Thursday, December 31

Buat kawan-kawan yang kita SUKA



Ada berbagai RAGAM dan CERITA,
Ada juga kisah yang melucukan,menyedihkan
dapat di kongsi bersama-sama di KELOMPOK kita.
Melakar untuk mencorakkan topik perbualan
Menjadi satu DERAIAN TAWA yang bahagia.
Bagi meleraikan keserabutan kepala kita
Yang jauh,ketinggalan dibiarkan TANPA DIPEDULI lagi.
Begitukah???
Nasiblah bagi mereka.
BUAT KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA,
Jangan terlalu suka bergelak,
Jangan terlalu riangkan hati
Sekadar dapat meringankan beban di kepala
Apa gunanya??
Dia kah bernama teman?
Mungkin hari ini tidak hari esok..iya kah?
Ringan sama dijinjing,berat sama di pikul,
Pepatah melayu terpahat di hati
Bukan untuk hari ini,masih ada esok hari.
Gunakan hari ini sebaik mungkin KAWAN-KAWANKU,

BUAT KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA,
Marilah kita mengikat JANJI bersama
Agar antara kita tiada yangALPA
Meraih gembira buat bersama,riangkan hati tanpa gundah gulana
Muafakat bagai ikan di laut,asam di darat dalam periuk bikin
Hidangan..HAHA
BUAT KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA,
Jangan di nanti pada yang tak PASTI.
Sedar-sedarlah sebelum terhantuk baru tengadah
Tiada GUNA meraih yang tak PASTI,
Tapi yang pasti sedarlah ada seseorang yang amat setia dan penyayang disisimu
KAWAN-KAWANKU.

Tuesday, December 22

Cinta Sempurna


Yuna - Cinta Sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk memnaggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh



download link:
yuna - cinta sempurna.mp3

Aku Sudah Jatuh Cinta


Liyana Jasmay - Aku Sudah Jatuh Cinta

Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati
Ada di hati

Kini aku temui
Jalan cerita cinta
Sekian lama mencari
Cinta

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa

Hey yeahh (Ohh..)
Hey yeahh

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cintaku
Rasa cintaku

Ku akur selamanya

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cintaku
Rasa cintaku

Ku akur selamanya

Ku Percaya Ada Cinta

Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi




download link:
Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta - Ku Percaya Ada Cinta.mp3

Friday, November 27

Dungun,Terengganu..I'm Coming!!

19 November 2009;
Khamis lepas pada 19/11/09 aku dan family pergi ke KL.Trip pertama dah berlepas pada rabu tue dan aku merupakan trip ke-2 ke sana bersama kakak,ayah dan adik aku sorang.



Keadaan KL sangat mengujakan aku dan sempat Aku menanam tekad untuk ke sana bagi kali ke dua..ehe ntah bila lagi nak ke sana kan.:p
Tiba di KLIA,suasana sesibuk yang mungkin.Mencari bagasi satu hal.Tempat yang jauh bagi aku.Alhamdullillah ternampak ku sesusuk tubuh yang aku dan keluarga kenali.Abang Mali menjemput kami di situ...

Perjalanan ke Rumah (Nilai-Bukit Mahkota) jauh jugak.Tapi puas melihat permandangan pada petang itu..Semakin lama matahari tenggelam dan ku melihat jam di tangan menunjukkan angka 7 petang.Tapi suasana tak segelap di sabah.Kalau Sabah dah gelap dah pun..suasana masih terang di sini...Jalan dan jalan akhirnya sampai ke destinasi di tuju.Huhuw...
.......................................

20 November 2009;
Hari nie berangkat Ke Terengganu..Huhuw Terengganu I'm Comingggggg!!!!!!!!!



Sesampai ke Terengganu,cuaca pulak tak berapa baik...banjir la pulak..Hujan lebat terus terusan membanjiri kawasan terengganu antaranya di Dungun...Tapi pernikahan tetap jugak berlangsung lebih kurang pada jam 8malam..




.......................................

21 November 2009 ;

Majlis sanding diadakan pada pukul 1 petang di Dungun Terengganu






Thursday, November 26

Salam Aidiladha Buat semua

Esok raya lagi...huhuw....dalam kepenatan majlis kahwin abang aku,kembali lagi aku mengenal erti aidiladha tahun ini..Masih macam dulu...Raya kali ini aku tidak bersama rakan-rakan dan sahabat handai yang aku rindui.Tapi tak mengapa,kerana raya ini adalah raya yang terindah buat aku sekeluarga dalam menyambut orang baru..iaitu isteri kepada bang aku yang beru bernikah pada 20/11/09 baru-baru ini..

Aku belum lagi sempat untuk menceritakan lebih lanjut tentang majlis kahwin baru-baru ini kat blog aku kali nie...belum sempat...tapi xpa,insyallah esok siap..heheh...

Dan buat semua muslim di dunia ini,aku ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua..

Berkorban kadangkala memang perit dan menyakitkan,tapi apalah erti sebuah kehidupan tanpa sebarang pengorbanan.

Penyesalan


Kutiduri serentetan mimpi,
Dari purnama malam,
Berbantal angan,
Meniduri lautan batas dunia,
Tersemat ros merah,
Hingga terlena tak disedari.

Malamku bawa panjang,
Menguis mimpi treandai-andai,
Tanpa rasa malu,
Menenggelamkan diri dalam,
Lautan isyarat.

Kutemui penyesalan,
Di hujung embun pagi,
Terlihatku insan-insan yang,
Lama tak kutemui,
Bersamaku memuji ilahi,
Bersyujud di kaki sejadah.

Thursday, October 8

Kasih pada yang ESA

Mendayu.Menyapa sepoi si angin malam,
Dibalik rembulan di siram cahaya,
Dingin.Mencarik rasa kedewasaan malam,
Menjalar lembut titisan embun,
Bersulam alunam memuji ilahi,
Tersedak kasih pada yang ESA.

Monday, October 5

Aku , Kawan & Kau...


Tiada cerita untuk di kongsikan hari nie...tapi untuk tidak membiarkan blog aku kosong jak dari bulan ke bulan,biarlah aku menceritakan suatu kisah yang menjadikan teladan buat semua..yer ker??hehe....

Aku bukannya apa.Ada lah sorang kawan nie,banyak meluahkan perasaan dier kat aku..kesian jugak aku tengok.Dari apa yang aku rasa,dier memg betul-betul kecewa dengan sahabat baik dier..yang meluah nie bukannya sorang.tapi dua orang.Tym raya lagi tue...kecik ati diorang..urm..apa nak buat.Sudah lumrah berkawan,memg ada yang tergigit kan..Aku plak xnak komen banyak-banyak time tue.Apa tak nyer,yang diorang dok kata tue kawan aku jugak!Aiyoo...sy cuma cakap yang aku betul-betul tak percaya atas perubahan kawan aku yg diorang dok kata tue...Aku xnak berdosa lebih..tue pasal diam jerk...hehe...cuma aku bagitau diorang,biarkan jak lah si tuuuttt tue dengan hidupnya.Tunggu jak aku balik ke sandakan,aku cuba setel masalah nie...aisehhh..tembirank saja aku kan...kuang2...

Urm,friend aku yang dok kena kata tue bukan apa..dier tue banyak tekanan.Belajar lagi...sentiasa sibuk.Aku doakan dier berjaya dunia dan akhirat..aku sayang kat dier tue..ya la..aku penah terbaca satu ayat nie..apa yerr??urmmm mcm nie..."orang yang lemah adalah orang yang tidak dapat mencari sahabat dalam hidupnya.Tapi orang yang paling lemah adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang di cari itu.."
Sebab tue la aku xnak buang kawan-kawan aku tue..walaupun jauh di mata,tapi diorang akan sentiasa di hatii...:)

Kawan baru???urmm...buat masa nie adalah dalam beberapa orang dalam hidup aku...cehhh...tapi orang jauh la...bhgn area-area semenanjung la jugak...ala,apa guna internet kalo kita tak boleh mencari kawan kat situ kan??kan??hehehe..
Tapi dalam banyak-banyak tue,aku xnak la citerkan pasal sumer kat cni...penat nak taip lorhh..kuikuii...hah..adalah sorang nie..
Dier nie la yang banyak ajar aku tentang dunia tenet nie..kalo nak blajar sendirik memang tak dapat la...mujurlah aku kenal dier nie.Aku kenal dier kat PEMINAT SETIA ERNEELYA ELYANA.hah korang jangan tak tahu yang aku nie memang minat gilerrr kat elyana nie...huhuw..nak kata dier nie kawan baru aku tak la jugak...tahun lalu kot kita start kawan..tapi berkawan dengan dier nie memang banyak ilmu lah aku dapat.
Aku belajar buat blog nie pun dari dier.Dier la yang banyak beri tunjuk ajar kat aku..dier nie lebih muda dari aku,sbb tue aku tak ngorat dier..tapi kalo dier nie lebih tue dari aku,memang sih aku terus ngorat dier...huhuw..aku tak suka pasangan aku lebih muda dari aku..hihi...hah,next week dier PMR..padan muke dier...tapi wish u luck bro..insyaallah,lulus cemerlang.!
Kalau chat ngan dier memg best la,banyak jugak citer boleh di bahaskan.Tapi tue la,aku dah jarang on9 sekarang.Tak macam dulu-dulu..Rajin.
Nak buat macamna??laptop dah kena tarik...khakha...xda lahhh..
tapi tue la citer aku serba sedikit...hah dier lah syahmee ashran yang aku kenal..(ala,nama aku lagik glamour dari dier...hehehe>gems)

K la.aku pown dah nak out dah nie...k ar...u'll sentiasa lah catch up blog aku..huhuw...

Musafir Berlalu...

Lama aku mencari,jauh aku berjalan,
Suram.Segalanya terpaksa aku harungi,
Terderai apa yang aku miliki,
Mencarik seribu rasa mengurai nostalgia.

Dingin.Menderu angin menyapa,
Lambaian dedaunan mengusik rasa
Mengukir senyuman pada rembulan,
Malam masih muda.

Rona membarisi tiap garis cerita,
Tompok-tompok kekalutan menerangi ranjang,
Terkedu pada dentingan sulaman,
Kalut di bawah pohon jelatang.

Monday, September 21

selamat hari raya..

Alahai..lama tak jenguk blog aku nie hah...
rasa rindu kian bertandang pada blogers..
entah angin apa yang bawa aku hari ini untuk kembali membuka lembaran baru..
cewahhhhhh..gituw lorh...hehe..

Hari ni raya ke-2..bosan yang amat duk kat umah
melayan tetamu2 yang ada nie..alahai..penatnyer..
penat2 jugak,tapi masih sempat online
tak sangka ada line kat umah nie...huhuw...
tapi tue la,asal tangan aku jerk nak chatting
line dah xda..kalo diorg kat umah men game,xplak jadik mslh...
uhmmmmm...

Raya-raya macam nie,teringat dengan kawan-kawan kat sandakan tue..
diorang tue ingat kat aku lagi kerrr???
xper lahhh...ade aku kesah???hehehe...
btw,selamat hari raya kat pengunjung-pengunjung setia blog aku..(ader kerrr)hehe
dan buat kawan-kawan sumerrr...selamat menyambut hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin buat korang sumerrr...
love u'll...

salam sayang.

Saturday, May 9

Krisis pengangguran..

Alahai..takutnyer ngan tajuk kali nie kan..xsuka ar xda keja nie..urm..pa nak buat nie ar??xkan nak tggu bulan jatuh ke riba,durian runtuh kot...urm..bisnes???xda modal la...aiiiiii....macamna la aku lepas nie ea..dengar citer,bulan 6 nie dah last keja.project dah habis,so,dah xada keja la lepas nie...keja pulak makin susah nak dapat tym nie...aiyoo....

p/s tengah memikir nak buat apa lepas nie sambil-sambil buat account.

Friday, May 8

susah hati..urmm..

Pagi nie kitorang siap nak bersih2 kan site office..huh..bukan apa,COO nak mai.dah 2 bulan dier x mari.Takut gak nie.Kawan-kawan sebok nak siap sedia apa-apa dokumen yang pending..haha..lucu pown ada gak la.Tapi cian diorg,bukan xnak bereskan awal2 tapi dokumen susah nak carikk...bagi aku plak,ala..internet jerk,tue la keja x beres...hehe..
Aku??aku dah ready awal2 la...xpyh cakap..tggal nak ambik signature dier jerk.selesai..ehe.
Urm,aku actually risau la jugak.Bukan apa la..nak kena soal jawab ngan dier nie.Adalah something about personal.tapi jgnla salah faham plak,xda scandal2 nie..huhuw..xpa la,juz lupakan jerk..

Aku nie susah hati gak la..semalam kawan bagitau,dier punya krisis ngan kawam aku yg sorg lagi tue..Diorg x bertegur..alalala..napa plak tue??urmmm...nie memg kes panas baran la nie...apapown aku doakan hubungan diorg kembali macam biasa..ya la,sebagai kawan x bagus la nak bermasam muka,marah memarahi..urmmm..

Wednesday, April 29

Selamat Tinggal SEPI.

Angin itu sepoi sahaja bahasanya,
Tiada Ribut yang bertandang.
Pokok Kelapa melambai lambai padaku,
Seolah menyambut akan kehadiranku.
Laut pula seolah olah membicarakan bahawa aku senang hati,
Tiada gangguan pada pusarnya.
Pantai bermain main lincah anak kecil,
Membisik seolah olah aku kembali pada asalku.
Tiada satu bahasa yang mampu aku ucapkan selain Aku Bersyukur pada-NYA.
Tiada satu bahasa yang mampu aku dengar selain kalimah "Alhamdulillah".

Sepi itu semakin lama,semakin jauh dariku.
Sepi itu juga yang semakin lama semakin malap di dada ruang hidupku.
Sepi itu juga lah yang menyedarkan aku akan kebesaran yang MAHA PENCIPTA.
Sepi itu INDAH.Sepi itu teman bagiku.Sepi itu Senyum untukku.
Tapi...aku terpaksa meninggalkan segala SEPI yang berada dekat denganku.

Hari ini,aku kembali pada titik permulaan aku berada.
Hari ini juga,aku bakal meneruskan langkah aku yang sudah lama aku tinggalkan.
Hari ini juga,semua yang ada hanya aku biarkan tercoret di helaian kepingan kertas yang jauh berada di hujung tumit kakiku.
Aku pasti SEPI itu SENYUM untukku.

Dan demi meneruskan segala impianku,dan harapanku,
Aku tidak akan pernah lupa untuk menoleh ke belakang,
Belakang itulah segala sejarah yang masih segar untuk aku ingatkan,
Tak upaya aku lupakan sejarah itu..
Bukan aku tak percaya pada diri,tapi sejarah itu yang menguatkan aku untuk terus memperjuangkan segala semangat dan kekuatan untuk aku terus berdiri.
Sejarah itu yang akan aku bekalkan untuk memperjuangkan hari esok ku.
Aku pasti SEPI itu REDHA untukku.

Selamat Tinggal SEPI,aku pasti akan mencapai apa yang aku impikan.
Aku pasti akan membuatkan SEPI itu terisi dengan segala perjuangan ku.
Aku pasti selagi DIA masih tetap di hatiku.
Aku yakin segala yang berlaku mempunyai hikmah dalam hidup ini.
Dan aku Redha atas apa yang telah ENGKAU berikan kepadaku.
Alhamdulillah..

SEPI ITU ADALAH TEMAN BAIK KU.

Tuesday, April 7

rindu laks kat blog...

assalammualaikum...

ya allah...lama nya x update blog...rasa rindu plak kat blog nie...ehe....
sory la guys,aku sekarang tengah bz skett...keja plak bertimbun.
nie pown tengah keja nie...tapi cover line jerk depan bos besar..ehe...
oke la...nnty kalo aku ada masa,aku update blog aku lagi key!

Monday, March 30

Pengkomputeran maya dimensi baru ICT


Pengkomputeran maya boleh berkembang dengan syarat makin ramai rakyat celik komputer. - Gambar hiasan

Kebiasaannya komputer yang kita gunakan adalah bertujuan untuk melakukan sesuatu fungsi tertentu yang mana penggunaan sistem pengoperasian seperti Windows atau Linux akan mengehadkan fungsi tersebut.

Pada masa sama, hanya satu sistem pengoperasian sahaja yang boleh berfungsi dalam mengendalikan sesuatu tugasan tersebut.

Kini dengan adanya teknologi pengkomputeran maya, sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer pelayan dapat menjalankan beberapa sistem pengoperasian secara serentak dengan fungsi tugas yang berlainan bagi setiap sistem pengoperasian itu seperti untuk pelayan e-mel, pelayan web, pelayan fail, pelayan anti-virus dan lain-lain.

Pengkomputeran maya membenarkan pengguna komputer mencapai proses-proses tertentu atau aplikasi - aplikasi perisian tertentu secara jarak jauh apabila ia diperlukan.

Pengguna beroleh capaian tersebut menerusi teknologi Internet.

Bagaimanapun, pengguna perlu mempertingkatkan keupayaan komputer peribadi yang digunakan dari segi kelajuan pemprosesan, saiz memori, saiz cakera keras dan lain - lain bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan teknologi ini.

Teknologi berorientasikan masa nyata ini mengandungi beberapa bahagian seperti sistem pengoperasian dan utiliti, tempat simpanan, memori, perisian dan sebagainya.

Kini konsep pengkomputeran maya ini mula digunakan untuk tujuan peminjaman ruang atau tempat simpanan secara digital di dalam sesebuah komputer pelayan untuk simpanan data-data, perisian-perisian, sistem pengoperasian dan sistem utiliti.

Kebanyakan syarikat korporat di dunia menggunakan kaedah ini untuk penjimatan kos dan ruang fizikal dalam merencana infrastruktur teknologi maklumat kerana dengan menggunakan sebuah komputer pelayan, ia dapat melarikan pelbagai kemudahan atau.

Terdapat banyak syarikat-syarikat gergasi pembekal teknologi maklumat di dunia seperti Hewlett-Packard, IBM, Microsoft, Sun dan lain-lain menyediakan perkhidmatan pengkomputeran maya ini sama ada dari segi keperluan perisiannya atau perkakasannya.

Penggunaan perisian-perisian pengkomputeran maya ini perlu dilihat dari segi kesesuaian perkakasan dan sistem komputer yang akan digunakan sebagai pelantarnya.

Sumber-sumber bagi sebuah sistem komputer seperti keupayaan memori, cip pemprosesan dan kapasiti cakera keras perlu dikaji terlebih dahulu agar sistem komputer tersebut menyokong penggunaan perisian pengkomputeran maya ini.

Sebagai contoh aplikasi Microsoft Virtual PC memerlukan sekurang-kurangnya kelajuan cip pemprosesan sebanyak 1 Ghz, 512 Mb kapasiti memorinya, 20 Mb ruang kosong di dalam cakera dan sistem pengoperasian Microsoft Windows XP.

Selain daripada Microsoft Virtual PC, terdapat lagi beberapa perisian pengkomputeran maya yang berasaskan bisnes di pasaran seperti VMWare dan Parallels.

Terdapat juga perisian-perisian pengkomputeran maya ini yang berasaskan sumber terbuka seperti Virtual Box, Qemu, FreeVPS dan Xen.

Namun demikian Xen merupakan menyediakan penyelesaian secara sumber terbuka tetapi ia disokong oleh organisasi yang berasaskan keuntungan iaitu Xensource.

Perisian Virtualbox boleh dimuat turun secara percuma di http://www.virtualbox.org..

Terdapat pelbagai kelebihan dalam penggunaan pengkomputeran maya ini.

Ia bergantung kepada reka bentuk, keperluan, kos dan persekitaran bagi sesebuah infrastruktur teknologi maklumat dalam sebuah organisasi.

Di samping itu terdapat juga beberapa kelemahannya seperti menyebabkan masalah masa dan penggunaan pekerja yang mahir kerana sebuah komputer pelayan perlu melarikan banyak sistem pengoperasian dan aplikasi-aplikasi tertentu.

Seterusnya isu keselamatan juga perlu dititikberatkan sama seperti situasi biasa dengan melakukan pengamatan dan sistem tembok api yang baik.

Begitu juga masalah pelesenan terhadap aplikasi-aplikasi yang digunakan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Namun demikian, hari ini dan masa yang akan mendatang penggunaan pengkomputeran maya ini bagi infrastruktur teknologi maklumat semakin penting dan popular digunakan di kalangan syarikat-syarikat korporat yang besar.

Kajian juga dibuat dengan penggabungan teknologi pengkomputeran grid bagi meningkatkan lagi prestasi penggunaan sumber-sumber yang ada di dalam komputer.

Perancangan yang strategik dan bestari dalam merangka penggunaannya dalam infrastruktur teknologi maklumat amat penting agar ia dapat memberi pulangan yang baik kepada syarikat atau penggunaannya.

l FIRKHAN ALI HAMID ALI ialah

Pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM).

Sumber : Utusan Malaysia

iPhone 3g

fuyohhhhh!!!Software Update iPhone 3G sudah di rilis la beb!







Telefon bimbit pintar tersebut menggabungkan pelbagai peningkatan prestasi seperti revolusi telefon, paparan skrin luas serta pelayaran Internet.

Dengan sambungan rangkaian 3G berkelajuan tinggi, ia menyokong fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan Microsoft Exchange selain pelbagai lagi aplikasi di hujung jari pengguna.

Menerusi perisian App Store, ia membenarkan akses kepada lebih 10,000 aplikasi dari permainan video, rangkaian sosial, pengurusan kewangan, kesihatan sehingga kadar muat turun yang tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Sandip Das, sebagai peneraju rangkaian telekomunikasi, pihaknya sentiasa menawarkan inovasi terbaik kepada pengguna.

iPhone 8GB dan 16 GB didatangkan dengan tawaran empat pelan panggilan pasca bayar istimewa, iValue di mana harganya bermula dari RM100 sebulan.

Bagi pelanggan yang melanggan komitmen bulanan RM375 melebihi jangka masa 24 bulan melalui iValue 4, mereka akan menerima iPhone 3G 8GB secara percuma.

Empat pelan yang ditawarkan adalah iValue 1 (RM100 sebulan), iValue 2 (RM155 sebulan), iValue 3 (RM250 sebulan) dan iValue 4 (RM375 sebulan).

Untuk melakukan pra-pendaftaran bagi pembelian telefon bimbit itu atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, pengguna boleh melayari laman web www.maxis.com.my/iPhone, menghubungi talian 1800 821 123 atau mengunjungi 29 pusat Maxis di seluruh negara.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Sumber : Utusan Malaysia

Friday, March 20

Kahwin member-kue..

~SELAMAT PENGANTIN BARU DAYANG~




huhuw...akhirnya dapat gak aku gambar-gambar tym bestprenku dayang kawin..best taw..huhuw syg nya gue engga pegi lohhh....tapi xper,nnty kalo c Maria kahwin baru aku bergegas balik sandakan..ehe..bila la kwn ku sorang tue nak kahwin plak kan..oiii edith,bila ko maw pinang c maria ney???!cpt2 ko kumpul duit,ble gak aku merasa nasi minyak kamurang dua...ahaks...jgn mare arrrrr....huhui!!

Jom kita jenguk2 member2 aku yang turut hadir di majlis perkahwinan c dayang nie...uhuw!

hah! tue la dayang..cute kan dier...ngan baju pinknya lagi...ehe...cute2...i like!!ehe...yang dua orang tue plak member karas aku...yang kecik tue saper lek,c atom ar yang suka sangat melawa(huhuw) *p/s-bila ko maw kahwin atom???...dan yang sorang tue...slumber jerk memang best ar kawan ngan dier.tue nama nya peah.member yang aku syg owh...huhuw!



>>bawah<<
Eh eh...mia pon ada jugak??huhuw...tue yang dekat tepi tue baju kaler2 merah hitam tue namanya c mia la!!kat sebelah dier tue namanya pena,budak kecik dalam kelas kitorang dulu...tapi kecik2nya,otak bergeliga beb!sesuai gtuw ngan c pipa!eha!
yang baju kaler biru pakai kaca matu tue namanya plak c suriyati.sebelah tue pakai t-shirt merah lebey di kenali aron (nora) perasan lek wa tue dier..ahah! yang sebelah tue(t-shirt hitam) memg best law bekawan ngan dier..namanya c ida...best la.
yang atas sikit tue namanya lili...manis budak tue...ehe...yang due orang tue budak yang tadi la...eha!yang ala2 chinesse tue kat hujung tue namanya rokiah...hi kiah tambah cantik la plak ko kan...kim slm kim salam!!huhuw!!



hah! kita tinjau lagi la pic2 diorang nie...nek jeles plak aku nie xdpt datang..huhuw!!



>>bawah-pic jelas<<
hah!nak gtaw nie....nampak tak gurl 2 orang tue..ala2...tue hah!hujung depan nie...sorang pakai congsam ka apa nie..ehe...fesyen bha...haha! yang pakai baju hitam nie namanya idah plak...yang aku nak tunjuk nie,gurl kat sebelah dier nie..pakai baju kurung kaler hijau2 kuning tue.ala yang sebelah c pena nie...tue la bestpren aku...huhuw!banyak kenangan la ngan dier,namanya Maria...rindu plak ngan dier...dier nie penyayang orangnya tapi yang aku heran dier x suka budak2 la..huhuw...tapi kalo bab2 kwn nie ngan famili nie dier memg baik...tue yang aku suka meluah ngan dier tue,sampai nangis2 kitorang berduer di buatnya...hahah!tue dulu la...huhuw....now guna sms n call jak guna hp..huhuw!



jom belek2 album lagi...eha!










Thursday, March 19

Mahkota Setiap Wanita.

Pemakaian Tudung..


Ekin


Hah!my idol! Dato'Siti Nurhaliza







Evolusi elegan tudung Suraya



PELBAGAI jenis tudung berada di pasaran. Jika suatu masa dahulu, wanita bertudung hanya mengenakan mini telekung atau tudung labuh, kemudian beralih kepada tudung persegi yang dihiasi sulaman, labuci, manik tetapi kini, popular dengan jenis tudung yang siap dipakai, hanya menyarungnya, mudah tetapi elegan.

Walaupun ada sesetengah orang menyatakan tudung sebegini sebagai tudung 'orang malas' namun evolusinya yang elegan, kainnya yang mahal dan hiasannya yang menarik dan bergaya, menjadikannya sebagai tudung mewah.

Malah, tudung ini bukan sebarang tudung yang banyak dijual di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur atau pasar-pasar malam yang hanya boleh diperoleh dengan harga RM5. Ia adalah tudung siap pakai yang dibuat daripada kain sifon dan lycra yang bermutu tinggi lagi selesa dan sejuk dipakai.

Tudung Suraya, nama diberi. Memang manis dan sesuai untuk wanita yang menggayakannya. Produk yang berada di pasaran sejak awal bulan ini itu pasti menggegarkan pasaran tudung yang sedia ada dengan rekaannya yang eksklusif, jahitan bermutu tinggi lagi elegan dan tampak mewah.

Tudung siap pakai yang dibuat daripada kain jenis lycra ini dijahit berserta dengan anak tudung. Inilah keistimewaan yang tiada pada tudung pasang siap yang lain.

Tudung Suraya mampu mengenepikan tanggapan bahawa pemakaian tudung adalah remeh kerana ia mudah dipakai, praktikal dan tidak memerlukan banyak masa.

Perekanya dan pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria, 41, berkata, tudung Suraya tidak perlu digosok dan ia memudahkan mereka ketika berjalan jauh.

Selain itu, ia berlapis dua berbeza dengan tudung yang lain dan mempunyai piping di sekelilingnya, menjadikannya kemas dan nampak elegan.

''Di samping itu, setiap tudung Suraya mempunyai dua warna iaitu lain di bahagian teduhannya dan lain di bahagian bawahnya,'' katanya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, tudung Suraya boleh diperoleh sama ada dengan teduhan daripada warna yang lain dengan kain tudung ataupun dengan warna yang sama keseluruhan.

Terdapat juga teduhan yang dibuat daripada kain tanpa corak sementara tudung daripada kain yang bercorak.

Tambahnya, penggunaan kain iaitu lycra dan sifon Perancis lembut menjadikan tudung mudah diolah mengikut cita rasa dan bentuk muka si pemakai," jelasnya.

Ujar Faridah, terdapat empat rekaan yang pasti memikat hati pelanggan untuk mencuba gaya baru yang nampak lebih mewah dan glamor.

''Koleksinya terdiri daripada semua jenis sarung berteduhan tetapi membezakannya melalui belahan tengah, berbelah tepi, berombak tepi dan kain selendang.

''Manakala penggayaannya turut pelbagai iaitu dipin ke kiri dan ke kanan, melilit di sekeliling kepala sebelum bahagian hujung diselitkan di bahagian bawah dagu, hujung kain dilepaskan ke belakang bahu, dipin di sebelah bahagian atau dipin kain seperti bentuk 'v','' jelasnya.

Beliau turut mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi pengedar untuk menghubungi 019-5759809 atau layari laman web www.fareedascarf.com.

Sumber: utusan malaysia.

Wednesday, March 18

yusuff

Urm...semalam aku tertengok la satu citer nie(mcm tersengaja tengok plak kan)ehe...lepas aku tengok citer cINTA UNTUK AIN,tersasar plak gi tengok MR.MAMA.niat tue memang la ada nak pegi tido..tapi mata nie tak mengantuk lak lagi,cemana lak nak keja sok kan..uhu...lps abis ctr tue,kononnya la aku nak tido dah,tub2 tergerak lak ati nak tengok ctr YUSUFF nie...huh!best la ctr nie(baru 1st tym tgk yusuff)..lakonan yang "HIDUP" dari asyraff muslim nie..huh!best2...dah la niyang rapik pon lakonan dier mantap n power.(siyukk la bha urang bilang)aku pikir asyraff nie cuma angkat watak2 yang ala2 macho jerk,orang yg sombong...tapi lps aku tengok citer dier kat niyang rapik,aku saluttt la kat dier...dier memng xda mslh kalo nak angkat pelbagai watak,memg gue respek kat dier..jom kita ushar2 skett ctr nie...uhuw!

Sinopsis Drama Yusoff

Drama menarik ini mengisahkan tentang Yusuff yang telah terpisah dengan ibu bapanya kerana perasaan hasad dengki ibu dan adik beradik tirinya. Yusuff dicampakkan di dalam telaga oleh saudara tirinya tanpa pengetahuan ibu dan bapa kandungnya, Suhana dan Yaacob yang menyangka Yusuff telah hilang. Yusuff berjaya diselamatkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz. Semenjak itu, bermulalah episod baru di dalam hidup Yusuff.

Antara pelakon-pelakon utama drama menarik ini ialah Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali, Intan Sarafina, Jamaludin Kadir, Betty Banafe, Adam Anuar, Rahim Kadol, Puteri Fateen, Zed Zaidi dan ramai lagi dalam sesi ramah mesra bersama mereka. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan dari penyanyi lagu tema drama Yusuff iaitu Imran Ajmain.







sumber : internet

Monday, March 16

cATCH uP AcTorS n ActRess 4 One MinUte...



Rempit vs Impak Maksima




IQram Dinzly

Zeyna Ibrahim


Zed Zaidi


Dina



Puteri Fatin Nasuha



K.A.M.I POSE










AWAN DANIA POSE













HISTERIA POSE










sumber : internet.