Monday, March 30

iPhone 3g

fuyohhhhh!!!Software Update iPhone 3G sudah di rilis la beb!







Telefon bimbit pintar tersebut menggabungkan pelbagai peningkatan prestasi seperti revolusi telefon, paparan skrin luas serta pelayaran Internet.

Dengan sambungan rangkaian 3G berkelajuan tinggi, ia menyokong fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan Microsoft Exchange selain pelbagai lagi aplikasi di hujung jari pengguna.

Menerusi perisian App Store, ia membenarkan akses kepada lebih 10,000 aplikasi dari permainan video, rangkaian sosial, pengurusan kewangan, kesihatan sehingga kadar muat turun yang tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Sandip Das, sebagai peneraju rangkaian telekomunikasi, pihaknya sentiasa menawarkan inovasi terbaik kepada pengguna.

iPhone 8GB dan 16 GB didatangkan dengan tawaran empat pelan panggilan pasca bayar istimewa, iValue di mana harganya bermula dari RM100 sebulan.

Bagi pelanggan yang melanggan komitmen bulanan RM375 melebihi jangka masa 24 bulan melalui iValue 4, mereka akan menerima iPhone 3G 8GB secara percuma.

Empat pelan yang ditawarkan adalah iValue 1 (RM100 sebulan), iValue 2 (RM155 sebulan), iValue 3 (RM250 sebulan) dan iValue 4 (RM375 sebulan).

Untuk melakukan pra-pendaftaran bagi pembelian telefon bimbit itu atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, pengguna boleh melayari laman web www.maxis.com.my/iPhone, menghubungi talian 1800 821 123 atau mengunjungi 29 pusat Maxis di seluruh negara.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Sumber : Utusan Malaysia

No comments: