Friday, February 13

valentine bakal menjelma...



hi all...huhuw...pasti ramai yang tunggu2 dengan kedatangan valentine esok kannn??kan??hehe...x payah tipu la...terutama sekali bagi pasangan yang tengah hangat bercinta sekarang...ceh...nak malu buat apa???ader aku kesah??haha...whatever...
ya laa...kadang2 ada jugak yang pikir...valentine?!ceh...buat ape nak sambut valentine!!korang ingat nie negeri omputih ker??sedar arr kita nie dah bertamadun babe!...haha...lawak la...

huh!bagi aku plak valentine nie sama ada korang nak sambut or sama ada korang xnak sambut..terserah jerk...ader aku kesah??ehe...kalau dulu..aku suka tengok kapel2 yang pegi sambut valentine day.rasa seronok kan..dapat tengok diorang bermesra mesraan,bagi bunga,n yang paling femes bagi present chocolate..hihi...now bagi aku tue semua,xda maknenyerr....bukan jeles ka,apakah..tapi memg x berminat....huhuw...bukan nak cakap apa..aku kan xda boyfriend..hihihi...lagipon valentine nie kalo x silap,sempena kematian paderi valentino..ok...kalo nak pastikan betul2...jom kita baca sumber2 kat bawah nie..

~Elak Sambut Valentine;s Day~
Dari sudut bahasa,valentine dalam bahasa inggeris atau valentino dalam bahasa itali adalah berasal daripada sebuah keluarga berbangsa Rom iaitu Valentinus yang juga berasal daripada Latin iaitu Vanes yang bermaksud,kuat,aktif,sihat dan seumpamanya (laman web behine the name : the emotology and history of the name)
Menurut sejarah pula, perkataan valentine di ambil sempena nama paderi besar kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol iaitu Saint Valentine. jasa beliau yang telah menumpaskan kerajaan islam di Cordova Sepanyol pada 14 Febuari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dia anggap sebagai kekasih bagi rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14 Febuary di sambut setiap tahuh di Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut yang di panggil Valentine.

~Hari Kekasih bukan budaya kita~
1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR

(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:
Saya ingin mendapat penjelasan tentang perayaan Valentine's Day yang semakin membudaya dalam masyarakat kita. Untuk pengetahuan tuan, perayaan ini diadakan menjelang tarikh 14 Februari setiap tahun.

Biasanya dalam perayaan ini remaja memakai baju blaus merah, meniupkan belon warna merah bertulis I Love You menghias kediaman dengan bunga-bunga ros, melukis tanda Love pada tapak tangan dan berbagai-bagai aktiviti yang melambangkan cinta. Remaja biasanya lebih ramai terlibat dengan perayaan ini.

Sambutan Valentine's Day sejak akhir-akhir ini sangat diminati remaja dari pelbagai bangsa dan keturunan. Harap mendapat penjelasan dan ulasan tuan.
LIYANA, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Memperingati hari kekasih atau Valentine's Day bukan budaya Islam dan tiada hubungannya dengan ajaran Islam yang dianuti orang Melayu. Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun, adalah suatu budaya yang dihayati orang Barat yang sudah kekeringan kasih sayang, akibat nilai-nilai agama yang sudah lama ditinggalkan.

Sebelum saya memberi ulasan dan jawapan mengenai sambutan Hari Kekasih dari perspektif Islam, sama-sama kita telitikan asal-usul sejarah, siapa, bagaimana dan apakah latar belakang yang berkaitan dengan perayaan dan mewarnai pemikiran pengamal-pengamal Hari Kekasih atau Valentine's Day ini. Banyak sumber membicarakan asal usul hari ini. Saya kemukakannya di sini maklumat yang saya peroleh daripada sumber-sumber buku dan ensiklopedia yang sempat saya baca.

Sejarah asal hari ini mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 abad yang lalu. Perayaan ini pada mulanya diperkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan.

Antara legenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya dipercayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios datuk bandar Rom, pernah disusuli seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tanaga dan fikiran yang luar biasa.

Orang Rom menjadikan peristiwa yang berlaku pada tarikh 14 Februari itu, sebagai sejarah bagi perayaan tahunan mereka yang diadakan secara besar-besaran. Antara upacara rasmi pada hari itu ialah menyembelih anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada badan dua pemuda, kemudian dibasuh dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, kedua-dua pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing yang disembelih dan masih berlumuran darah, mereka mencalit darah itu kepada siapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis bangsa Rom sangat suka jika badan mereka sempat dicalit darah oleh dua pemuda itu, kerana dipercayai mereka mampu mengandung dan tidak akan mandul lagi.

Sumber-sumber juga menyatakan, Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya. Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Sumber-sumber menyatakan lagi, antara kepercayaan orang Rom pada ketika itu, ialah menulis nama remaja wanita pada sehelai kertas, kemudian digulung beberapa helai lagi kertas kosong yang tidak bertulis apa-apa, lalu diletak di atas meja, kemudian dipersilakan remaja lelaki yang berhasrat kahwin wanita itu mengambil sehelai kertas yang disediakan. Jika namanya keluar kepada mana-mana lelaki yang mengambil kertas yang tertulis namanya, lelaki berkenaan diberi tempoh setahun untuk bercinta, sebelum perkahwinan diteruskan atau majlis seumpama itu diulangi lagi pada tahun-tahun hadapan.

Setelah sekian lama budaya ini berjalan dalam masyarakat Rom, kalangan ahli agama Kristian menyatakan rasa kurang senang mereka dengan budaya ini, lalu perayaan hari kekasih ini diharamkan, kerana ramai muda mudi menjadi rosak akhlak, akibat budaya buruk ini. Tetapi budaya ini dihidupkan semula pada abad ke-18 dan 19 Masihi, iaitu dengan mencetak kad-kad Valentine yang mengandungi

ucapan-ucapan seperti Happy Valentine's Day and I'll always love you, will you be my valentine? dan sebagainya.

Berpandukan fakta dan maklumat ini, saya berminat menarik beberapa kesimpulan berikut:

Pertama, perayaan Valentine's Day mempunyai hubungan kepercayaan dengan agama berhala yang memuja patung. Amalan memuja patung dan berhala dalam Islam adalah salah dan berdosa besar. Dosanya tidak diampuni Allah, kecuali dengan taubat yang suci dan bersih.

Kedua, sejarah asal kelahiran perayaan ini dipercayai ada hubungannya dengan kisah dongeng, iaitu seekor binatang ganjil menyusukan datuk bandar Rom, lalu memberi kepadanya kekuatan tenaga dan fikiran. Kepercayaan ini bertentangan akidah Islam yang mempercayai bahawa Allah jua yang memberi kekuatan kepada hamba-Nya.

Ketiga, ucapan perayaan yang dilakukan dengan menyembelih anjing dan kambing, kemudian melumur darahnya kepada badan dua pemuda dan membasuhnya dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah bandar, kemudian mencalit badan siapa jua yang sempat dicalit dengan darah anjing dan kambing adalah suatu amalan kotor dan keji dari segi Islam.

Keempat, ramai penganut Kristian meragui kesahihan St. Valentine mempunyai hubungan dengan amalan pemujaan patung dan berhala. Jika sumber-sumber Kristian meragui kebenarannya, maka orang Islam lebih wajar menolak perayaan itu, kerana ajaran hendaklah berasaskan berita yang sahih dan benar.

Kelima, perayaan ini pernah diharam oleh paderi-paderi Kristian di Itali pada suatu ketika dahulu, dengan alasan ia banyak merosakkan akhlak muda mudi mereka. Umat Islam sepatutnya tidak mengambil apa yang buruk dan diakui keburukan oleh pengamal-pengamalnya sendiri. Sebaliknya mereka disuruh mengambil langkah-langkah mencegah perbuatan seumpama itu, atas nama amar makruf dan nahi mungkar.

Sebagai seorang muslim, mungkin kita bertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain. Bagi menjawab kekeliruan ini, saya katakan:

1. Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatinya oleh nabi. Dalam sebuah hadis, baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya fitrah dan Hari Raya korban. (al-Bukhari 952, Muslim 18920.

2. Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin atau penyembah berhala. Sesiapa meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat al-Quran dan hadis melarang amalan meniru, seperti sabdanya: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu.

3. Percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah berjalan di bawah payung imam dan takwa.

Berpandukan alasan-alasan tersebut di atas, ulama Islam sepakat memfatwakan haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih, menyambut ucapan dan melakukan perbuatan yang menjadi syiar hari itu, seperti menghadiah bunga ros, meniup belon merah, memakai blaus merah dan sebagainya. Antara ulama yang memfatwakan haram menyertai perayaan ini ialah Dr. Saud Salleh dari Universiti Azhar, Syeikh Uthaimin dari Majlis Fatwa Saudi Arabia, Syeikh Jabrin dan lain-lain.

Saya sangat cenderung kepada fatwa mereka, kerana budaya Melayu dan agama Islam sudah cukup bagi mengeratkan hubungan kasih sayang dan tolong-menolong sesama manusia. Nama Hari Kekasih atau dalam istilah asalnya Valentine's Day cukup menggambarkan bahawa perayaan ini terasing daripada budaya Islam.

Ibu bapa yang beragama Islam seharusnya tidak memberi kerjasama kepada anak-anak remaja mereka ikut serta dalam perayaan ini. Mungkin imam-imam masjid juga dapat membantu menyebarkan kefahaman yang betul menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah agama, sebelum budaya ini membesar dalam masyarakat ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara yang mengemukakan pertanyaan, semoga Allah memberi hidayah dan taufik. Wallahualam.

Segala kemusykilan hendaklah dihantar kepada:

Mingguan Malaysia,

46M, Jalan Lima

off Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur.

E-mel: astora_jabat@yahoo.com.


~Valentine's Day dari pandangan Aqidah,Syariah dan Akhlak.~

Feb'05, 2008

Mutaakhir ini, apabila tiba sahaja bulan Februari akan timbullah pelbagai iklan, promosi, tawaran hebat, dan lain-lain lagi bagi meraikan ketibaan Valentine Day pada 14 Februari. Kebanyakan anak-anak muda yang sedang dilamun cinta menantikan kedatangan hari tersebut untuk meraikannya bersama buah hati yang tercinta. Hotel-hotel, kedai-kedai bunga, makanan, pakaian, dan juga media massa sibuk mempromosikan sambutan hari tersebut. Pelbagai movie menarik yang bertemakan ‘romance’ dihidangkan sepanjang bulan bagi menghangatkan lagi suasana. Pemuda-pemudi Islam juga turut sama menyambut hari Valentine ini yang begitu asing bagi Agama Islam itu sendiri.

Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.

Menurut beberapa laman Web yang mempromosikan sambutan Valentine ini, nama penuh sambutan ini ialah Saint Valentine’s Day. Ia bermula pada zaman Empayar Rom. Di zaman purba Rom, 14 Februari merupakan hari cuti bagi memperingati seorang permaisuri dewa-dewi Rom yang bernama Juno. Masyarakat Rom mengganggap beliau sebagi dewi kepada wanita dan perkhawinan. Pada hari yang berikutnya iaitu 15 Febuari, bermula pesta Lupercalia. Pada zaman itu, pemuda dan pemudi tidak dibenarkan bercampur. Walaubagaimanapun, pada malam sambutan Lupercalia, nama pemudi ditulis di atas sekeping kertas dan diletak di dalam satu balang. Setiap pemuda akan memilih nama-nama pemudi yang terdapat di dalam bekas tersebut dan nama yang tertera akan menjadi menjadi teman kepada pemuda tersebut sepanjang pesta Lupercalia. Bahkan kadan-kadang akan menjadi teman sepanjang tahun dan biasanya mereka akan jatuh cinta lalu berkhawin.

Di zaman pemerintahan Maharaja Claudius II yang zalim, Rom terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Beliau berpendapat sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menyertai askar ialah kerana mereka sukar meninggalkan buah hati dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Calaudius telah membatalkan semua perkhawinan dan pertunangan bagi masyarakat Rom.

Saint Valentine adalah salah seorang paderi Rom ketika itu. Dia dan seorang paderi lain yang bernama Saint Marius telah membantu para pejuang Rom yang ‘Syahid’ dan secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan Rom yang ingin berkhawin. Dengan sebab kesalahan ini, beliau telah tangkap, dipenjara, dan dikenakan hukuman bunuh. Beliau dianggap syahid oleh orang-orang Kristian pada 14 Februari sekitar tahun 270 M. Pada tarikh tersebut juga, berdasarkan kepada amalan purba Rom, diadakan sambutan Lupercalia dimana pemuda akan mencari pasangan. Paderi-paderi Kristian mahu memasukkan ke dalam perayaan tersebut unsur-unsur Kristian lalu diberi nama Saint Valentine’s Day.

Menurut satu versi, semasa Saint Valentine berada di dalam penjara, ramai golongan muda menziarahi beliau sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorangnya ialah anak gadis kepada salah seorang pengawal penjara. Beliau dan gadis tersebut sering berbual. Gadis itu memberikan sokongan kepada beliau sehingga beliau merasakannya dirinya kekal bersemangat. Pada hari beliau dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan satu nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan “Love from your Valentine”. Dipercayai nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.

Itulah serba sedikit sejarah permulaan Valentine’s day dan sambutan ini semakin hari semakin berkembang di dalam masyarakat kristian sebagai memperingati perjuangan Saint Valentine sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini. Sambutan diadakan dalam pelbagai bentuk yang bertemakan cinta berdasarkan naluri seksual antara lelaki dan perempuan yang bukan suami dan isteri. Ucapan, perjumpaan, parti dan lain-lain acara diadakan bagi menghangatkan sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta antara lelaki dan perempuan.

Berdasarkan kepada sejarah, cara, dan tujuan sambutan, ia nyata sekali bercanggah dengan Islam dari sudut Aqidah, Syariat, dan Akhlak.

Dari sudut Aqidah, sambutan ini diadakan bagi memperingati seorang tokoh agama Kristian yang telah memperjuangkan kebebasan kepada penganut Kristian dan bukannya semata-mata untuk meraikan kekasih. Tambahan pula ianya disambut oleh orang-orang Kristian dan ada sangkut paut dengan keagaamaan Kristian. Orang Islam dilarang sama sekali untuk sama-sama melakukan sambutan sama seperti sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sesiapa yang melakukannya dalam keadaan sedar dan maklum tentang implikasinya akan mengakibatkan aqidahnya rosak.

Dari sudut Syariat, kekasih adalah satu perkataan yang asing bagi Syariat Islam yang suci ini. Apatah lagi meraikannya. Islam melarang penganutnya bercinta berdasarkan naluri seksual sebelum mereka sah sebagai Suami Isteri. Islam telah menggariskan batas dan sempadan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti menjaga pandangan, menutup aurat, tidak boleh bergaul bebas dan seumpamanya. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai keinginan untuk menjalin cinta dengan seseorang perempuan ajnabi, Islam menganjurkannya supaya segera berkhawin sekiranya mampu. Andainya tiada kemampuan, Islam menggalakkannya berpuasa kerana puasa itu akan membantu memelihara diri dan melemahkan nafsu.

Dari sudut akhlak pula, sambutan ini akan menggalakkan pembiakkan cinta berdasarkan naluri nafsu antara lelaki dan perempuan, seterusnya akan medorong kepada berbual melalui telefon, dating, pergaulan bebas dan akhirnya boleh membawa kepada melakukan zina. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada struktur sosial masyarakat dan melemahkan institusi kekeluargaan.

Para Ulama’ semasa juga telah mengeluarkan fatwa agar umat Islam tidak menyambut Valentine’s Day ini. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa berikut: “Seseorang Islam dilarang menyambut dan memberi ucapan sempena sambutan ini.” Al marhum Sheikh Muhammad al Uthaimeen juga telah mengeluakan pendapat menegah umat Islam menyambut sambutan ini. Beliau telah menyatakan: “ Seseorang Islam mestilah bangga dengan agamanya dan tidak boleh mengikut orang lain secara membabi buta”.

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang.

Wallahua’lam

Entry Filed under: Islam. .

huhuw..apapon...valentines aku x kisah....janji hidup mesti enjoy dengan apa yang kita buat...dan jangan pulak membelakangkan batas2 agama...renung2kan..dan selamat beramal..

No comments: