Tuesday, March 3

Sabah Negeri-Ku Di Bawah Bayu-II


Pulau Lankayan
Sandakan

Lankayan, pulau yang berbentuk permata ini terletak di bahagian timur laut Sabah, merupakan sebahagian daripada Kawasan Pemuliharaan Marin Pulau Sugud atau Sugud Islands Marine Conservation Area (SIMCA). Pulau ini dikelilingi oleh air laut yang biru kehijauan dan terumbu karang, sesuai dengan fungsinya sebagai salah satu daripada tempat penyelaman yang terkenal di Sabah.

Selain tempat penyelaman yang menarik, pulau ini juga memiliki hutan di bahagian dalamannya dan hal ini turut menarik pelancong yang datang bukan untuk aktiviti penyelaman semata-mata.

Sebanyak empat belas tempat selaman terdapat di sini termasuklah Lankayan Wreck. Kesemuanya hanya beberapa minit sahaja untuk ke sana dan menawarkan sajian kehidupan marin yang mengagumkan bermula daripada kerapu raksasa sehinggalah kepada belut kecil. Yu paus yang banyak juga boleh ditemui di sini sekitar bulan Mac dan Mei, dan pulau ini juga menjadi tempat bertelur bagi penyu hijau dan penyu sisik. Anda boleh menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak penyu ini dilepaskan ke laut.

Cara ke Sana

Menggunakan bot laju yang bertolak dari Kelab Perahu Layar Sandakan dan mengambil masa kira-kira satu setengah jam.

Pakej pelancongan dan pakej penyelaman ada disediakan oleh Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn. Bhd., syarikat yang mengendalikan tempat peranginan ini.

Maklumat Lanjut

Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn. Bhd.

Tel: +6089765200
Faks: +6089763575, 763563
Laman Web: http://www.lankayan-island.com
http://www.sipadan-resort.com

E-mel: info@lankayan-island.com
psrt@po.jaring.my

Kelab Perahu Layar Sandakan,
Jalan Buli Sim Sim Sandakan

Tel: +6089212518
Faks: +6089215542
Laman Web: http://www.syc.org.my




Pulau Mataking
Semporna

Dengan pasir yang memutih, laut yang membiru dan tempat peranginan kelas teratas, Pulau Mataking merupakan syurga bagi kedua-duanya sama ada penggemar aktiviti selam ataupun bukan. Penyelam dapat menerokai Taman Belut, Taman Batu Karang, Taman Nudibrankia, Taman Permainan Penyu, Sarang Udang Kara dan Medan Hump Head. Aktiviti bukan penyelam antaranya ialah pengalaman memanjakan diri di Spa Jamu, melukis batik, berkayak, berkanu dan mengesan jejak hutan. Aktiviti yang mesti anda lakukan apabila berada di sini ialah bersiar-siar ke Pulau Mataking Kecil yang hanya mengambil masa 20 minit perjalanan daripada pulau induk.

Masa yang terbaik untuk berbuat demikian ialah pada waktu pagi iaitu ketika ombak surut. Hal ini mengizinkan anda berjalan di atas hamparan pasir yang membawa anda terus ke pulau yang lebih kecil. Dengan lautan yang mengelilingi di sebelah-menyebelah anda, anda seolah-olah berjalan di atas air!

Apabila anda kembali semula ke pulau induk, cubalah mendaki menara pemerhatian yang diperbuat daripada kayu untuk mendapatkan pemandangan Mataking dan persekitarannya yang cukup menakjubkan. Dapatkan imbasan ‘Pejabat Pos Dalam Air’ yang amat popular di Mataking, pejabat pos yang pertama seumpamaya di Malaysia. Pada bulan Mac 2006, pihak persantaian telah menenggelamkan Mataking 1 iaitu kapal kargo kayu yang berukuran 40 kaki untuk menimbulkan kesan batu karang buatan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai kotak pos dalam laut yang unik. Para penyelam memasukkan mel masing-masing di dalam beg vakum yang kalis air dan mengeposnya di dalam air.

Pemandangan yang indah, dilengkapi kemudahan dan perkhidmatan terbaik dan ramah sepanjang masa, anda akan mendapati bahawa percutian anda di Mataking terasa cukup singkat.

Cara ke Sana

Perjalanan ke sana dari Tawau ke Semporna menggunakan jalan raya mengambil masa lebih kurang satu jam. Pemindahan ke Mataking menggunakan bot laju mengambil masa kira-kira 45 minit.

Hubungi pihak The Reef Dive Resort untuk keterangan lanjut berkaitan percutian dan pakej selam yang turut memasukkan urusan pemindahan.

Alamat Pos:
The Reef Dive Resort & Tours Sdn. Bhd. TB212,
Jalan Bunga, Kompleks Fajar,
91000 Tawau, Sabah

Tel: +6089 770022 (tempahan dan pertanyaan)
Faks.: +6089 770023
E-mel: sales@mataking.com
Laman Web: http://www.mataking.com




Pusat Santaian Tubuh dan Minda Jari Jari / Jari-Jari Body & Mind Relaxation Kota Kinabalu (Ibu Negeri)

Manjakan diri dan rehatkan minda anda di Pusat Kesihatan dan Santaian Tubuh dan Minda Jari-Jari. Spa yang dibuka pada 2005, bangga dengan penggunaan kaedah tradisional suku kaum Murut dan Dusun dalam melegakan tubuh badan.

Terletak di Tingkat 2, Plaza Tanjung Aru, Jari Jari menjanjikan keselesaan dengan perhiasan bahan kayu keras, batu-batu pasir dan tumbuhan hutan liar Borneo, ditambah lagi dengan kesegaran haruman serai wangi. Terdapat pelbagai pilihan rawatan yang disediakan termasuklah Refleksologi Kaki Karayam, Palad (ahli terapi menggunakan tapak tangan dalam sesi aromaterapinya) dan Pogus Popohigas, yakni kaedah tradisional Lotud untuk mengurangkan selulit dan menegangkan tubuh.. Malah Jari Jari juga menyediakan pakej istimewa untuk kegunaan khusus, seperti Pakej Selepas Pendedahan Matahari dan Pakej Pengesan Jejak Hutan dan Pendaki Gunung Sabah. Ahli terapinya cukup profesional, peramah dan cekap bagi memastikan keselesaan anda sepanjang sesi rawatan di sana.

Kunjungilah Jari Jari untuk ‘menghayati’ Sabah yang sebenarnya.

Cara ke Sana
Anda boleh menaiki teksi dari pusat bandar raya dengan tambang sekitar RM15.00. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas yang terdapat di stesen di hadapan Dewan Bandaraya atau Plaza Wawasan. Maklumkan pemandu bas destinasi anda. Tambang yang dikenakan ialah RM1.50. Tambang teksi yang bertolak dari Hotel bergantung pada jarak yang berbeza.

Lokasi
Blok B, Lot 2.1, Tingkat 2, Plaza Tanjung Aru , Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu

Masa Perniagaan
10.00 pagi – 10.00malam (Isnin – Sabtu)
11.00pagi – 10.00malam (Ahad & Cuti Am)

Hubungi
Telefon:� (6 088) 272 606
E-mel: sales@jari-jari.com
Laman Web:http://www.jarijari.com.my





Kampung Budaya Monsopiad
Kota Kinabalu (Ibu Negeri)


Bersebelahan Sungai Penampang terdapat banyak bangunan tradisional yang membentuk Kampung Budaya Monsopiad, muzium hidup yang terletak 16 km dari Pusat Bandar raya. Monsopiad merupakan seorang pahlawan yang menggerunkan yang tinggal di Kampung Kuai kira-kira 200 tahun dahulu.

Di perkampungan ini, lawatilah Tangkob atau tempat pengumpulan padi. Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad dibina khusus untuk memperingati dan keturunannya. Turut dipamerkan ialah tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad dan seorang ketua adat yang amat dihormati.

Pameran lain yang tidak kurang hebatnya ialah monolit agam yang merujuk kepada pelbagai legenda, restoran tradisional dan sudah tentu Siou Do Mohoing, atau Rumah Tengkorak yang menempatkan 42 ‘trofi’ milik Monsopiad bergantungan di kasau.

Cara ke Sana

Dengan menaiki bas bernombor 13 ke Pekan Donggongon di Penampang dari stesen bas di hadapan Dewan Bandar raya atau Plaza Wawasan di Bandar raya KK. Tambang yang dikenakan ialah RM1.50. Di Donggongon, naiki bas mini yang menuju ke Terawi dan maklumkan kepada pemandu bas akan destinasi anda. Tambangnya ialah RM1.00. Anda juga boleh memilih teksi dengan sewa sebanyak RM35.00 atau menghubungi pihak Kampung Budaya untuk khidmat ulang-alik dengan bayaran RM35.00.

Masa Dibuka

Setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Yuran kemasukan (termasuk minuman alu-aluan, lawatan interaktif berpandu)

Warganegara Malaysia RM30.00 (Dewasa) RM15.00 (12 tahun ke bawah)
Bukan Warganegara Malaysia RM50.00 (Dewasa) RM10.00 (12 tahun ke bawah)

Maklumat Tambahan boleh diperoleh daripada

Monsopiad Cultural Village Sdn Bhd
Kg. Kuai/Kandazon, Penampang
Peti Surat 153 Tanjung Aru
89458 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia

Tel : +6088774337
Faks : +6088761680
Laman Web : http://www.monsopiad.com
E-mel : info@monsopiad.com






Bersiar-Siar Di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu (Sabah)

Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan beberapa bandar lain di Sabah telah dibom dengan teruknya oleh Pasukan Bersekutu yang memusnahkan segala-galanya. Selepas perang reda, pihak BNBCC mendapati bahawa kos untuk pembinaan semula sangat mahal, oleh sebab itu pada tahun 1946, Sabah telah menjadi koloni British sehingga tahun 1963, apabila Sabah memperoleh kemerdekaannya melalui Persekutuan Malaysia.

Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu. Dua puluh tiga tahun kemudian, yakni pada 2 Februari, 2000 Kota Kinabalu diberikan taraf bandar raya. Selaku ibu negeri Sabah, KK yang memiliki penduduk sekitar 300,000 orang juga menjadi pintu keluar ke beberapa bandar utama dan daerah.

Di persekitaran bandar raya, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Kebanyakannya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki, sementara selebihnya boleh dilawati dengan menaiki bas atau teksi.


Sumber : SabahTourism.com



No comments: