Monday, February 21

Hasutan Pemberontakan!

Bicara pada laut,ombaknya mengganas
Bicara pada angin,tiupnya mengencang
Bicara pada air,pusarnya terlalu besar
Bicara pada bumi,alamnya menghilang.

Kau sudah ditakdir begitu
Tapi kau masih mahu yang lebih
Tidakkah kau rasa dirimu terlalu rugi
Tidakkah kau rasa dirimu penuh malang
Bila kata-kata takdir menulis setiap langkahmu
Membiar kau lari dari kenyataan
Tanpa kau sedar diri terlalu jauh dari yang kau cari.

Aku bukan melihat pada labelnya
Bukan juga pemberi makna kata yang terbiar
Tapi aku rangkumkan segala kata
Yang bisa mengitar semula segala kata yang kau buang
Dan aku ungkap dalam makna dari bahasa ku sendiri.

Kau mahu apa?
Kau bisa apa?
Kau siapa?
Dan kau sampai bila?
kau tidur segala tiap waktumu
kau bangkit segala tiap dosamu
dan kau lebihkan segala hartamu
membiarkan si anjing memakan sisamu.

Aku mahu katakan!
Aku mahu kotakan!
Aku mahu biaskan!
Aku mahu musnahkan!
Kerana aku pemberontak alam
Aku mahu suara pekikan burung rajawali
Membunuh sisa-sisa pipit!
Membunuh sisa-sisa sawit!
Membunuh sisa-sisa dosa manusia!
Membunuh sisa-sisa gagak di rimba!
kerna kau pemusnah dan aku pemberontak itu.!

No comments: