Monday, March 14

Pilihan di tanganmu.

Kamu berdepan situasi antara dua pilihan. Meski kamu tidak dapat memilih kedua-dua pilihan menjadi muktamad,kamu mahukannya,kamu mengeluh akannya, kamu buntu memilikinya.

Sekarang pilihan itu di tanganmu. Sama ada kamu raba,kamu sentuh,kamu pandang,eloknya kamu dengar pendapat dari kawanmu. Terdekat. Tapi kamu masih juga tidak dapat memilih. Maka kamu lopong pandang pada satu arah kiblat yang akan memberi tahu makna dari kedua-dua pilihan tersebut. Meski bicaramu tidak bersambut seperti yang kau inginkan. Kosong. Kamu mengeluh lagi. Maka bukakan mata hati kamu,usah berdalih dan merungut teruskan memandang dengan hati yang terbuka.

Sungguhpun begitu,kamu masih dapat memilih. Lihat di sana. Siapa yang harus di perdagangkan pada satu arah tujuan hidupnya. Dia tidak dapat memilih pada ketentuan yang telah di tentukan dari pemerintahnya sendiri,bukan dari dia kerana hidupnya sudah di tentukan menjadi tawanan pada hati-hati busuk penuh keji dan serba kedaifan lantas maruahnya tiada nilai harga.

Kamu pandang lagi pada diri kamu. Terang lagi celik awalnya. Yang kamu katakan kamu seorang yang idealisme,kamu seorang yang berjiwa kental,kamu seorang yang punya bakat,kamu seorang yang cerdik. Tapi kamu lupa,kamu lalai dalam satu hal meski kamu sudah meninggalkan hidup silam kamu yang penuh dengan warna kehitaman yang pelanginya timbul pada hari semalam membawa kamu kepada warna warni kehidupan sebenar,kamu lupa memandang masa silam kamu. Bagaimana kamu naik merangka awalnya,meninggalkan jiwa-jiwa yang raung kerana terpaksa berpisah dengan kamu. Sedarikah kamu?

Pemerintah tidak selalunya menang atas dasar pemerintahannya yang di katanya betul,keras dan kuku besinya. Malah pemerintah jiwa yang betul telus lagi saksama atas dasar jiwa murni seorang pemerintah juga bukan satu alasan mengapa seseorang itu pemerintah yang berjaya. Bukan. Kamu silap. Kamu juga harus tahu kamu seorang pemerintah bagi diri kamu,seluruh tubuh badan kamu seperti hidung,mulut,telinga,tangan,kaki,hati kamu. Dan asalnya bukanlah hati bagi kunci pemerintahan yang benar,tapi akal kamu di campur gaulkan sehingga hati kamu bermain bersamanya. Maka jadilah kamu seorang pemerintah yang berjaya bagi diri kamu. Begitu juga bagi sesuatu keputusan yang kamu lakukan.

Kita sambung. Antara dua pilihan. Kamu nampak jawapannya? Jika nampak,yang mana kamu pilih? Bukan bermakna tidak membuat keputusan adalah seorang yang gagal. Tapi seorang yang takut menghadapi ketentuan yang telah di tentukan sebenarnya oleh Tuhan. Maka golongan ini sentiasa rugi,sedari itu kamu perlu tahu dan bijak untuk membuat sesuatu keputusan. Kerana keputusan itu bakal membuatkan kamu kehilangan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lebik baik.



p/s lari daripada masalah,adalah seorang yang gagal membuat sesuatu keputusan dalam hidup.

No comments: