Wednesday, March 4

Bukan Sekadar Cinta..


Pernahkah kamu merasakan,
bahawa kamu mencintai seseorang,
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya,
dan meskipun kamu tahu cintamu
mungkin tak berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya....


Pernahkah kamu jua merasakan,
bahawa kamu sanggup
melakukan apa sahaja demi
seseorang yang kamu cintai,
meskipun kamu tahu dia takkan
pernah peduli dan mengerti
tapi dia tetap pergi...


Pernahkah kamu merasakan
hebatnya cinta,
tersenyum kala terluka,
menangis kala bahagia,
bersedih kala bersama,
tertawa kala berpisah...


Aku pernah...
aku pernah tersenyum
meskipun aku terluka,
kerana aku yakin tuhan tak
menjadikannya untuk aku.


Aku pernah menangis kala bahagia
kerana aku takut kebahagian cinta
ini akan sirna begitu sahaja.


Aku pernah bersedih kala bersanamanya,
kerana aku takut bahawa aku akan
kehilangan dia suatu saat nanti.


Aku juga pernah tertawa saat
berpisah dengannya,
kerana aku rela dia pergi mencari
kebahagiaan sendiri,
meskipun aku tersiksa sebegini.


Aku tetap boleh mencintainya,
meskipun dia tak dapat aku rangkul
dalam pelukan bersama..
jika itu boleh membahagiakan aku.


Terima Kasih Cinta.


No comments: