Monday, February 14

Entah hari ini macamana..

Hari ini membuat aku resah bila berhadapan dengan satu keadaan yang akan menentukan jalan hidup aku…sama ada keputusan temuduga itu lulus ataupun tidak aku berserah kepada-Nya.
Hampir beribu-ribu kali aku dapat panggilan temuduga namun masih tiada yang replay segala jawapan aku itu..adui betapa payahnya nak dapat kerja yang lebih baik. Satu-satu aku dah cuba,nak kata aku nie memilih kerja tak la jugak semua keja aku dah cuba tapi nasib masih tidak menyebelahi aku..kadangkala aku bosan dengan panggilan-panggilan dari SPA..contohlah aku dah cuba jawatan pembantu tadbir 2kali,itu belum lagik orang-orang lain masa aku mendengar keluhan-keluhan orang lain pasal temeduga mereka..ada yang 4kali,ada yang 3kali…aku rasa keputusan kali ini pun tak dapat macam dua tahun yang lalu…masa tu aku masih mentah nak jawab segala macam pertanyaan-pertanyaan mereka (pegawai terbabit)

Dan aku masih teringat kata-kata pegawai tersebut menyebabkan tiap kali aku nak masuk bilik temuduga aku mesti terbayangkan wajahnya yang garang dengan misai yang tebal,mata yang galak…cet!

“awak keluar sekarang! dan awak tengok kat depan tu,ada papan-papan tanda berkaitan kementerian sekarang jugak saya nak awak baca semua benda alah tue dan selesai petang karang awak datang jumpa saya balik! Awak pun bukannya ada kerja kan?! Daripada awak dok membesarkan badan kat rumah lebih baik awak baca senarai-senarai kementerian kat sana!sekarang,petang karang awak dating sini balik!!”

Bodoh! Menyampah siot! Hahaha…..lucu jugak bila terbayangkan macamna rupanya marah kat aku…heheh..dia mintak 10 aku bagik 10 tapi bab nak explain tue yang aku gagal tu…hahaha…pedulik hapa aku ko nak marah marah lah…

Habis bab tue aku malas nak isi jawatan pembantu tadbir lebih baik jawatan lain..aku cuba la pulak nasib jadik jururawat…jururawat masyarakat. Ini satu hal aku mana la nak minat bab-bab bidankan orang tapi aku ikutkan jugak dengan dorongan oh bukan dorongan tapi “desakan” kawan-kawan..cet! aku terdesak??? Gila ko nak mampos aku masa tue membaca segala macam benda-benda yang aku tak berapa suka sejak dulu “sains”…subjek tue aku memang tak suka tapi masa spm dapat 3B jugak…ngee..pandai jugak aku ne..hehehe…aku dok baca la pasal darah dan jenis2nya,kitaran haid,ibu mengandung banyak lagik la….yang aku tak rasa nak baca dan langsung tak hingin nak tahu tue la plak yang dier dok soal kat aku…beku otak aku!

Adeihh..jururawat masyarakat..berapa banyak institusi jm ne kat sabah? Apa warna pakaian jm? Dekat area kamu tinggal ada tak klinik bersalin?klinik terdekat apa?kat sana berapa tahun dah beroperasi?dengar-dengar kat sana tengah dalam pembinaan buat masa nie?? Blruppp mati aku! Tue lagik satu hal…gerenti aku tak lulus…hamtam laa…dah sah!


Gagal! Aku berduka kembali…aku jenis suka pada benda-benda yang membuat kepala otak aku berserabut dengan segala macam. Contohnya pada nombor-nombor,angka..dan aku lebih terarah kepada benda begitu. Bila fikir balik lebih baik aku cuba pembantu tadbir semula dan kali ini aku telah berusaha 101% usaha yang aku lipat gandakan dari sebelum-sebelum ini..

Suatu hari aku dapat panggilan temuduga sebelun sebelum temuduga aku pada 30dis2010..maknanya bulan 11 tue lagi aku dah dapat surat panggilan….fuiyohhh…selang dua minggu aku dapat lagik surat temuduga dari SPP..tarikhnya hampir dekat dengan SPA iaitu pada 28dis2010..fuiyohhh rezeki ne dan aku tak sia-siakan masa ku begitu sahaja..aku carik segala macam maklumat yang berkaitan,aku jumpa bos aku,aku Tanya dia macam-macam soalan..aku belajar segla kementerian-kementerian yang ada..yes!haha..tiba hari temuduga masa kat SPP hari tue…ada la seorang calon kata yang membuat aku gelisah sebentar..

“kalau temuduga spp ne,untuk jawatan bahagian atasan dan segala macam yang berkaitan dengan kementerian pelajaran bukannya kita di transfer di sekolah-sekolah.itu bukan bidang spp,oke?itu bidang spa.”

Menyampahnya tengok dia…cet! Darisegi penampilan memang bergaya macam bukan dari golongan aku jerk (sabah,dan spm)hahah..memang sah! Masa memperkenalkan diri waktu tue,dier berasal dari kl,datang sini ikut suami dan bekerja sebagai…..lawak gila nak mampos aku dengar..baju mengalahkan pegawai beb rupanya kerja kat shopping complex…hahaha…siot jerk aku tengok minah ne berlagak rasa-rasanya dia tahu semua..dan lagik satu dier berkelulusan ijazah bahagian civil kalau tak silap…engineers tue huhuw…mati-mati pegawai tue gasak dier bertubi-tubi…ambek ngko!hhahah..

Aku memang gelisah waktu tue,tapi aku serius dan tak serius sangat..sempat jugak pegawai tue gelakkan aku bila aku jawab soalannya..heheh..suratni2…heheh..itu jak keluhannya kat aku…cet…mentang2 aku sorag jak stpm time tue…yang lain ijazah beb,sorang tue mcdonald nama dier,spm..sama la kami ne…hihi..aku pun tahu la nak kata apa,lulus atau tak belum ada keputusan sehingga sekarang ne..

Sekarang nie temuduga hanya memberikan satu situasi dan kalian yang merupakan calon-calon temuduga bersiap lah banyakkan tahu isu-isu semasa dan bidang jawatan yang korang ambek dia akn bagik satu situasi jadik korang kena selesaikan situasi itumengikut diri korang sendiri..jadik kenalah berfikiran kretif sikit oke!

Sama jugak masa aku temuduga spa 30dis hari tue dier bagik jugak aku situasi n yang lebih bestnya pegawai tue tak marah-marah macam 1st temuduga aku dulu kat spa..best la,soalan pown dier tak banyak Tanya dier juz Tanya berkaitan bidang tugas sahaja..so calon-calon tue pastikan anda semua bersedia dari segi mental dan jugak emosi oke…macam aku ne ada darah gemuruh sikit,tapi kenalah releks sebelum tue dan untuk jawatan pembantu tadbir anda kenalah mesra dan sentiasa tersenyum bila berada dalam bilik tue yerr…jangan jak nanti dia kata korang giler sudah la…hehehhe…

Dan sekarang aku masih menanti keputusan temuduga tue…entah lulus entah tidak tapi jangan selalu mengalah oke!....mungkin itu bukan rezeki dan mungkin itu jugak tandanya aku harus carik keja yang lain tapi aku takkan mengalah aku akan cuba lagik untuk lain kali..

One more thing,mungkin juga niat dari diri membuat usaha kita sia-sia.
So,renung-renungkan..niat memainkan peranan dalam segala keputusan yang berlaku.

No comments: