Saturday, May 31

Kau tidak punya siapa2

Malam. 31hbMei. 11:20pm.

Datang kau tidak pernah aku undang. Malah pergi mu juga tidak pernah aku usir.

Aku. Sesekali ingin mencuba menjadi yang terbaik. Dalam hidup mereka.
Malah dalam hidup kamu.
Sehingga aku lupa pada diri
Kerana aku mementingkan mereka dan kau.

Tapi aku hairan dengan situasi ini. Keadaan ini. Masa ini.

Jika berbuat baik pada mereka dan kau, kita akan di balas baik. Itu doa seorang rakan yang aku tak kenal suatu ketika dulu. Sungguh aku tak kenal dia. Tapi kata2 nya membuat aku sedar aku hidup ini bukan untuk aku. Tapi untuk mereka kau dan orang yang ada di sekelilingku.

Aku tunggu balasan baik itu. Sebab aku ingat tiap perkara yang aku lakukan. Tapi aku terlupa tiap nyaa..atau aku sudah terlalu jauh terlupa. Yang aku ini terlalu meminta minta di berikan balasan baik itu. Sehingga dalam jangka aku terfikir, ikhlas kah aku berbuat baik???

Aku lupa keseluruhannya. Aku lupa diri. Aku lupa siapa aku. Aku menjadi malu pada diri. Tuhan, tolong hamba-MU ini yang seringkali lalai dalam menjalankan tanggunggjawab yang telah ENGKAU berikan.

Dan kenapa Tuhan menguji kita, tiap apa yang ada pada kita...dia ambil perlahan2 atau terus sehingga aku tak ada apa2 saat ini. Jujur. Aku tiada apa nak kongsi. Aku tiada apa nak cerita lagi. Aku tiada apa nak beri. Mungkin ini kita perlu berbagi.

Kita perlu berkongsi. Kita perlu memberi.
Ambil lah. Ini bukan milikk aku. Ini bukan hak aku. Ini bukan untuk aku. Ini bukan jodoh aku. Ini bukan rezeki aku.

Tapi aku yakin. DIA menjanjikan yang terbaik untuk aku. Suatu saat nanti, bila aku sudah bersedia untuk keadaan itu.

#terimakasihALLAH

No comments: