Thursday, March 19

Mahkota Setiap Wanita.

Pemakaian Tudung..


Ekin


Hah!my idol! Dato'Siti Nurhaliza







Evolusi elegan tudung Suraya



PELBAGAI jenis tudung berada di pasaran. Jika suatu masa dahulu, wanita bertudung hanya mengenakan mini telekung atau tudung labuh, kemudian beralih kepada tudung persegi yang dihiasi sulaman, labuci, manik tetapi kini, popular dengan jenis tudung yang siap dipakai, hanya menyarungnya, mudah tetapi elegan.

Walaupun ada sesetengah orang menyatakan tudung sebegini sebagai tudung 'orang malas' namun evolusinya yang elegan, kainnya yang mahal dan hiasannya yang menarik dan bergaya, menjadikannya sebagai tudung mewah.

Malah, tudung ini bukan sebarang tudung yang banyak dijual di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur atau pasar-pasar malam yang hanya boleh diperoleh dengan harga RM5. Ia adalah tudung siap pakai yang dibuat daripada kain sifon dan lycra yang bermutu tinggi lagi selesa dan sejuk dipakai.

Tudung Suraya, nama diberi. Memang manis dan sesuai untuk wanita yang menggayakannya. Produk yang berada di pasaran sejak awal bulan ini itu pasti menggegarkan pasaran tudung yang sedia ada dengan rekaannya yang eksklusif, jahitan bermutu tinggi lagi elegan dan tampak mewah.

Tudung siap pakai yang dibuat daripada kain jenis lycra ini dijahit berserta dengan anak tudung. Inilah keistimewaan yang tiada pada tudung pasang siap yang lain.

Tudung Suraya mampu mengenepikan tanggapan bahawa pemakaian tudung adalah remeh kerana ia mudah dipakai, praktikal dan tidak memerlukan banyak masa.

Perekanya dan pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria, 41, berkata, tudung Suraya tidak perlu digosok dan ia memudahkan mereka ketika berjalan jauh.

Selain itu, ia berlapis dua berbeza dengan tudung yang lain dan mempunyai piping di sekelilingnya, menjadikannya kemas dan nampak elegan.

''Di samping itu, setiap tudung Suraya mempunyai dua warna iaitu lain di bahagian teduhannya dan lain di bahagian bawahnya,'' katanya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, tudung Suraya boleh diperoleh sama ada dengan teduhan daripada warna yang lain dengan kain tudung ataupun dengan warna yang sama keseluruhan.

Terdapat juga teduhan yang dibuat daripada kain tanpa corak sementara tudung daripada kain yang bercorak.

Tambahnya, penggunaan kain iaitu lycra dan sifon Perancis lembut menjadikan tudung mudah diolah mengikut cita rasa dan bentuk muka si pemakai," jelasnya.

Ujar Faridah, terdapat empat rekaan yang pasti memikat hati pelanggan untuk mencuba gaya baru yang nampak lebih mewah dan glamor.

''Koleksinya terdiri daripada semua jenis sarung berteduhan tetapi membezakannya melalui belahan tengah, berbelah tepi, berombak tepi dan kain selendang.

''Manakala penggayaannya turut pelbagai iaitu dipin ke kiri dan ke kanan, melilit di sekeliling kepala sebelum bahagian hujung diselitkan di bahagian bawah dagu, hujung kain dilepaskan ke belakang bahu, dipin di sebelah bahagian atau dipin kain seperti bentuk 'v','' jelasnya.

Beliau turut mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi pengedar untuk menghubungi 019-5759809 atau layari laman web www.fareedascarf.com.

Sumber: utusan malaysia.

No comments: