Sunday, February 13

Post pertama di tahun 2011

Akhir rasa di tahun baru ini aku mungkin terlewat sedikit oh mungkin bukan sedikit tapi terlewat sebulan 13hari untuk mengucapkan selamat tahun baru buat pembaca-pembaca sekalian mahupun blogger2 yang sudi mem''follow'' aku samaada yang suka mahupun tidak...jika tak suka tak payah follow la wei...hehe..

Sudah berapa lama dan berapa kurun agaknya aku tak singgah menjenguk blog ini dan mungkin aku rasa aku nak menamatkan sahaja blog lelayang ini biar dia tertimbus mati di telan rasa seperti matinya hati aku pada kali ini..bukan kali ini sahaja aku mati,tapi sejak peristiwa itu...iya pristiwa yang benar-benar masih segar di ingatan dan naluri batin aku yang terseksa yang amat..aku bukan seorang pujangga kata yang pandai bermadah dan bermain dengan kata sehingga aku tak mampu melempar pandangkan sebuah ketentuan yang terjadi..itu bukan aku.

Aku adalah seorang perempuan yang pasti aku tak tahu arah sebenar yang aku lalui kini..aku ikutkan kehendak takdir yang membawa aku sehingga aku rela takdir mempermainkan hidup ini...

Ada orang kata kita kena berubah..aku akui kata-kata itu tapi aku tak pasti adakah kata hati aku merelakan kata-kata itu...memang sukar untuk kita berubah apatah lagi jika kehendak itu adalah kehendak diri orang lain dan bukannya dari kehendak diri sendiri..tapi selagi kita tidak cuba,kita tak mungkin dapat merasa perubahan diri kita sendiri...

~aku sedang merasa dan dalam proses pemulihan~

Kadang kala juga aku dapat melihat pada perubahan sekeliling aku..kita terpaksa terima hakikat bahawa perubahan akan membuat kita kehilangan orang-orang yang terdekat malah orang tersayang dan aku rasa benci pada keadaan ini...mengapa kita perlukan perubahan??sedangkan janji setia sudah terpatri??

ohhh aku lupa akan satu hal...kita berbalik pada takdir...semua ini kerana takdir..jahat ka DIA yang membuatkan keadaan ini berlaku dan membiarkan diri kita terasa terasing dari mereka..jahatkah DIA kerana membiarkan hati ini terus-terusan dalam keadaan rawan?? Jahatkah DIA kerana memberikan kita hidup yang tidak sesempurna diri mereka?? aku tak sangsi pada ketentuan ini kerana aku mulai percaya yang DIA ada alasan sendiri kenapa ini semua berlaku..

Aku mulai rasa bersyukur kenapa aku di kelompokkan dalam golongan ini,mungkin aku patut sedar akan diri sendiri,dan aku sebenarnya takut untuk menurutkan kata hati kerana aku takut akan jadinya aku lupa pada asalku,aku lupa pada diriku yang dulu,aku lupa akan tuhanku jika aku terlalu leka untuk mengejar sesuatu yang aku harapkan....sesungguhnya aku redha atas ketentuan ini..

No comments: