Tuesday, March 3

Dengarnya... Iqram oh! Iqram

iQram DinZly


KEBELAKANGAN ini, Cik Normah asyik dengar perkara yang kurang manis mengenai pelakon yang sering dikaitkan bercinta dengan Fouziah Gous. Siapa lagi, kalau bukan Iqram Dinzly. Biasalah, baik Fouziah dan Iqram kalau ditanya fasal hubungan mereka, mana nak mengaku sedang hangat bercinta. Mesti mereka akan cakap kawan-kawan saja. Tak kisahlah tu.

Cuma, Cik Normah harap kalau Iqram ada terbaca ruangan ini, janganlah sentap atau emosional. Sebelum ini, Cik Normah ada menonton sebuah program hiburan sensasi di sebuah stesen TV dengan wartawannya menemu bual Iqram kononnya dia tidak membayar selepas menyanyi di sebuah pusat karaoke.

Dalam nada yang agak emosi, Iqram memberikan jawapan secara sinis sambil mengeluarkan dompetnya membuktikan dia ada wang sekali gus menafikan gosip itu. Terbaru selepas Cik Normah pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan saudara mara di Perak, ada seorang kawan menyampaikan satu lagu cerita yang tidak sedap didengar. Hasil perbualan kami, Cik Normah dengar-dengar, Iqram akan digugurkan daripada mengacarakan program Chopp! di TV9.


Biar betul, takkan sampai macam itu sekali. Kasihan pula Cik Normah kepada Iqram, kalaulah betul perkara itu terjadi. Apa tidaknya, Iqram dikatakan menjadi kesayangan stesen TV terbabit.

Khabar yang tidak sedap itu adalah mendakwa kononnya Iqram sudah naik tocang menggunakan pengaruh ‘orang kuat’ stesen TV yang dikenalinya untuk datang lewat atau sesuka hati saja dan menimbulkan banyak masalah sewaktu berada di set program secara langsung itu.

Entahlah, Cik Normah pun tak mengerti kenapa perlu timbul cerita ini. Takkanlah Iqram sanggup buat macam itu sebab setahu Cik Normah pelakon berasal dari Ipoh, Perak ini baik orangnya. Tapi tak tahulah sejak semakin popular dan merata-rata muncul di kaca TV, mula lupa diri. Cerita orang lupa diri bila sudah popular ini memang sudah biasa Cik Normah temui pun. Tapi tak apa, lepas ini, kawan sepejabat Cik Normah, Farihad Shalla akan cuba dapatkan Iqram untuk menceritakan perkara sebenar.

Sumber : Berita Harian

P/s:> Actualy aku x kesah pon...yg penting aku minat tgk iQram Nie hah!...aku tetap SokoNg iQram!!!!

No comments: