Wednesday, April 29

Selamat Tinggal SEPI.

Angin itu sepoi sahaja bahasanya,
Tiada Ribut yang bertandang.
Pokok Kelapa melambai lambai padaku,
Seolah menyambut akan kehadiranku.
Laut pula seolah olah membicarakan bahawa aku senang hati,
Tiada gangguan pada pusarnya.
Pantai bermain main lincah anak kecil,
Membisik seolah olah aku kembali pada asalku.
Tiada satu bahasa yang mampu aku ucapkan selain Aku Bersyukur pada-NYA.
Tiada satu bahasa yang mampu aku dengar selain kalimah "Alhamdulillah".

Sepi itu semakin lama,semakin jauh dariku.
Sepi itu juga yang semakin lama semakin malap di dada ruang hidupku.
Sepi itu juga lah yang menyedarkan aku akan kebesaran yang MAHA PENCIPTA.
Sepi itu INDAH.Sepi itu teman bagiku.Sepi itu Senyum untukku.
Tapi...aku terpaksa meninggalkan segala SEPI yang berada dekat denganku.

Hari ini,aku kembali pada titik permulaan aku berada.
Hari ini juga,aku bakal meneruskan langkah aku yang sudah lama aku tinggalkan.
Hari ini juga,semua yang ada hanya aku biarkan tercoret di helaian kepingan kertas yang jauh berada di hujung tumit kakiku.
Aku pasti SEPI itu SENYUM untukku.

Dan demi meneruskan segala impianku,dan harapanku,
Aku tidak akan pernah lupa untuk menoleh ke belakang,
Belakang itulah segala sejarah yang masih segar untuk aku ingatkan,
Tak upaya aku lupakan sejarah itu..
Bukan aku tak percaya pada diri,tapi sejarah itu yang menguatkan aku untuk terus memperjuangkan segala semangat dan kekuatan untuk aku terus berdiri.
Sejarah itu yang akan aku bekalkan untuk memperjuangkan hari esok ku.
Aku pasti SEPI itu REDHA untukku.

Selamat Tinggal SEPI,aku pasti akan mencapai apa yang aku impikan.
Aku pasti akan membuatkan SEPI itu terisi dengan segala perjuangan ku.
Aku pasti selagi DIA masih tetap di hatiku.
Aku yakin segala yang berlaku mempunyai hikmah dalam hidup ini.
Dan aku Redha atas apa yang telah ENGKAU berikan kepadaku.
Alhamdulillah..

SEPI ITU ADALAH TEMAN BAIK KU.

No comments: