Monday, June 2

Kerana Terpaksa

Dan apabila tiba saatnya suatu hari bila semuanya hilang dari sisi, dari pandangan. Aku mahu ambil keputusan untuk diri. Iaitu langkahkan saja kaki ku, biar ia terjerumus dalam kencah kemaksiatan, dalam dosa yang tak terperi.

Bukan salah mereka. Bahkan bukan salah kamu. Di mana mereka saat aku lagi perlukan suatu pandangan, saat aku lagi perlukan tangan untuk bawa aku kembali berdiri di sisi bersama-sama aku.

Di mana mereka? Di mana kamu?
Tapi ini bukan salah kamu. Juga mereka.

Ini salah diri.
Salah diri sebab mendiamkan diri terlalu lama juga salah diri.

Aku. Lagi buntu kamu.
Saat ini.

Esok, biar aku langkahkan saja kaki ini. Biar aku berikan saja tangan ini pada mereka. Agar mereka gembira. Agar mereka tidak berkecil hati.

Hati. Tenanglah kau. Semoga Tuhan sentiasa melindungi diri ini. Semoga DIA berkati diri ini. Tubuh ini. Mata ini. Tangan ini. Kaki ini. Juga telinga ini.

No comments: