Thursday, February 17

Handbag Buah Hatiku.

Pagi. Aku bangun lewat disebabkan cuaca mendung dan hujan renyai. Tapi aku tak kisah lambat datang ke skor kerana jadual sepatutnya angka 09:30pagi..tapi memang aku terlalu rajin ataupun terlalu baik hati datang tepat pada jam09:00pagi.

Di kedai. Suasananya tidak macam dulu,tidak ada lagi jiran sebelah yang sudi bertandang atau bercerita dengan aku,kawan untuk memetik gitar,bernyanyi sama. Tidak ada. Ini disebabkan jiranku yang lama telah berpindah ke kedai bawah dan tinggallah aku seorang di sini tanpa teman bergurau. Hanya menanti pelajar-pelajar dengan riuhnya datang untuk ke kelas mereka.

Dan paling membosankan bagi aku adalah membersihkan kelas mereka tiap-tiap pagi. Tapi puas. Setelah melihat kekemasan,dan keselesaan kelas yang aku siapkan hari demi hari..hoho.

Dan perkara paling malas aku laksanakan adalah buang sampah. Sungguh. Tapi skor ibarat rumahku yang ke-dua setelah aku celik dari tidur dan selesai bersiap aku akan ke skor sehinggalah bas terakhir sekali datang untuk “memunggah” sisa-sisa kerdil yang masih menanti untuk pulang ke rumah setelah selesainya tugas-tugas kerdil ini untuk mencari sesuap nasi,dan sebuah beg berjenama bagi aku..hehehe..

Telefon berbunyi. “atomdg “ calling tak pernah-pernah dah aku terima panggilan dari dia nie…busy memanjang atau mungkin busy dengan cik abang poli dier..hehe…biarlah..
Sebut abang poli ne ada satu kisah yang masih terngia dalam kepala hotak aku..ataupun aku mungkin juga terlalu ambik hati pemarah mungkin. Entah, mungkin juga aku terlalu ikutkan perasaan, tapi aku dah sebut tadi. Entahlah yang pasti begitulah perasaan aku terhadap abang poli. Dan sekarang aku masih merasa semoga aku tidak ketemu abang poli lagik lepas ne dan kalau nak ketemu pun tunggulah masa kahwin mempelai berdua nie. Insyaallah. Well,aku lebih setuju kalao gadis ayu nie bertemu jodohnya dengan abang upsi..eh,sejak bila timbul perkataan-perkataan semua nie hah sue?!haha

Isyh ko ne apa hal?! Yang dah lepas tue lepas lah..ne gara-gara mulut dan entri yang entah tak berapa nak elok karang korang gaduh plak..haha..biarlah sue, ko ne ada hidup sendiri pandai ko la nak hidup lepas nie,sekarang ko kena terima yang kau kini tak lagi berteman mereka.tutup!

sambung.

sebut beg berjenama tadi,beg tue tak la mahal sangat tapi bagik aku mahal jugak la..memandangkan keadaan ekonomi aku sekarang nie yang tak berapa nak elok,huhu...tapi aku suka handbag tue...suka suka suka sangat!!!! i punya barang branded oke!hahah..tak la...uisyhh cantek siot.satu tali jerk bukan senang nak carik..pasar malam aku tak berapa nak berkenan sangat..karang la nnati dah cukup kumpul duit aku pergi beli.hehe..



No comments: