dalam blog ini bercerita tentang aku,sebab selebihnya adalah rahsia hidup aku. 

Tahun baru,aku tak ada benda nak tulis untuk blog ini.

Tapi hari ini,aku nak cakapkan kat korang semua SELAMAT TAHUN BARU..walaupun dah lambat,tapi aku cukup ikhlas. Terutama penggemar blog ini..ada kah?hehe..

Tahun ini,aku harap akan datang benda-benda yang lebih baik dari tahun tahun sebelum ini. Insyaallah,kalau niat baik pasti ALLAH akan tolong..

Aku ingin berdiam
Tapi aku tak mampu untuk diam
Walau sehari
Malah untuk dua hari
Tapi diamku akan merajuk
Sehingga merasa tersisih.

Jadi tolongglah aku untuk
Mengambil balik hati diamku
Untuk berada di sampingku.

Pasti diamku riang untuk berada
Di sisiku.

p/s bising itu idea,tapi diam itu lebih masyukk.

No comments: